nafkah ni pun, kadang2 ada yg tak buat, cul4s

perkongsian dari facebook tuan firdaus shakirin..

Rahsia rumahtangga bahagia…

Sebenarnya, utk sesebuah rumahtangga tu bahagia, xde apa2 rahsia pun…kita hanya perlu buat tanggungjawab kita, tugas kita, kewajipan kita terhadap isteri dan anak2…

Itu ja…
xde senarai tips yg nak kena ikut dan amal pun…buat benda asas, yg mana patut seorang suami buat, maka InsyaAllah rumahtangga tu akan bahagia…kita bleh cross check balik apa yg bakal di kongsikan dibwh…

Nafkah Zahir dan Batin…

Soal nafkah ni pun, kadg2 ada yg tak buat, culas…dia anggap bila dia dah buat satu, maka yg satu lagi tak perlu buat…mcm dah terlepas kewajipan dia…cth, dia dah sediakan tempat tggal, maka soal makan minum isteri la plak kena tanggung…walhal mkn minum tu wajib atas si suami…pastu bila isteri ada pendapatan, automatik dikira isteri tak perlu dinafkahi sbb isteri mampu membiayai diri sendiri…

Salah dah pemikiran tu…

Keje atau x, isteri tu tetap dibawah tanggungan suami…kena jugak usaha utk menanggung isteri semampu yg kita boleh, setakat yg kita mampu bagi…nafkah batin tak pernah miss, memg bg…batin tu bukan tertakluk pd seksual semata-mata, perasaan isteri, isi hati isteri, apa yg ada dlm hati isteri tu kita sebagai suami ni tahu ke tidak…

Ambik tahu atau malas nk ambik tahu…

Nak bahagia, kena gembira dulu…nak gembira, maka kena jaga hati isteri…happy wife, happy life…

Balik keje, hujung minggu, cuba habiskan btol2 masa utk keluarga…cover balik masa yg kita guna diluar rumah…santuni isteri dan anak2, bergaul, bergurau senda dgn mereka…buat keje2 rumah yg masih blum siap…bagi setel utk kurangkan beban si isteri…

Kongsi keje2 rumah tu dgn isteri…

Bab duit jgn berkira dgn isteri, apa yg isteri dan anak2 teringin nak makan, beli n bagi…guna konsep duit bleh cari…xde masalah bab duit..lagi byk memberi, lg byk yg kita akan dpt…bukannya sia2 setiap sen yg kluar utk anak isteri sbb Allah kira semua tu sedekah…

Xde rahsia mcm mana nk rumahtangga bahagia melainkan check balik akan apa yg patut kita buat tu, kita buat x…klu x, maka buatlah…InsyaAllah akan bahagia selepas tu…
sumber:firdaus shakirin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *