sikap dan perilaku anak2 dipengaruhi oleh tingkahlaku ibubapa…

Perkongsian dari facebook tuan firdaus shakirin.
Bila seorang suami tu berbuat baik kpd isteri, melayani isteri dgn kebaikan, maka secara tak langsungnya, si suami sedang menunjukkan contoh yg baik utk anak2 ikut, contohi…

Kajian mendapati, sikap dan perilaku anak2 dipengaruhi oleh tingkahlaku ibubapa…

Ini merupakan faktor utama dlm membentuk keperibadian dan personaliti anak tersebut…ketika anak2 masih kecil, pengaruh ibubapa tu tersgtlah besar dan penting kerana mereka belajar dr apa yg mereka lihat…

Dia tgok mcm mna ayahnya layan ibunya…

Klu ayahnya selalu meninggikan suara pd si ibu, maka anak2 pun akan terikut dgn melakukan perkara yg sama…ayah tidak menghormati ibu dan anak juga tidak menghormati ibu…

Susah bagi seorang anak utk mendgr ckp ibunya jika sikap dan perangai seorang ayah tu dah btol2 mempengaruhi tumbesarannya…persekitaran anak tu mampu memberi kesan terhadap pembentukan akhlak si anak…

Sebab tu kita selalu mendgr akan ayat,

“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Bermula Dari Rumah”

Tak rugi pun jika kita buat baik terhadap isteri…ianya satu sunnah yg membuatkan kita dapat pahala, ianya juga satu contoh utk diteladani mereka yg berada dibwh tanggungan kita…
Sumber:tuan firdaus shakirin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *