Tak semua org mempunyai “nasib yg baik” dlm alam perkahwinan…

Dari facebook tuan firdaus shakirin
Tak semua org mempunyai “nasib yg baik” dlm alam perkahwinan…

Ada yg berkahwin, tapi pasangannya masih belum boleh meninggalkan zaman bujangnya…maka kawin atau x kawin, dia masih sama…dia rasa nk kluar, dia kluar…dia rasa nk balik lmbt, dia buat…dia boleh main game dari mlm ke pagi, pagi ke mlm…

Hidup dia sama, sebijik mcm dia bujang walhal dia dah ada pasangan…dpt anak pun, perangai tetap sama…dia ada “kehidupannya” yg tersendiri…

Ada yg berkahwin, tapi pasangan masih belum boleh melupakan ex…hari2 masih contact dgn ex…dibandingkan pula ex dgn pasangannya sekrg…of coz la ex lebih sana sini sbb dlm hati ada ex…dia tidak melupakan diri ex-nya dlm hatinya…paling mal4ng, bila dia masih berharap utk kembali bersama ex-nya…

Jadi pasangan dia hanya dpt jasadnya, tp tidak hati kerana hati masih ada pd org lain…bila hati ada pd org lain, dia akan buat yg terbaik utk yg dh ada di depan mata? Jgn haraplah…

Ada yg berkahwin, dah 20 tahun lamanya…anak pun dh ramai, dah bersekolah semuanya…tiba2, hati berubah arah, ada org ketiga hadir dlm rumahtangga mereka…maka mulalah drama lupa tanggungjawab yg utama sbb m#buk bercinta dgn org ketiga…

Sabar dan bertahan, kunci kpd setiap perhubungan…namun, bila kesabaran itu semakin menipis dan hilang, rumahtangga yg dibina selama 20 tahun lamanya itu kecundang sekelip mata…pergilah membawa diri dek kerana dilupakan oleh org yg dia penah sayangi suatu ketika dahulu…

Ada yg berkahwin, pasangan tak tunai nafkah, tak bertanggungjawab, tak jalankan amanah…dilayan seperti seorang hamba abdi…masa nak, baik…masa xnak, dic$ci dan dim#ki…siang hari ketawa, malam hari menangis hiba…nak pergi, hati masih sayang…nak hadap, dh xde kekuatan utk berhadapan…maka kekal lah atas dasar masa depan anak2 dan harapan supaya satu hari nnt dia akan berubah…

Tak semua org “bernasib baik” dlm alam perkahwinan…ada yg bertahan, tapi bertahannya bersebab…ada yg dah pergi, perginya juga bersebab…apapun sebab yg kita pilih, ianya tetaplah sebuah pilihan yg hanya kita sahaja yg mengetahui alasan-alasannya…

Baik buruk, kesan dan akibat atas setiap pilihan itu, hanya kita yg tahu selepas memilihnya…

Org lain xde kat tempat kita, dia x rasa apa yg kita rasa…maka tak perlu kita fahamkan dia kenapa, mengapa dan sbb apa kita memilih pilihan ini dalam alam perkahwinan kita…

Hanya kita yg tahu apa yg kita buat…
Sumber:tuan firdaus shakirin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *