Walaupun dia anak lelaki kesayangan kita, bila dia dah kahwin biarlah dia uruskan sendiri hal rumahtangga..

Walaupun kita ni ibu kepada anak lelaki kesayangan kita pun jangan lah sampai melampaui batas.janganlah sampai anak dah kahwin pun kita masih anggp dia “baby”kita lagi. Ya.. Hubungan ini memang tak kan terput#s sampai bila2 tapi kita sebagai mak/mertua mesti tahu juga hak hak dan batas batas kita bila anak dah berkahwin. Anak dah besar dah jadi pemimpin biarlah dia yg atur kehidupan rumahtangga nya. Kita tengok sudah.

Jangan suka masuk campur. Tambahan bila mereka duduk sekali dengan kita. Sepatutnya bersyukurlah bukan senang bila dah kahwin masih nak tinggal dengan mak/mertua. Sekarang ni lebih suka tinggal sendiri. Kalau tengok menantu ada yg tak kena di pandangan jangan asyik nak tegur saja. Biarkan lah dia dahulu dengan caranya. Kalau dia kemas rumah tak ikut cara kita jangan asal nak mel3nting. Biarlah dia dengan caranya. Dah emak nya ajar begitu.

Buatlah menantu kita macam kawan barulah hubungan akan mesra. Kalau suami dia belikan apa2 hadiah pada isteri jangan kita cemburu. Kita sepatutnya happy bila anak lelaki kita pandai hargai isteri. Jangan bila nampak anak kita ikut cakap isteri sikit contohnya bini suruh lipat kain anak lipat kita dah kata anak takut bini.

Kenapa mesti nak kata macam tu? Sepatutnya kita perlu seronok anak kita bertanggung jawab. Tolong jangan r0s4kkan mood mereka suami isteri.

Kita tegur bila ada sesuatu yg dirasa melmpau barulah tegur. Hal2 kcil tu biarlah mereka uruskan sendiri. Ni ada yg baju anak pun mak masih pilihkan mana yg sesuai nak pakai. Apa isteri nk buat lagi kalau semua mak nk buat? Lebih baik tak pyah kahwin duduk je lah dengan mak sampai tua.

Suami pun sama jugak mesti tahu yg mana harus dia mencelah. Jangan biarkan je semua diatur keluarga sampai isteri diketepikan.

Rumah tangga sendiri biarlah sendiri yg aturkan. Nasihat itu penting tapi tak semua hal yg dsuruh kita wajib ikut apa yg baik utk rmah tngga tu ok lah. Kalau dapat kcilkan hti psangan, waktu ni kita berhak bersuara
Sumber:miss atie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *