kadang saya try cari c duda untuk minta duit makan sahaja Tapi dia langsung tidak peduli kan saya…perut saya masuk 5bulan syaa di berentikan kerja sebab majikan takut ambil orang mengandung

Masalah Saya Ni Tak La Jugak besar sangat…Masa Umu2r Saya 16 Tahun Saya Terlanjur Dengan Seorang Duda Muda Umur 23tahun Sampai Saya Mengandung,Masa Saya Mengandung c Duda Lari Kan diri Tidak Mau Bertangungjawap…Sampai 1 masa Saya Sendirian melalui Hari masa mengandung Saya Perantau Berkerja di Kota Raya Tiada Family Semua Fmly Di kg…saya teruskan Juga Kandungan Saya Sebab Saya Takut Kalau Kasih Gugur c duda suruh saya kasih gugur tapi Saya Tidak mahu, saya berkerja kedai biasa untuk sara hidup saya sendiri..sebab family saya tidak tahu saya mengandung, kadang saya try cari c duda untuk minta duit makan sahaja Tapi dia langsung tidak peduli kan saya…

 

perut saya masuk 5bulan syaa di berentikan kerja sebab majikan takut ambil orang mengandung, saya tiada kerja bilik sewa tidak mampu bayar saya tumpang bilik kawan2 sehari saya tido tempat kawan lain sehari saya tido di masjid..kadang saya mandi di tandas awam balik rumah kawan tukat baju sahaja…saya malu juga kadang2 saya duit makan sehari tidak makan…saya buat keputusan selepas saya melahir kan anak saya saya kasih sama orang yang betul2 perlu kan anak..sebab saya tidak mampu sara hidup anak saya kalau lahir nanti…

 

1hari tu saya pergi berklinik tapi saya di suruh pulang makan dulu baru bole ambil darah..tapi saya keluar tu klinik saya menangis sepanjang jalan sebab tiada duit beli makan…ada 1org staff nurse ni ikut saya dari belakang dia ingin belanja saya makan saya pun ikut la…dia tanya kalau saya ada malasah saya cakap tiada tempat tinggal tiada duit…terus saya cakap direct sya mau bagi anak sya sama orang sebab tidak mampu juga bila suda bersalin..staff nurse ni suruh saya tunggu di luat klinik sampai dia habis kerja…saya tunggu la,dia bawa saya balik rumah dia jaga saya sampai bersalin…ipar dia orang johor ambil anak saya kebtulan suda 10tahun kawin tiada anak saya dengan iklas hati kasih anak saya…sampai pantang saya di jaga..lepas tu saya keluar rumah cari kerja sendri,

 

Selepas 3tahun berlalu saya terjumpa balik dengan c duda ni saya terjumpa dia ni dia baru lepas putus sama gf dia tapi mereka ada anak… dia rujuk balik dengan saya ntah apa syaitan naik kepala saya saya setuju…kami nikah 2tahun lalu belum ada anak smpai skg..skg ni perangai dia macam anjing…selalucakap saya bodoh orang miskin sial..cakap bapa saya pukima selalu hina keluarga saya …kadang dia cakap suruh saya jual badan dapat duit lagi kerja malam…dia cakap banyak2 perempuan dalam hidup dia sya pembawa sial paling tidak cantik paling miskin paling bodoh… kadang dia sampai tangan saya lawan balik… yang saya tidak tahan dia selalu hina keluarga saya orang miskin tidak sedar diri…

 

saya heran kenapa dia suka cakap benda tidak bagus…kadang2 saya mahu lari sahaja dari hidup dia saya tidak tahan hari2 marah saya… sebenarnya perkahwinan saya ni saya tidak redha…kalau bole saya nak saja bercerai…terima kasih…sudi baca

saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri…

Saya berusia 55 tahun jadinya saya tak pandai nak berkias ayat. Tapi saya nak berkongsi dgn pembaca kisah madu saya yg saya doakan agar dia dikurniakan Syurga Teragung setelah apa yg dilaluinya selama ini. Amin.. Moga sama-sama kita ambil iktibar ye.

Pada tahun 1988 saya bernikah dgn seorang lelaki yg sama profesion dgn saya sebagai seorang pegawai perubatan. Pada ketika itu saya tidak mengetahui latar belakang lanjut tntg suami saya. Yg saya tahu, dia seorang lelaki bujang dan keluarganya dtg melamar saya.

Kehidupan kami serba serbi sempurna. Saya dan dia bekerja di hospital berbeza tapi apabila pulang ke rumah, kami berkongsi cerita yg sama. Cerita tentang pesakit kami di hospital masing-masing. Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yg saya nampak pelik pada dia. Hari-hari dia ada dgn saya. Ada masa brrsama keluarga apabila waktu cuti sekolah.

Hinggalah saya ditukarkan ke PPUM, saya agak berjauhan dgn suami yg bekerja di utara semenanjung.

Tapi masih, tiada perubahan yg saya nampak pada dia. Namun suami selalu berpesan, andai ada pelajar perubatan bernama Aisy (Bukan nama sebenar) dan Asyraff (bukan nama sebenar), dimintanya ajar betul-betul dua pelajar ini seperti anak kandung sendiri.

Saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri tanpa membezakan mereka. Anak-anak saya juga merupakan pelajar perubatan maka haruslah saya mengajar pelajar lain sama seperti saya mengajar anak saya.

Hinggalah satu hari, suami jatuh sakit. Terlantar lama di hospital. Dia acap kali menyebut, tengok-tengokkan Aisy dan Asyraff. Ajar mereka sampai jadi doktor yg berguna.

Saya masih sama. Tidak merasa pelik kerana suami saya memang seorang yg prihatin. Saya iyakan sahaja apa yg dikatakan. Hinggalah ketika suami semakin tenat dan dia berhajat berjumpa dgn kedua pelajar perubatan tadi.

Ketika sesi pertemuan, saya hanya melihat mereka berdua. Bercakap seperti biasa hinggalah akhirnya, suami saya berkata, “Jaga ibu dan sampaikan maaf saya pada ibu.”

Saya mulanya agak pelik tapi masih positif kerana beranggapan mungkin dia sayang dua pelajar ini. Petang itu juga selepas solat asar, suami saya menghembuskan nafas yg terakhir. Saya redha dgn pemergiannya namun ada sesuatu yg lebih menarik perhatian saya. Aisy dan Asyraff hadir ke pengebumian suami saya bersama seorang wanita tua dlm linkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buta dan hanya duduk di kerusi roda. Tapi mereka tidak dtg dekat. Hanya sekadar melihat dari jauh.

Saya cuba utk menuju ke arah mereka utk bertanya namun mereka sudah berlalu dan majlis pengebumian belum selesai doanya lagi.

Selang beberapa hari, saya dan anak-anak dipanggil ke pejabat peguam utk mendengarkan wasiat arwah suami. Saya dan 2 org anak sudah hadir utk mendengarkan wasiat tersebut namun peguam mengatakan harus menunggu lagi pemegang wasiat lain.

Sekali lagi saya diam dan hanya menunggu. Hinggalah datang dua orang anak muda bersama seorang wanita yg saya kenal amat. Aisy dan Asyraff bersama wanita tua yg saya nampak di kubur haritu. Ketika itu, hati saya berbolak balik. Kenapa Aisy dan Asyraff selalu ada dan disebut-sebut oleh arwah. Kini ketika mendengarkan wasiat juga mereka ada bersama.

2 org anak saya, Amira dan Adhlina juga bagaikan senang dgn kehadiran Aisy dan Asyraff kerana mereka sekawan di PPUM.

Peguam mulakan pembacaan wasiat dan alangkah terkejutnya saya apabila perkataan pertama yg keluar dari mulut peguam ialah, “Pemegang wasiat pertama ialah isteri pertama iaitu Puan Hasidah..”

Allah… Berderau jantung saya. Kenapa nama itu bukan nama saya. Terus saya menoleh ke arah perempuan buta yg disorong kerusinya oleh Aisy dan Asyraff. Saya cuba utk bertenang dan mendengarkan dahulu segala apa amanat suami saya yg ditinggalkan. Saya tak boleh terburu-buru.

Suami saya hanya meninggalkan sejumlah wang utk Puan Hasidah dan juga sebuah pondok di kawasan yg saya sendiri tak pernah tahu. Selebihnya, rumah yg kami duduki, kereta, aset lain semuanya utk saya dan anak-anak.

Selesai pembacaan wasiat, saya menurunkan tandatangan sbgai tanda penerimaan. Begitu juga Puan Hasidah yg menggunakan cop jari.

Selesai semuanya, saya mendekati Aisy dan Asyraff bersama ibunya. Cuba utk bertanya macammana boleh semua ini terjadi.

Lama kami duduk berbual hinggakan basah kuyup baju saya kerana air mata yg melimpah keluar mendengarkan kisah madu saya.

Kisahnya, pada tahun sama perkahwinan saya dan suami, arwah suami saya sudah pun terlebih dahulu bernikah dgn Puan Hasidah. Jarak lebih kurang 6 bulan beza perkahwinan kami. Ketika suami menikahi saya, dia sedang hamil 4 bulan dan anak dlm kandungannya kembar iaitu Aisy dan Asyraff.

Perkahwinan Puan Hasidah tidak diterima ibu mertua saya kerana Puan Hasidah seorang gadis yatim piatu dan tidak bersaudara. Makanya ibu mentua saya menghinanya sebagai perempuan tidak sah taraf. Ibu mentua saya yg juga ibu kepada arwah suami turut mengancam Puan Hasidah utk tidak mengganggu keluarga baru anaknya jika mahu berteduh di pondok tersebut. Makanya Puan Hasidah merelakan kata-kata ibu mertuanya dan sama sekali tidak mengganggu kami. Kerana itu saya tidak mengetahui apa-apa selama lebih 30 tahun.

Saya bertanya kenapa dan macam mana Puan Hasidah boleh menjadi buta. Dan jawapannya tersangat merundum hati saya. Ketika ibu mertua saya hilang penglihatan kerana terjatuh dari tangga rumahnya, saya dan suami puas mencari penderma mata hinggalah suami mengatakan dia telah berjumpa dgn seorang penderma iaitu seorang perempuan. Ketika itu saya bersyukur kerana ada yg sudi menderma kerana saya tidak mengetahui apa-apa. Rupanya penderma tersebut ialah Puan Hasidah yg juga menantu paling dibenci dihina oleh ibu mentua sendiri !! Ketika mendengarkan kisah itu, saya terbakar dan mendidih hati serta kebencian saya terhadap ibu mentua menjadi-jadi. Mujur orang tua itu sudah 3 tahun meninggalkan kami. Jika tidak, akan saya suruh dia melutut maaf di hadapan Puan Hasidah.

Namun Puan Hasidah tenang dan menjawab, “Saya tiada ibu, puan. Saya lakukan semua ini demi mendapatkan rahmat seorang ibu.”Allah.. Berderai lagi air mata saya. Sambung Puan Hasidah,

“Saya anggap semua ini takdir hidup saya. Saya tidak mengeluh bahkan saya bersyukur. Saya mempunyai suami walaupun hanya 3 bulan. Paling tidak saya terlepas dari fitnah manusia. Saya dikurniakan anak lelaki. Bukan seorang tapi dua. Yg boleh jagakan saya. Saya tiada saudara mara, puan. Ini sahaja harta saya. Dan saya sama sekali tidak mengharapkan harta dari arwah suami. Cukuplah dikekalkan pondok kami sebagai tempat berteduh.”

Saya rasakan bagai tersepuk ke lantai mendengarkan kata-katanya. Bagaimana seorang isteri mampu hidup sendirian begitu tanpa suami. Saya pandang wajah Aisy dan Asyraff, tertanya juga saya samada mereka tahu atau tidak Doktor Ahmad (bukan nama sebenar) adalah ayah mereka.

Jawapan mereka, “Ya.. Kami kenal ayah kami. Tapi kami tak boleh panggil ‘ayah’ kerana arwah nenek akan hukum ibu kalau tahu panggil ‘ayah’.”

Sekali lagi saya terdiam. Ya Allah, kenapa kejam sangat orang tua ni masa hidupnya?!

Saya bertanya lagi samada mereka berdendam atau tidak dgn arwah nenek dan arwah ayahnya, jawab mereka,

“Ibu tak pernah didik kami membenci. Kerana disetiap perbuatan arwah nenek dan arwah ayah, ada sedikit kebaikan mereka yg harus dilihat.”

Saya? Bermandi air mata melihat mereka. Berjayanya Puan Hasidah mendidik anaknya utk tidak membenci selepas semua perkara ini terjadi.

Tenang sangat saya lihat wajah Puan Hasidah. Seolah-olah dia tidak mempunyai masalah sekalipun dia kini buta.

Memadailah pembaca tahu, saya jatuh cinta dgn sikap madu saya yg teramat mulia hatinya. Saya selalu fikir, bermadu ini seperti anjing dan kucing. Bercakaran dan berlawan. Tapi alhamdulillah syukur Ya Allah.. Madu saya teramat baik dan saya doakan syurga teragung utk dia dan anak-anak kerana keikhlasan hatinya.

Hingga ke saat ini, Puan Hasidah enggan utk memijak rumah agam kami kerana katanya, ibu mentuanya dulu pernah mengharamkan kakinya menjejak ke rumah suami. Andai dia melakukannya, ibu mentua akan menidakkan dia sebagai anak.

Andai saya ditempatnya, mungkin saya akan bantah sekerasnya perilaku ibu mertua. Tapi tidak pada Puan Hasidah. Dia mengagungkan dan memuliakan ibu mertua sama seperti ibu kandungnya sendiri. Kerana itu, dia hanya menurut.

Pada pembaca budiman, saya harap kita sama-sama ambil iktibar bahawa dalam kesenangan kita, ada air mata orang lain yg kita lupa. Sebagaimana saya sedang belajar utk ikhlas seperti madu saya, anak-anak pembaca budiman juga belajarlah utk ikhlas. Inshaa Allah, syurga untuk kita semua.

Amin.

kredit iiumc

Saya nak ingatkan kepada ketua jabatan ye…jangan cari pasal dengan isteri orang! Time breakfast, ajak makan sekali. Time lunch pun keluar sekali.

Admin…isteri saya ni keje pejabat. Dah lama jugak la. Tapi setahun dua, ade curious sikit pasal dia ni sebab dia slalu pakai minyak wangi ke pejabat. Dia punya wangi tu sampai attract (goda) sense saya. ade bau memikat, orang kata.

Satu hal lagi, dia pakai baju kurung yang berkilat2. itu pun jadi daya tarikan jugak. saya tgk pn jadi hairan sebab baju dan minyak wangi blh goda ‘boss’ dia. bila saya tanya, dia cakap biasa laa org perempuan…nak cantik, nak wangi. Saya jadi tak boleh nak buat keje bila memikirkan hal tu.

Bila hari jumaat, kawan-kawan isteri saya pakai jubah. Tapi dia tetap taknak pakai. alasannya, jubah nampak gemuk. sebelum ni ok je blh pakai. saya suruh dia pakai jubah, tapi dia berkeras taknak. Biasa org keje kerajaan ni pakai baju kurung dan jubah bila hari jumaat.

Saya selidik punya selidik, rupanya isteri saya jadi pembantu peribadi kepada ‘boss’ dia. naik angin laa saya!!! Mana ada pembantu tadbir kerajaan jadi pembantu peribadi. sampaikan mesyuarat pun kena ikut skali. ini dah melampau! kalau mesyuarat luar daerah pun kene ikut skali. ‘boss’ dia tu ugut nak rendahkan markah prestasi jika tak ikut kehendak dia.

Memang panas hati laa saya! rupa-rupanya minyak wangi, baju kurung berkilat yang dipakai isteri saya bertujuan untuk ‘menyedapkan’ pandangan ‘boss’ dia tu semasa mesyuarat. Apa bini sendiri dah tak sedap nak tengok?

Satu hal lagi bila isteri saya pergi kursus, ‘boss’ dia pun punya la kemaruk sampai follow bas kursus tu. Agaknya selagi tak kena tumbuk sampai lebam, memang cari nahas la ‘boss’ dia tu. Ingat bini aku tu makan gaji dengan dia agaknya.

Saya nak ingatkan kepada ketua jabatan ye…jangan cari pasal dengan isteri orang! Time breakfast, ajak makan sekali. Time lunch pun keluar sekali. Time mesyuarat, paksa ikut sekali. Jadi tukang catat minit mesyuarat ‘boss’. Jangan sampai masuk wad sebab dikerjakan suami orang.

Nasihat saya buat para suami, jangan biarkan isteri anda menjadi pelacur kepada ‘boss’ di pejabat. Dah kene tangkap basah nti, ceraikan isteri anda. Tiada guna jika isteri anda peluk cium laki lain. Sekian