percayalah, yang Tuhan berikan kau uj#an ini kerana kau berbeza dari orang lain.

Kau rasa keseorangan.

Kau rasa dunia ini memandang serba serbi tak kena pada diri kau. Kau kepenatan. Dan kau sentiasa rasa hendak berputus asa.

Tapi percayalah, yang Tuhan berikan kau #jian ini kerana kau berbeza dari orang lain.

Dia sentiasa ada dengan kau.

Dia sentiasa mendengar setiap rintihan yang kau luahkan.
Dia tidak pernah penat untuk menyayangi kau.

Tinggal lagi pada diri kau sahaja sama ada untuk belajar mempercayai atau tidak.

Dalam dunia ini, semua orang ada masalah mereka tersendiri. Tiada siapa pun dari kita terkecuali. Cuma yang membezakan kita adalah bagaimana kita melihat masalah itu dari sudut pandang yang positif.

Yang lepas biarkan lepas. Tinggalkan semua kesakitan, kelukaan, kekecewaan itu dibelakang. Usah ditoleh walaupun sedikit ke sana. Yang tinggal hanyalah apa yang ada di hadapan.

Bagaimana kau perlu kuat untuk menjalani kehidupan yang seterusnya. Ia tak mudah namun ia tidaklah mustahil.

Cubalah sedaya mampu untuk lahir menjadi orang yang berbeza. Untuk sampai ke tahap ini hari ini, ia sangat sukar namun lihatlah, kau berjaya melepasi.

Hati kau yang kau ada sekarang sudah h#nc#r berk3ping-keping. Tapi yang sebenarnya-benarnya memegang hati ini bukan kau, bukan sesiapa pun melainkan Tuhan yang Maha Agung.

Dia akan menjaga kau dan hati kau sebaik-baiknya. Dan dia tidak akan membiarkan kau bers3dih selama-lamanya.

Dan paling penting, jangan pernah berp#tus asa dari rahmat Tuhan.
Jangan sedih dan jangan risau.

Kau akan baik-baik sahaja kawan.

Penulis asal:syafiq ridhwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *