Selepas bercerai hidup saya bebas bersama gf semasa tu.. Sy tak ambil tahu pasal anak

Salam..

Semasa belasan tahun, sy terlanjur dan bernikah ketika kandungan 8 bulan. Berkahwin tak sampai setahun kerana masing2 tak boleh memberi komitmen (kami masih ke club/mabuk ketika itu) dan sy juga kantoi sebab ada skandal.. Sebelum bercerai sy ditampar oleh bekas bapa mertua dihadapan ibu bapa sendiri kerana kantoi mabuk dan sehingga sekarang parent sy tak dapat terima perkara itu kerana bekas isteri juga tak jauh beza perangai tapi mereka mendiamkan diri sebab tak mahu keadaan jadi lagi besar.

 

Selepas bercerai hidup saya bebas bersama gf semasa tu.. Sy tak ambil tahu pasal anak kerana gf saya tak dapat terima yang saya ada anak. Walaupun semasa berkenalan dia tahu saya suami orang dan ada anak sorang.
Dadah arak menjadi makanan kami sampai di satu masa saya jadi bosan dan berhenti walaupun gf saya masih begitu. Sy berhenti kerja club dan mula bekerja di sebuah pejabat di ibu kota..dan berkenalan dengan seorang wanita berpangkat agak tinggi. Saya terpikat dengan dia sebab dia nampak seorang yang bertanggungjawab. Dia anak sulung kematian ayah, mengambil alih tugas menjaga 6 adik beradik ketika itu 4 masih belajar. Walaupun bukan taste saya (gf2/bekas isteri sebelum ni jenis seksi, smoking, sosial) saya jadi tersuka tanpa sengaja.

 

Beberapa bulan kemudian saya bergaduh besar dengan gf sehingga dia menghalau saya dari rumahnya sebab saya berterus terang dengannya yang saya dah terjatuh syg pada org lain.. Silap saya terbagi tahu nama pula, so ex gf saya mencari. Pada 1 hari ketika pulang kerja gf baru sy diserang ex-gf di stesen lrt. Dia ternampak kami berdua terus dia nak sound gf, tapi saya tarik dia ke tepi..Wahh dia tunjuk samseng bakar rokok sambil carut2.. Gf baru saya tu dah laa penakut. Saya cakap elok2 dengan ex-gf to talk later. Nasib lah dia chow gak. Malam tu saya ceritakan segala sejarah hitam saya pada gf mujur dia boleh terimasehingga dia minta sy contact balik ex-wife untuk jumpa anak.

 

Saya baru ingat nak mula bagi duit belanja pada anak tapi nasib tak baik saya dibuang kerja. Ex-wife mesej maki2 kata duit saya habis untuk “betina baru”.. Aduhhh.. Tak terkata kesian bila gf baru sy terbaca mesej tu..Dia dengan rela hati mesej ex-wife dan janji nak bagi duit.. Dia sendri jumpa ex-wife dan anak serahkan duit belanja sementara saya cari kerja.. Lepas tu saya dapat kerja baru tapi entahlaa mana bodohnya saya 1 hari sebab tak ada transport, saya boleh pergi pinjam kereta ex-gf jumpa kawan2 kat karaoke sebab saya tau gf tak suka saya pegi enjoy2. Termabuk pulak time tu, ex-gf saya bawa saya balik ke rumahnya.. Ex-gf call gf saya pakai hp saya sebab nak tunjuk saya curang.. Gf sy dengan relaxnya jawab, dia takmau saya dah..

 

Masa tu saya taktau. Sebab tengahari tu saya ada cakap nak jumpa lepas balik kerja. Gf saya datang dan bawa saya pergi makan. Masa tu dia tunjuk call log malam tadi bercakap 26minit pukul 4am. Sy sumpah terkedu tak tahu nak jawab apa cuma mampu minta maaf je.. Saya menyesal dan berubah serta berjanji nak kahwin.. Kawan2 hasut jangan kahwin sebab saya jahat, alhamdulillah gf saya sanggup terima saya, bekerja walaupun gaji kecik.. Bab2 bagi duit belanje anak, gf saya yang ingatkan selalu dan dia yang tolong transferkan.. Tapi 1 hal pulak, ex-wife tak bagi kami jumpa anak kalau dia tak ada. Kalau nak bawa anak keluar, wajib bawa dia sekali.. So macam ala-ala bini dua pulak bila keluar tu. Hahaha.. Tapi ex-wife ni pulak high demand, gf sy tak minta beli pape, dia pulak slumber je letak baju/kasut kat kaunter suruh saya bayar.

 

Sampailah saya berkahwin dengan gf sy tu..(now isteri) dia masih transferkan duit anak.. Terutama saat sy hilang kerja akibat kompeni bankrap. Lama jugalah sy takde income. Isteri pula masih menanggung family nya. Ex-wife pula masih tak bagi bawa anak ke mana2 tanpa dia.. Cuma tau mesej saya minta duit je.. Sy memang tak selesa nak buat isteri saya camtu jadi saya langsung tak jumpa anak cuma transfer duit just kadang2 skip jugaklaa bile financial memaksa.. Lama2 isteri saya persoalkan.. Kenapa ex-wife tak bagi sangat jumpa anak? Sedangkan duit tiap2 bulan mintak? Padahal anak tu bukan dijaga oleh ex-wife, bekas mertua yang jaga..

 

Wife siap cadangkan nak fight mahkamah tapi saya takut bazir je sebab anak tu bukan sah taraf nanti kalah.. Sy malas nak layan ex-wife punya mesej so wife sy lah yang handle.. Sebab bila mesej saya je ada benda dia nak perli.. Kami dapat anak sendiri lepas kahwin few years,alhamdulillah rezeki wife saya makin murah, naik gaji so dia memang banyak spend untuk anak.. Yelah anak sulung kan.. Tapi tiba2 ex-wife saya perli2 mesej kata saya lupa anak pulak bila tengok wife or adik beradik wife post gambar anak kami nampak mewah. Perlu ke saya explain yang tu semua duit wife saya, sy ni nak pakai kereta pun tak mampu.. Banyak menumpang senang wife je..

Lepas tu kat fb asyik buat status2 macam saya ni bapak tak berguna. Dia add sedara mara sy dan sekali wife dan adik beradik wife, kadang2 wife sy nak post kami bercuti pun serba salah. Apa yg perlu sy buat? Dan lagi 1, macam mana saya nak explain pasal hubungan anak2 saya bila dah besar nanti.. Sebab anak bersama isteri anak perempuan..

kadang2 sy pun bertindak kejam sy tidak bagi ibu kandungnya pegang anak sy

Salam admin.. Tolong hide kan profile fb saya.. Saya seorg isteri dan ibu.. Sy dh kawen almost 3year tp masih belum ada rezeki untuk memiliki cahaya mata sendiri.. Tp alhamdulilah sy diberi peluang untuk merasai menjadi seorang ibu kepada anak lelaki sy (anak angkat) yg sy ambik dr baby umur 9hari lagi.. Di sini sy nk minta pendapat atau nasihat dari sahabat2 yg membaca coretan ini. Tolong jgn kecam ataupun melemparkan perkataan yg xelok didgr. Anak lelaki sy tu adalah anak yg tidak sah taraf! Kalau ayat kasar ANAK LUAR NILAH,. selalu org kalau sebut ayat nih mesti rasa jijit ataupun pandang serong..

 

Sebenarnya sy bkn nk cerita pasal anak sy tu tp sy nk bgtahu emak kandung dan famili keluarga kandung anak sy.. Anak lelaki sy juga adalah anak saudara sy belah suami.. Pendekkan cerita adik ipar sy sebelum nih sudah berkahwin dan memiliki 2 org anak, tp jodoh dia dgn bekas suami xpanjang.. Dlm 4tahun mereka masih berhubung, mungkin berkaitan dgn anak2, nafkah anak.. Itu saya fikir yg positive dan baik2 saje. Tahun lepas adik ipar sy mengandung! Anak siapa? Sedangkan dia janda! Keluarga belah suami xnak malu dan terpaksa hantar adik ipar sy bersalin ke hospital jauh dr bandar kampung kami..

 

Alhamdulilah semua selamat, syukur! Sy dan suami bekerja dan tinggal di perautaun, kalau balik kg pun hari cuti panjang, so org2 kg pun xknl rapat dan xberape knl sy. Kehadiran baby boy x di sukai oleh keluarga mertua sy, xnak tangguh malu. Baby boy tu sepatutnya di ambil oleh pihak jkm tp suami sy xnak bagi.. Suami bincanb dgn sy, permulaan sy xnal baby tu sbb bagi sy Anak luar nikah, rasa cm jijit tambah pula kelurga kami di kenali ramai dan ayah sy boleh di katakan kenalan rapat pd org2 ternama.. Satu mlm sy xboleh tidur, sy macam mimpi dan terbayang wajah si comel.. Sy cuba positive dan bersangka baik.. Yg salah ibu nya, baby tu xminta di lahirkan begini.. Itu dinamakan takdir!.. Baby yg tidak sukai oleh kelurga sendiri kino dh berusia hampir 12bulan.. Anak lelaki saya adalah anak yg hebat, yg baik.. Syukur alhamdulilah! Tp sejak akhir2 ini hati sy, perasaan sy, jiwa sy xtenang.. Kenapa? Baby yg di benci, yg dipandang hina, sudah mula di sukai oleh keluarga mertua..

 

Ibu kandung baby boy tu pun kalau sy balik kg, dia seringkali ambil kesempatan pd anak sy, nak selfie, pastu ajar anak2 dia yg lain “katanya bby tu adik abang’. Hati sy xtenang, sy ada bgtahu suami sy tp suami sy ckp” walau apa2 pun bby nih tetap anak kita xkan jd anak dia”. Tp sebagai seorg ibu sy faham naluri ibu??. Kadang2 sy juga bertindak kejam, sy xbg ibu kandung pegang anak sy, sy xbagi dia main dn anak sy, sy xsuka kalau dia mandikan anak sy, semua sy xsuka.. Bila nk balik kg, sy rela hantar anak sy balik umah mak ayah sy dr balik umah mak mertua. Kejamkah saya? Sy sendiri mkn hati, sy takut kehilangan dia.. Masalah skrg adik ipar sy macam xinsaf dgn kesilapan dia yg dia pernah lakukan.. Tp berkaitan dgn anak sy, sy ada dokument lengkap ANGKAT SUMPAH ANAK ANGKAT dr mahkamah dan jkm.. Sy arap sahabat2 boleh beri nasihat ataupun kata2 semangat pada sy.. Terima kasih

hari2 ex kekasih hantar lagu2 sedih dan merayu kepada saya ikutkan hati memang hendak balik pada dia

Salam admin . Saya pernah menulis dua kali cerita saya di KRT ini . Kalau u all ingat . Kes saya yang suami kantoi curang pada hari pertama saya menjadi isterinya itu . Kini sudah pun 8 bulan usia perkahwinan kami . Dan ada juga lah dia kantoi lagi pada awal awal perkahwinan dulu . Tapi buat masa ini alhamdulillah dia masih belum kantoi . Dan saya sudah bagi warning dekat dia . Sekali sahaja lagi dia kantoi . Memang dia kena lepaskan saya . Hari ini saya ingin berkongsi mengenai ujian yang allah bagi . Saya pun tidak tahu dan dengan cara ini sahaja saya dapat meluahkan rahsia hati saya . Sebelum saya mengambil keputusan untuk menerima lamaran suami . Saya sebelumnya sudah ada kekasih hati . Kekasih yang telah bersama saya selama 8 tahun . Dia lah kekasih pertama saya.

Lelaki yang pertama mengetuk pintu hati saya ini . Kami berpisah kerana mungkin atas sikap masing masing yang belum matang masa itu . Selepas 2tahun berpisah . Barulah saya mula serius fikir hendak kahwin dan bertemu dengan suami . Dulu saya sayang sangat dengan dia . Sayang dengan sikap dia yang gentle dan baik hati . Yang banyak membimbing saya di dalam dunia perniagaan . Orang yang bersama saya semasa saya mula menapak. Dia juga menjadi kesayangan emak saya :(. Dipendekkan cerita . Selepas 8 bulan ini . Kekasih pertama saya muncul kembali . Menagih cinta saya . Dia mahu saya kembali kepada dia walau pun dia tahu saya sudah berkahwin . Flash back 2 minggu sebelum mjlis perkahwinan kami dulu.

Hampir hari hari dia merayu dalam whatsapp dan menghantar video-video lagu dia kepada saya . Memang saya sedih masa itu . Ikut kan hati memang hendak balik pada dia . Tapi bila fikir air muka kedua dua family saya kekalkan hati teruskan majlis juga . Sebab itu bila hari pertama suami saya kantoi saya betul-betul frust ! Sakit yang terlalu sakit . Buat masa ini saya masih mengelak sedaya upaya saya untuk bertemu dia dan membalas masej2 yang dia hantar . Saya ada block nombor dia, facebook dan instagram dia tapi dia tetap gigih buat akaun baru dan beli nombor baru semata mata hendak pastikan dia dapat berhubung dengan saya walaupun dari jauh sahaja . Bohong lah saya tidak risau . Saya sangatt risau sekarang kalau kalau hati saya berbelah bagi . Saya mahukan anak . Suami pula saya tengok dia macam belum bersedia lagi hendak ada anak . 8 bulan yang sunyi .

Saya terlalu inginkan anak memandangkan umur saya pun sudah 31 tahun ini . (Suami selalu buang luar sahaja bila bersama) pernah saya menangis lepas bersama sebab saya mahukan baby cepat . Dia kata sabar lah , Sabar lah . Kadang-kadang saya lepaskan rindu hendak ada anak itu dengan anak-anak kakak saya . Dan rakan-rakan termasuk anak-anak pekerja saya sahaja:( Memang sekarang saya tengah tunggu saat suami saya kantoi sekali lagi sahaja , saya tidak tahu apakah takdir yang allah sudah tulis untuk saya . Kenapa susah sangat saya hendak putus betul-betul dengan kekasih pertama saya ini ya allah . Hubungan kami memang tidak pernah putus habis .Dari dulu sampai sekarang sudah 12 tahun kami masih juga belum betul-betul putus hubungan . Saya harap jangan kecam saya . Saya agak keliru . Saya sayangkan suami saya dan tidak mahu jatuhkan air muka family kami .

saya melahirkan anak dan berpantang tanpa suami di sisi..syukur anak sy lahir sempurna..

siarkan coretan saya ni. Mohon admin hidden kan identiti saya. Saya segan. Lama saya ambil masa untuk beranikan diri untuk coretkan dugaan hidup saya dalam KRT ini. Sekarang baru berani hendak share. Sebab saya perlukan bantuan warga KRT untuk berikan kata semangat serta share kan pengalaman bagi yang sudah laluinya. Ok lah, tidak mahu bermadah panjang sangat takut kena kecam. Saya mulakan dengan bismillah. Saya berstatus ibu tunggal beranak 1 berumur setahun 6 bulan. Sebelum ini isteri orang. Hehehe. Berusia awal 30-an. Seorang kakitangan awam. Bekas suami juga seorang penjawat awam. Saya mempunyai kereta(Dah selesai bayar), rumah (Masih loan dengan bank atas nama saya sendiri).

Bekas suami saya seorang penjawat awam berusia awal 30-an juga. Kami bernikah pada 2011 selepas berkenalan selama 2 tahun. Dari awal berkahwin kami PJJ. Saya di utara dia di selatan. Setiap weekend dan cuti umum saya akan menaiki bas ke selatan. Jarak perjalanan melebihi 500Km sehala. Huhuhu. Kami diduga lambat dikurniakan zuriat. Ye la macam mana nak “connected” kalau “wifi” signal tak dijumpai. Hahaha. Setelah pelbagai usaha untuk kami tinggal sebumbung, Akhirnya ALLAH makbulkan. 2014 kami dah duduk sebumbung dan bekerja di daerah yang sama. Opis je la lain-lain. Kusangkakan panas sepanjang hari rupanya hujan ditengahari. Deria ke 6 saya mula curiga apabila kami mula tinggal sekali.

Dan akhirnya berkat doa dan solat hajat ALLAH tunjukkan kebenaran. Bekas suami bermain cinta dengan seorang janda muda beranak 1 dari selatan. Apabila saya siasat, janda tu kata sudah setahun lebih mereka berkawan dan bekas suami saya kata dia bujang. Luluh hati saya. Meratap di tepi lopak air yang keroh dibuatnya. Saya tidak salahkan janda tu sebab dia tidak tahu yang pakwe dia tu suami orang. Tetapi tidak sangka mereka masih bercinta walaupun dah tahu status suami saya. Mula la saya naik hantu dengan janda itu. Bila call tanya kenapa masih bercinta dengan suami saya jawapan dia Saya Tak Boleh Lupakan Suami kakak. Dan hasil pengakuan dari janda tu baru lah saya tahu rupanya bekas suami saya tetap kejarkan janda itu kerana anak. Ye bekas suami saya inginkan anak. Luluh hati saya.

Dan bila saya tanya bekas suami saya, adakah benar apa yang janda itu katakan, bekas suami saya telah melafazkan cerai atas saya di hadapan ayah serta adik saya. Sebulan selepas itu, bekas suami telah memujuk untuk merujuk kembali. 3 bulan selepas rujuk, saya disahkan hamil. Gembira sangat hati saya tapi tidak pada bekas suami. Masa itu saya syak yang mereka masih berhubung. Dan betul jangkaan saya. Masa usia kandungan saya 4bulan, saya bertanya lagi pada janda itu, kenapa masih berhubung. Dia kata bekas suami saya bagi tahu dia yang kami telah bercerai. Hem hati mana yang tidak terluka robek dicarik2. Saya mencari kekuatan untuk bertanya pada bekas suami. Dan sekali lagi bekas suami melafazkan cerai pada saya.

Pada ketika hanya ALLAH tempat saya mengadu dan saya continues kuatkan semangat demi anak dalam kandungan saya. Sepanjang saya mengandung, semua urusan ke klinik, beli barang keperluan bakal anak, sehinggalah habis berpantang semuanya saya lakukan sendiri dengan dibantu adik serta mak ayah saya. Bekas suami hanya berikan duit sahaja. Itu pun riak muka tidak ikhlas. Kenangan paling perit yang saya tidak boleh lupakan sehingga kini, selepas saya selamat bersalin secara normal, saya terpaksa menunggu bekas suami selama hampir 4 jam di labour room. Hanya inginkan dia iqamatkan anak saya. Saya bersalin awal 3 minggu dan kebetulan pada hari saya hendak bersalin keluarga saya berada luar kawasan. Jadinya saya kena bergantung pada bekas suami.

Bertambah luluh hati apabila saya dapat tahu dia sedang bermadu kasih dengan janda itu sedangkan saya sudah bagi tahu yang saya dalam labour room nak bersalin. Saya berpantang tanpa suami di sisi. Syukur anak saya dilahirkan sihat sempurna. Selepas habis pantang, bekas suami kerap ziarah saya dan anak. Keperluan anak semua dipenuhi. Termasuk keperluan saya sendiri. Namun bulan berganti bulan, begitu juga tahun, bekas suami berubah menjadi mudah baran terhadap kami. Anak kecil yang tidak mengerti apa2 dimarahnya bila merengek. Anak demam pun di katanya rimas. Kemuncak pada kemelut kami berlalu sebulan yang lepas. Saya minta bekas suami jagakan anak sekejap kerana saya perlu ke pejabat di hari minggu.

Tapi masa saya turunkan anak di rumah dia, anak menangis di pintu dan bekas suami tidak endahkan tapi dia cakap “ Rimasnya. Menyusahkan saja kamu ini. Melalak saja tahu.”Selepas hari itu, saya makin jauh hati. Apalah salah anak kecil yang tidak tahu apa. Anak kecil yang perlukan belaian. Kadang2 kesian pada anak saya sebab membesar tanpa dikasihi oleh ayah sendiri. Saya buntu. Mengenangkan masa depan anak nanti. Kene ejek ke dengan orang sekeliling nanti? Bekas mertua tidak sudah2 pujuk saya untuk kembali semula anaknya demi masa depan cucu katanya. Hem hati saya masih berdarah. Manakan nak bahagia kalau bekas suami sudah tidak rasa sayang. Betul tak? Saya ini sayang lagi la kepada dia tetapi entah la.

So soalan saya sekarang, adakah hak penjagaan anak akan berpihak kepada saya? Saya tidak pernah buat tuntutan hak jagaan anak lagi. Sekarang baru nak buat. Huhuhu. Yela anak sudah besar. Kang sibuk hendak rebut. Ye la sudah besar kan senang jaga. Tidak melalak2. Tidak payah bangun tengah malam buat susu. Sudah senang. Jadi hendak minta bantuan kat warga KRT sekalian, ada chance tidak bekas suami saya dapat hak jagaan anak ini? Saya tidak mahu hilang anak. Hilang suami tidak mengapa. Sebab bukan saya beranakkan suami itu. Huhuhu. Oh ye lupa nak cerita, sekarang ini janda itu sudah nikah baru. Sebulan selepas saya bersalin, janda itu sudah nikah dengan orang lain. Padan muka bekas suami saya itu. Ok lah, panjang sudah cerita saya ini. Tolonglah jangan kecam saya. TQ min. And harap faham karangan saya ini. Love u min.

Jgn ckp sape suh kawin klu da tau mlut die busuk..ok..first…mmg ak xtau mulut die busuk..

Assalamualaikum.pembaca dan pengomen sekalian… ak nk tny… mcm mana nk tegur org laki ni bg xterasa… dlm masa yg sama..die buat ap yg kite tegur tu… mcm ni kesahnya… laki ak ni..mulut die..busuk..ya allah..stress ak… ak kawin da 3 tahun..3 tahun ak bertahan dgn bau mulut die.. busuk weh..busuk sgt….

Jgn ckp sape suh kawin klu da tau mlut die busuk..ok..first…mmg ak xtau mulut die busuk.. sbb ak jaga pergaulan.aku tak pernah keluar dgn die.tak de nak naik moto berdua ke… nak naik kerrta sama2 ke.. nak makan2 dating2 ke..aku tak pernah sembang dgn dia lama2.. sembang benda yang tak perlu bagai..dan die pulak sejenis yamg pendiam… cakap bile perlu..kdg2 yg perlu ckp pun die tak ckp.hahahahahaha… die senyum je.murah dengan senyuman.byk pahala sedekah dia..alhamdulillah.

Ok.. start la ak kawin dgn die… untuk baru ok fine..aku cuba terima kekurangan die…walaupun ak geli.. makin hari aku tahan..aku stress… ak xleh nak bernafas.aku lemas… die pulak sejeniah yg suke hah..hahh.. lepaskan nafas yg kuat tula.hah sana sini.. ak stress…. aku seorang yang sangat sangat sangat menjaga kebersihan diri.. sebab profession aku yang selalu berhadapan dengan client ni memerlukan diri yang kemas.bau yang wangi.. gigi aku setahun 2 kali k scalling..cuci gigi kt klinik gigi.. gigi ak putih bersih sbb ak laser gigi ni 2 tahun sekali. Gigi aku xpernah kene cabut ke.goyang ke..tampal ke.. even sakit gigi pun..langsung tak pernah..never never never nehi… gigi aku ni salah satu aset kebanggaan aku jugak la sbnrnya.. sbb dr tadika lg… doc gigi selalu puji gigi aku cantik.dari situ.aku suka gigi aku.dan ak jaga gigi aku.. so..kesimpulannya bila da jaga… bau nafas mulut busuk.mmg tak dela…. kalau ak rse.mulut ak sesuatu..risau mulut busuk.aku akan makan chewing gum… bg segar…

Ok.berbalik pd suami aku tadi.. makin hari makin ak xtahan.stress… bayangkan eh… dalam kereta.. kalau die hah… ak rasa nak ketuk2 tingkap bg terbukak.. kalau buka kang biadap pulak kan.. ak tahan nafas ak 20 -30 saat…. mengah…. kdg2 dalam bilik..die hah… ak tekup muka aku dengan bantal dengan selimut… yang paling sakit kan hidung ak ni.. die suka sangat hah hahh haahhhhh tengah2 malam la… bangun dr tidur pg tu la… adoi… time tu lagilaaa busuk gile mulut die… ak stresss..serius..masalah bau mulut bukan masalah kecik.. ak xpernah kiss mulut die..sbb belum bukak mulut pun.da bole bau mulut die… bantal2..selimut2… ya allah…jenuh ak nk basuh… bau air liur basi merata2… walau pun tercalit sikit je air liur tu… bau die bole tangkap kt hidung aku ni..sensitif sangat ..

Ok..aku buat macam2 perkara untuk selesaikan bau mulut ni.aku dah xbole tahan.aku stress sangat dah… first..aku cari punca.apsal die bau mulut busuk..dia tak merokok..ak perhati gerak geri dia. Bila die abis mandi aku masuk toilet.aku rasa berus gigi die..kering.. 1 kali.kering..2 kali kering..3 kali kering..ak nk tangkap die.. ak buang berus gigi lama… ak xbukak lg berus gigi baru.ak nk tgk die mintak tak berus gigi baru… suprise weh.die xmintak..then ak tanya die.u mandi.. xgosok gigi ke.. die ckp gosok.. aku tny.u gosok dengan ape.berus gigi takdekan dlm tu.i da buang yang lama..lupa lah nk buka yang baru.. die jwp.. die gosok guna jari…kumur2 dengan ubat gigi sikit… yarkkkkkkk…aku geli … ok xpe. 1kali kene tangkap.. minggu berganti minggu… time tu we all balik kampung die.. jauh… dr pagi bertolak.. senja2 mcm tu bru smpai… bermula episod die nak mandi untuk solat maghrib… aku tau dia tak amik berus gigi kat dalam bagasi kami … aku buat tak tau dlu..die keluar je..depan2 mak die aku kuarkan set mandi.aku tembak terus..laaa..u xamik beg mandian ke.abis tu.tak gosok gigi ke??? Dia jawap.tak.lupa pulak. Aku tembak je..depan mak die lg bagus..ya allah..mintaklaa..tak geli ke seharian xgosok gigi.dr pg drive makan minum mcm2.tak kelat ke mulut tu… ish.kang nak solat berjemaah .orang sebelah jadi terganggu nak solat dok tahan nafas sbb mulut u busuk.. nasib mak die sokong aku.. mak die nasihat.. kene jaga kebersihan..tak bole sambil lewa macam dulu. Dah besar.da kawin.malu… oooo so mak die tau la.die mmg tak suke gosok gigi.. hurmmmm

Cerita bukan takat sini.. ingt ye..3 tahun lebih da aku kawin..mst la ada macam2 bende dan solution yang aku buat… seterusnya.aku ajak die g klinik gigi.scalling… scalling gigi aku…. time scalling gigi aku tu… aku kauntim dengan doc… tlg scalling dan betulkan gigi husband saya… tp tlg… jgn cakap sy byr.. cakap sy beli servise pakej buy 1 free 1… aku terpakse ….. air muka suami kene jaga… ok selesai air cuci gigi.. aku keluar..aku suh husband aku masuk.aku cakap ak ada lg 1 kuata cuci gigi .. tp kene abiskan..sbb da hujung tahun.. laki aku tau ak mmg suke cuci gigi.so die percaya aku dah join beli pakej cuci gigi yang berkali2.. so die pun masuk… gigi aku doc cuci 30 minit je.. sbb xde ape sangat… ak expect dah..laki am mesti sejam lebih… bill die mst 150 mcm tu..xpela.. asalkan ak xpelru hadap bau mulut die lg… jam berdetik2..2 jam xkeluar lg… lebih kurang 2 jam 40 minit.baru selesai… kalah org operate bersalin… total bill die 250 selepas diskaun.kihkih… ada 2 lubang yang mmg xtau la doc nk ckp.. agaknya busuk gile tu dari lubang tu.penuh dgn taik gigi lama ..yarkkkksssss……

Dan..yeay.nafas die segar la sikit… ak bole bernafas lega..tp… argg..ada tp… sbbkan die mmg pemalas nk gosok gigi… mulut die dlm smggu busuk balik… tp xdela sekuat dlu..tp busuk laa.. ak tny die… knp xsuke gosok gigi.. gusi u sakit ke.. die tny.kenp.. ak jwp..sbb mulut u busuk.u merokok ke belakang i.. die ckp takde.sumpah tak.. busuk sangat ke… aku dgn yakin mendadik dada..aku jawap.yess… mmg sangat busuk.. kene rajinlaa gosok gigi.. u tak malu ke nnt dgn kawan2 u.mcm ne ye u smbang dgn kawan2 u.ntah2 dorg semua dok tahan nafas je bile sembang dengan u.. aku belikan die colgate plug… ak suh die kumur2 lepas gosok gigi… die akur…ak lega sekejap!!.. knp sekejap..sebab.lepas ada colgate plug.lg malaslaaa die nak gosok gigi..pakat kumur2 je.selesai.. knp ak tau.sbb berus gigi die.pg2 subuh lpas mandi tu.masih kering mcm tak terusik dr smlm..faham x.. errgg… ok..aku tau…ak mmg xleh nk buat ape dah….

Lepas dr tu… ak mmg kerap beli stok chewing gum ..xpun mentos…atau ape2 gula2 yang berangin.. dlm kereta aku bg.. buat segarkan mulut aku cakap… agak2 nak sampai kt tmpt yg dituju.mcm rumaj saudara mara ke..kenduri kawin ke..shopping complek ke..ak bg lg chewing gum.suh segarkan mulut… skang kalau balik kampung..benti solat mana2..ak mmg suh die g mandi..tak pun tlg cuci muka gosok gigi..bg segarkan diri..sbb drive jauh..padahal ak tak tahan da bau nafas die…

Benda ni berlanjutan sampai skang ye.. da 3 tahun lbih ak hadap.. tlg la aku.bg laa cadangan.tips..apa lg aku nk buat…. ak stress sgt kene thn nafas..smpai skang.die masih suke hah hah… lepas tu air liur basi mmg bersepah2… aku stress… busuk busuk… tlg laaa wahai pembaca sekalian… ada tisp x…

Oh ye..detox pun ak penah ye .. berhari2 laki aku cirit sbb minum detox..kihkihkih.pastu tak nak minum dah..tobat lahum katanya…

Hurmmm…
Bini derhaka jika ada yang kenal suami aku.. jika tak kenal aku.xkenal laki aku… namanya bukan buka aib ye… nk kecam ak.bole.xde masalah.. nk bg pandangan pun bole..mmg aku alu2kan.. wassalam

Korang tahu kenapa aku rela bercinta dengan laki orang berbanding orang bujang yang sebaya umur aku? Sorry aku rephrase balik.

Salam KRT. Ni akaun betul aku. Aku just nak cerita satu benda penting. Umur aku 25, berkerjaya; professional. Ada biz sendiri; bukan kosmetik2 or online2 ye. Duduk sorang2 satu rumah 3 bilik, makan pakai lebih dari cukup, ada savings, berkereta dan berbelanja selalu tanpa rasa was-was. Alhamdulillah aku guna duit aku semuanya untuk tanggung kehidupan bukan duit mak bapak ye. Tapi aku takdelah kaya gila pun cuma aku sedikit senang hasil titik peluh sendiri. Yes, aku ni single. Aku baru broke up dengan laki orang 3 hari lepas tapi tu cerita lain.

Korang tahu kenapa aku rela bercinta dengan laki orang berbanding orang bujang yang sebaya umur aku? Sorry aku rephrase balik. Korang tahu kenapa aku taknak bercinta dengan orang bujang sebaya aku? Sebab most of them are crooks. Ada yang terus undur diri dari dekat dengan aku sebab my level of education & my career. Dorang cakap aku ni sangat sombong, bongkak dan ego sebab aku pandai dan berjaya. Ok nak kutuk pn aku boleh terima kot. Sebab yang tukang cakap ni memang takde matlamat hidup, pemalas dan tahu nak senang je. Tak ingin aku nak kawan.

Ada juga yang dekat dengan aku sebab duit je. Mula mula kenal dah start tanya gaji aku bila tengok aku shopping barang. Biasanya aku akan pilih go dutch (makan bayar sendiri) bila keluar dengan orang bujang sebaya aku. Tapi dorang suruh aku bayar makanan dorang yang harga tak sampai rm20 tu tanpa rasa malu dan segan. Mintak pinjam lagi duit thru whatsapp sampai beratus ratus. Of course la aku tak bayarkan or pinjamkan. Dorang pun maki hamun aku and tinggalkan aku. Nak sebut nama tak kat sini? Haha.

Jangan lupa ada yang suka ambil kesempatan atas nama agama. Nak masuk merisik aku tapi taknak bayar hantaran langsung sebab tak ikut syariat islam katanya sebab mak aku tetapkan 15k. Mak aku maki je budak tu; maki belakang2 je pun because.. Hell no. Kalau 15k tak boleh bagi, agak agak hidup aku nanti kau boleh tanggung ke? Aku boleh kumpul 15k tak sampai 6 bulan masa single ni sebab aku pun ada biz sendiri. Aku ni weekend pun takde sebab kerja je 7 hari seminggu.

Ada kerja tetap and also im running my own biz. Kau ingat mak aku nak bagi aku kawin dengan orang takde matlamat ni? Mak aku bukan hadap sangat duit. Dia duit berkepuk kepuk dalam bank. Cuma dia nak tengok kesungguhan laki tu je. Mak aku describes aku as an iron lady. Aku ni macam machine. Dalam otak aku hanya duit duit duit sebab masa muda ni aku kerahkan tenaga aku untuk cari duit. Aku start biz aku pun guna modal sendiri tak minta loan dari siapa2 or mana2 bank.

Bagi aku kalau aku nak kawin dengan mamat bujang sebaya aku yang nak kumpul 100 sebulan pun susah, buat rugi masa aku je. Bagi aku perkahwinan is a business. Kalau kawin pastu hidup makin susah makin miskin, kewangan tak prosper dan hati tak senang, better jangan kawin. Aku bukanlah kapitalis tapi aku berfikiran realistik. Aku percaya rezeki Allah bagi tapi aku percaya Allah tu nak tengok kita usaha sendiri bukan harapkan miracle je. Duit tak datang bergolek ye. Kena cari ye. Ingat tu.

Apa yang aku nak bila in a relationship tu, aku boleh bincang pasal biz, peluang nak buat investment, networking, politics, philosophy, agama.

Mamat bujang sebaya aku mostly tak minat cakap benda benda ni. Ramai masih mengelamun fikirkan main game, mengorat awek, lepak lepak takde tujuan, hisap rokok pun kebas kawan punya.

Kalau laki orang (note: yang bekerjaya dan ada matlamat bukannya yang takde duit ambik duit bini orang tu) masa depan aku lebih cerah sebab aku boleh expand my biz, pergi functions, pergi ikut dia ke biz meeting bla bla.

Tapi sampai bila aku nak ikut laki orang. Aku nak kawin dengan lelaki bujang. Tapi lelaki bujang ramai yang tak guna. Apa lagi pilihan aku ada? Sebab tu aku cakap, aku lagi suka hidup single dan berskandal dengan laki orang dari nak settle down hidup dengan orang bujang. Oh sorry guys no duda ye aku tak minat bela anak orang lain.

Dia borak dengan betina tu sejam lebih tau tak.. padahal kejap lagi nak keluar dah .. nak pergi kerja…

Salam. Sy nak buat confession sikit. Cerita ni tentang suami sy. Dia memang tak reti nak hargai sy. Nak raikan sy.. nak ucap sayang-sayang lagilah. Semua ni bermula sebelum puasa tahun ni lagi. Mula-mula dia minta izin nak poligami. Yes, sy bukan nak menolak.. tapi sy bagi.. cuma bersyarat. Sedangkan diri sy dia tak pernah buat apa-apa. Honeymoon, duit nafkah tak ada. Bil rumah bil sekolah anak semua sy tanggung sampaikan dia punya duit rokok.

Tahun lepas company dia kena songlap dengan partner dia. Terpaksa dia fight dapatkan hak balik. Sy bantu.. semua kewangan sy bagi.. hingga semua sy gadai. Tahun ni sy dah tak kerja. Sy hilang punca rezeki tapi sy niaga online. 2-3 bulan jalan.. dapat juga 2k lebih sebulan. Bulan 4 dia buat hak nak nikah lain. Sy bagi syarat, banyak syaratnyabuatkan sy lebih daripada segalanya. Suami setuju.. tapi sejak hari tu..

Sy rasa semuanya dah lebih pada betina tu dah. Memang sy jeles bila sy mesej suami. 3-5 jam baru reply.. tapi sy trace mesej dia dengan betina tu setiap saat.. even tengah drive pun boleh reply mesej.. makan apa.. buat apa tak payah cakaplah. Balik rumah tegur sy pun tak. Tersengih-sengih dengan hp. Bila sy tanya dia cakap, kan nak ngayat.. Mestilah kena layan betul-betul. Pedih juga hati.. tapi sy biarkan lagi. Lepas tu lama-lama sy tengok ada resit transfer bank in.. bukan sikit tau.

Mulalah sy angin.. sebab dalam masa sama sy dan anak2 makan bihun nasi goreng je kat rumah.. sebab nak jimatkan duit dia. Dia memang sah-sah makan kat luar sebab dia kerja tak ikut masa. Apa yang sy minta pun duit barang anak sahaja. Barang dapur pun sy guna duit sendiri. Bila dapat tahu pasal duit tu, sy gaduh besar dengan dia. Still tak ngaku.. dia pukul sy.. sampai pinggang sy tak boleh tegak.. depan anak2. Dia tension dia pukul juga anak2. Kadang bengkak-bengkak kepala sy.

Sejak dari situ.. sy nekad.. sy takkan biarkan semua ni menjadi.. takkan ada poligami untuk dia, melainkan cerai atau stay dengan sy. Cara pertama sy buat, sy hiaskan diri macam budak yang dia gila-gila kan tu. Sy takde duit.. sy minta dia. Dia tak bagi.. tapi sy tipulah.. konon bil astro tertunggak. Contoh bil semasa rm150, sy cakap tak bayar bulan lepas.. total rm250. Sebab dia susah nak bagi duit untuk sy pakai. Tapi dia percayakan sy urus rumah. So ini je cara sy nak ambil hati dia.

Bisnes sy hancur.. sy hilang mood nak berniaga.. anak2 pun kadang sy tak boleh kawal. Sy kesian kat anak2.. Sy bawa diorang jalan2 je. Bagi diorang tak stress macam sy alami.. takkan nak hadap perangai mak ayah yang gaduh jekan.

Sebab memang kami tiap hari gaduh.. mau tak gaduh.. dah pakai makeup.. perfume.. baju takdelah cantik. Sebab baju lama.. tapi sy alter sikit bagi seksi. Pun dok layan hp juga! Yes, sy macam orang gila. Sy rayu dia. Sy tagih ciuman dia. Sy minta dia peluk sy.. tapi takdenya. Dia rela layan mesej sambil sy tengah sedu-sedu nangis depan dia. Siap suruh sy pergi jauh lagi.

Suami hujung tahun memang banyak outstation (tahun lepas). Dia hanya balik untuk tukar baju dan bag baju sahaja. Kadang tengok dia kepenatan kesian sangat.. nak je picit dia macam dulu. Nak tanya dia dah makan ke belum.. nak sembang apa yang dia buat sepanjang hari.. tapi, semua tu terpaksa dipendam je. Sebab dia tak banyak cakap. Balik rumah pun, tidur 2-3 jam saja dah nak keluar kerja balik.

Saya still tagih rindu pada dia walau depan mata dan sy sememangnya tunggu dia balik kerja even seminit dua, untuk spend masa berdua dengan dia. Tapi sayang, anak2 yang kecil tak faham apa yang mak ayah nak dan saya sebagai ibu still kena jaga anak dalam masa yang sama hati ini terjerit-jerit nak peluk suami. Nak borak manja dengan dia. Saya cuba tegur benda kecil-kecil untuk mulakan perbualan tapi antara dengar dan tak dengar.. jawab pun setakat umm… ya.. je..

Saya ni dah la kat rumah tak ada teman borak.. ada dia nak juga borak dan cerita tentang hal anak2.. tapi dia langsung takde respond. Dengan tangan tak lepas pegang hp.. tersengih-sengih.. geram betul tengok. Kadang sy tengah mandikan anak.. tau2 dia dah tergolek kat katil bilik kami dengan tutup pintunya borak dengan betina tu. Sy biar je lagi.. sebab sy pun nak uruskan anak2.. makan.. main.. dan tidurkan diorang. Tapi hati sy macam dah kena bakar je… rasa nak gegar je bilik tu tapi still tahan.

Dia borak dengan betina tu sejam lebih tau tak.. padahal kejap lagi nak keluar dah .. nak pergi kerja. Dengan sy acuh tak acuh je cakap.. bila anak dah settle.. sy cuba kacau dia. Still dengan sombongnya (kuasakan pada lelaki nak lagi bergelar suami), dia hanya minta sy service die je.. dengan tanpa sentuhan pun pada diri sy. Wahai kaum isteri.. kalau anda kat tempat sy apa korang rasa.. Memang dah makan bulan pun sy tunggu dia sentuh sy.. tapi haram.. 
Saya nak juga bermanja2.. dipeluk dicium.. apa2lah.. taknak main pun takpe.. janji sy dihargai.

Dia buat sy macam takde nafsu.. macam dia sorang je nak kena layan nafsu. Bila sy cakap habis nafsu sy ni siapa nak layan?  Tau apa yang dia cakap.. dia suruh sy cari lelaki lain tapi main mesej jelah.. nak lucah pun boleh.. asal tak main. Allah… sakit otak fikir hal bodoh ni… rabak tau hati saya.. then sy teruskan step lain. Sekarang bermulalah klimaks cerita.. step drastik sy buat. Walau hati betul2 sakit. Allah tu adil kot.. malam sy sedu2 nakkan pelukan dia dan dia halau sy.

Ada stranger mesej sy kat wasap.. sebab sy niagakan.. so tak hairanlah no sy ada yang contact nak kenal. Dulu pun ramai.. tp sy tak layan semua.. tp malam tu.. sebab kecewa sangat.. sy layan lelaki tu. Mesej jelah. Start dari malam tu.. walau sakit hati tengok dia dengan hp dia.. sy berlakon cool je. Untuk buat sy hilang rasa sakit hati, sy tidur bersama anak2 je. Sy tunggu suami siap nak pergi kerja baru sy bangun. Waktu dia mandi sy siapkan sarapan dan apa yang patut.. mana sempatlah..

Hp dia tu dalam tandas pun dia bawa msuk. Bila die keluar je.. sy terus masuk bilik tidurkan anak2 balik. Memang sy tak boleh tengok muka dia. Dan start itu juga.. sepuluh sen pun sy minta dia. Walau dia tak bagi.. sy diam dalam rumah. Bila dia balik sy hanya siapkan nasi telur je untuk protes yang sy takde duit. Tapi serious sy takde duit pun. Dan sy dah taknak fikir dia tak ada duit. Sy hanya fikir duit sy dia labur kat betina lain. Start dari situ RM50 dia bagi. RM10 mesti sy ambil untuk diri sy.

Sampai cukup RM100 sy pergi simpan kat kedai emas. Uolls nak tau.. sekarang sy dah kumpul 3 gelang dan 1 loket untuk anak sy dan yes.. dia tak tau lansung.. Ini untuk masa depan sy je sy fikir. Balik pada stranger tadi, 
seminggu lebih.. dia balik rumah dia tengok sy dengan hp sy. Kadang sy berlakon senyum2.. biarpun mesej entah apa2. Nada dering stranger tu pun sy buat nada lagu frozen. Anak sy suka.. bila dapat mesej dia lagu frozen keluar.. dan yes.. sy berjaya buat suami sakit hati. Walau sedih… Tapi sy dah start buat sesuatu yang lain.

Kami keluar makan kat kedai, dia tutup hp.. sebab nak borak dengan sy. Tapi sy still mesej juga dengan stranger tadi. Saja nak buat benda ni real, padahal sy tak ada perasaan pun. Malam tu malam sebelum raya tak silap sy dia ajak beli baju anak. Sy cakap kami nak baju mahal.. dia cakap tak cukup duit.. sy cakap takde duit stay kat rumah.. tapi dia yang lebih2 siap tolong sy mandikan anak2. Mungkin dia nak pujuk sy kot. So oklah.

Before.. kereta sy hampir terbalik tau sebab otak sy asyik fikir suami.. sambil drive tu sy macam teringat apa yang dia buat pada sy.. nasib bawa adik ipar.. dan dia yang nampak sy dah naik divider dan tayar memang tertoreh. So malam tu nak pergi beli baju raya. Suami nak bawa kereta sy. Sekali masa nak isi minyak dia tengok tayar kereta yang rosak tu. Terus dia pukul sy dalam kereta depan anak2. Dia bengang sy tak jaga kereta. Ya sy tahu salah sy..

Tapi bukan sy suka2 nak langgar divider tu.. semua pun bersebab.. die tak tanya pula sy dan anak2 masa excident tu macam mane. Sedih sangat.. then.. bila pergi shopping. Dia bagi sy RM500.. sy beli baju anak2 dan kasut.. untuk sy hanya lipstik dan foundation. Sebab itu je yang habis setakat itu. Baki sy simpan untuk beli barang dapur. Malam tu habis dekat RM400. Berapa je baki untuk sy beli barang dapur.Dengan barang anak2. 

Sy ingat ok dah.. even mood sy kelaut. Order KFC dengan dukung anak kecil dan anak sulong minta itu ini.. dia rilek je kat meja tunggu sy datang hantar makanan sambil mesej dengan betina tu semua. Dalam hati sy.. macam tu ke gaya dia nak pujuk sy. Sy hantar makanan tu satu persatu.. yelah.. 4set untuk 4 orang makan.. mau tak banyak. Dengan dukung anak sebelah kanan.. dia pulak sy tengok dok senyum dengan hp. Belum pun sy sempat makan.. dia ambil air terus keluar cakap ada call penting.

Damn! Giler! Aku nyesal ikut dia keluar.. nitis air mata aku laju2.. nasib anak lapar.. bertahan je agar air mata tak tumpah kat ayam. Dan serious ni betul2 melampau! Aku kembali balik pada stranger tadi. Pada asal hanya untuk buat suami jeles.. tapi sebab malam tu dia kecewakan aku. Serious.. terus aku call nangis kat lelaki tu.. entah mana hilang malu.. aku luah habis kat lelaki tu. Lelaki tu minta aku tinggalkan suami datang pada dia.

Takdelah hebat pun lelaki tu. Just mungkin dia faham situasi aku dan dia janji nak jaga anak2 aku. Aku dalam dilema.. sayang aku pada suami masih ada. Dan lebih banyak.. lelaki tu hanya baru sahaja muncul.. lagipun belum tahu dia macam mana.. sekali aku salah langkah.. Anak2 aku yang merana.. Tekanannyalah..

Sekarang dia letak saya rumah ibu saya dia janji yang dia akan ambil saya selepas 2 minggu tapi sekarang sudah lebih 2 minggu.

Guys, Salam admin. Saya hendak minta bantuan dan pendapat. Rumah tangga saya di ambang kemusnahan. Bantu lah saya. Saya sangat sayangkan hubungan ini. Kami baru mendirikn rumah tangga 4 bulan. Tetapi suami sudah hendak ceraikan saya. Menurutnya saya banyak kekurangan, saya tidak faham dia, saya tidak sabar, saya tidak hormat dia dan family dia, saya tidak penuhi semua yang dia hendak semua yang family dia hendak, saya melawan cakap dia dan banyak lagi. Tetapi ketahuilah saya sudah banyak berkorban untuk dia dan family dia. Lepas kahwin kami tinggal dengan family dia. Dia suruh saya ikut semua yang dia dan family dia hendak. Sejak sebulan kebelakangan ini, saya sakit dalam perut dan saya banyak duduk dalam bilik. Jadi emak dia marah pasal itu dia pun marah saya.

Sekarang dia letak saya rumah ibu saya dia janji yang dia akan ambil saya selepas 2 minggu tapi sekarang sudah lebih 2 minggu. Dia kata tidak ambil saya dan dia tidak akan datang rumah ibu saya sebab dia tidak dapat terima family saya dan saya. Sehari selepas kami kahwin, dia kantoi mesej dengan perempuan lain. Saya maafkan. Dia janji tidak akan buat lagi. Tetapi sebulan selepas itu kantoi lagi. Dia janji lagi.. Kantoi lagi dia janji lagi. Saya tetap terima dia dengan harapan dia berubah. Dia Siap plan hendak kahwin dan ceraikan saya, hendak racunkan saya. Saya sedih. Tetapi saya tetap terima dia. Beberapa hari yang lalu dia kantoi lagi. Saya terima lagi. Disebabkan dia selalu buat hal lah saya jadi trauma, saya jadi hendak periksa telefon dia.

Saya jadi tidak dengar cakap dia dengan harapan dia sedar saya ini isteri dia, harap dia sedar saya sayang dia. Tetapi tidak. Dia marah saya sangat sebab saya tidak sabar dengan dia, tidak hormat dia. Mungkin itu salah saya. Saya banyak kali memohon maaf padanya. Tetapi dia tidak maafkan. Dia kata kalau hendak dia bagi saya kena ambil hati emak dan family dia. Kalau family dia terima saya, dia akan terima saya. Dia serahkan segala keputusan pada emak dia. Last dia kata tunggu saja surat dari pejabat agama. Dia ikut kata family dia yang sememangnya tidak suka saya. Saya sedih teramat sangat. Saya panggil hendak bersemuka dia tidak mahu. Saya plan dengan pejabat agma untuk kaunseling. Saya hendak selamatkan hubungan rumahtangga ini. Ye saya banyak salah tetapi bagi lah peluang.

Dia mengharapkan semuanya sempurna dari saya. Dia sendiri banyak kelemahan. Saya sakit sangat2 dia tidak endahkan pun. Saya perlukan dia tidak hiraukan. Saya sedang belajar jadi isteri dan menantu yang baik. Semua itu salah ke? Saya sedang menyesuaikan diri dengan family dia. Bukannya saya pun kahwin sebelum ini. Saya pun tidak ada ilmu sangat untuk jadi isteri dan menantu yang baik. Baru 4 bulan. Saya sedang belajar untuk menjadi terbaik. Tetapi dia tidak boleh terima kekurangan saya itu. Malah dia tidak mahu melengkapi segala kekurangan saya itu. Apa perlu saya lakukan? Saya sayangkan dia . Dia terlalu dengar cakap family dia. Dia tidak boleh terima kekurangan saya. Walaupun saya boleh terima semua kekurangan dia. Bantulah saya. ?

Saya baru sahaja ke hospital dan doktor sahkn rahim saya bengkak. Saya perlukan sokongan dia. Tetapi dia tidak ada ?. Banyak kali saya ajak dia ke hospital sebab kadang kala sakit ini kuat sangat. Dia tidak mahu. Dia kata saya tidak faham dia. Selalu ajak pergi hospital sedangkan dia banyak kerja hendak buat. Urmm, Apa perlu saya buat? Ingat ahad ini saya hendak ke pejabat agama untuk sesi kaunseling. Betul ke tindakan saya? Saya buntu. Family dia langsung tidak hubungi saya atau bertanya apa yang berlaku. Perlu ke saya hubungi mereka? Walaupun mereka tidak suka saya ? Saya tidak tahu apa suami saya bagitahu family dia sampaikan family dia marahkan saya. Saya takut. Saya tidak mahu bercerai.

esoknya family wife datang bawa kami pulang ke rumah mak..dalam kereta mengalir airmata seorang isteri yg menahan kesakitan dan pedih di hati..

Salam admin.. disini saya nak kongsikan cerita mengenai isteri saya dan mertua.. saya lelaki yang kahwin muda dalam 21 tahun masa tu.. sekarang dikurniakan anak lelaki setahun lebih.. saya berhubungan dengan gf time zaman sekolah rendah lagi.. of course lah pernah putus berkali-kali tapi jodoh tu tetap ada.. kini dia jadi milik sah saya.. isteri saya cantik, bijak dalam akademik time universiti dulu, solehah, pandai masak, mengaji sume tip top..

 

Tapi setiap hari, tiap malam saya rasa bersalah dalam hati ni… bukan kerana curang.. tapi sebab memikirkan ibaratsaya tak membela maruahnya dihadapan keluarga saya sendri..maruahnya dipijak, dihina didepan saudara-mara dan nenek saya.. saya tak tahu apa yang mereka bencikan pada dia.. Semuanya berpunca dari mulut kakak saya yang mula-mula memfitnah dia, menyihir saya sampai angaukan dia dan memfitnah yang buruk-buruk pasal dia depan ibu ayah sampai dituduh benda yang tak masuk akal.. sehinggakan ibu ayah saya menyimpan dendam yang teramat pada dia..

Time bercinta zaman sekolah dulu, kami jarang berjumpa.. kami sekolah berlainan dan dia pula rajin fokus belajar.. bila habis SPM, kami fikir nak masuk sama-sama kolej tapi ibu ayah saya kongkong saya, hantar ke kolej sampai ke utara, patahkan simkad saya dan suruh saya bersumpah takkan berhubung dengan dia. Ya Allah, time tu, saya hilang kawalan, sedih sampai tak ada mood belajar. Saya contact dia balik lepas setahun kemudian time kami sem 3.. ternyata dia seorang wanita yang setia.. dia masih terima saya walaupun saya buang dia macam tu saja tanpa khabar berita..

 

Time cuti sem saya selalu singgah tidur kat rumah family dia. Alhamdulilah mereka baik sangat dengan saya apatah lagi mak ayah dia.. ayah dia anggap saya macam anak lelaki kandung dia sebab family dia tak ada anak jantan.. tapi bila fikirkan tentang family saya yang tak habis-habis pikir buruk tentang dia, saya jadi malu sungguh sampai family dia tahu yang family saya tak sukakan anak prempuan dia ni.

 

Saya tahu mak ayah dia dah berpisah tapi family dia sangat educated dan hormat orang.. ketika akhir sem, saya dengan berani beritahu ibu ayah, saya nak nikah dengan dia lepas diploma tapi mereka hina dia secukupnya kata tak layak jadi menantu mereka sebab family saya orang alim ulama dan dia hanyalah keturunan campur bukan darah alim ulama. Allah.. sampai kesitu dihina.. tapi saya tekad juga nak kahwin.. saya bincang dengan family perempuan untuk bernikah dan mereka setuju walaupun tahu family saya benci mereka..

 

Akhirnya kami bernikah dan time nikah tu, ibu ayah datang hanya untuk menghina saya depan saudara yang ramai kerana bodoh menerima perempuan macam tu.. saya sedih tengok orang lain dapat sokongan dari family time hari bahagia seorang anak, tapi saya? Lepas nikah, saya kemalangan dengan wife, duduk rumah ibu ayah.. saya fikir time ni mereka boleh tengok sendiri siapa wife saya dengan lebih rapat lagi.. tapi tak.. wife saya duduk terperap dalam bilik dan dilarang keluar kerana ibu ayah malu jiran tahu siapa wife saya.. sampai bila jiran tanya, dianggap wife kawan adik saya saja.. Allahu.. hinggakan sampai kemuncak wife saya still sabar tapi satu ketika dia pengsan sebab menahan sakit nanah di kaki dari accident tu.. ibu terus cop dia pura-pura pengsan dan hasut saya untuk tak endahkan dia.. dan saya termakan hasutan tu.. saya rasa berdosa time tu bila fikir balik.

 

Esoknya family wife datang bawa kami pulang ke rumah mak.. dalam kereta, mengalir airmata seorang isteri yang menahan kesakitan dan pedih di hati.. saya tekad tidak akan bawa lagi wife saya ke rumah ibu ayah.. lepas few months, wife saya pregnant anak sulung, mertua saya happy sangat.. tapi saya tak hebahkan pada family saya takut diapa-apakan wife saya.. tapi Allah beri dugaan, wife hampir keguguran kerana kandungan lemahtapi baby still selamat time umur 4 bulan dalam perut.

 

Masa tu pulalah family saya datang kerumah ayah wife, sambil menengking mencari saya.. kononnya mahu menipu saya yang ibu sedang nazak..

 

Time tu saya teruskan juga bawa wife saya.. kalau betul ibu tengah nazak, kenapa tak nak tengok menantu dia? Kenapa sampai dirumah tiada saudara yang datang? Adik saya tengah tonton drama korea sambil ketawa? Ternyata saya ditipu.. mereka memanggil saya hanya untuk pisahkan saya dengan wife dengan cara menghasut dan menipu. Ditambah pula, wife saya yang dalam keadaan lemah terpaksa jalan ikut saya ke rumah ibu ayah. Wife dihina depan mata saya oleh nenek saya dengan hambur kata-kata kesat “Kau perempuan jalang tak pakai tudung, aku tak boleh terima kau.. kau tak layak dengan keturunan aku alim ulama.. cucu menantu aku semua tahfiz tahfizah.. kau apa ada dasar prempuan tak sedar diri! Nak kahwin dengan cucu aku konon.. sekarang mengandung ngada-ngada tumpah darah pulak..” dan ibu ayah hanya diam setuju dengan apa nenek cakap.. saya hanya terpaku kerana terkejut. Isteri saya hampir pitam sambil airmata mengalir tanpa melawan balik.

 

Mulai dari tu, saya bawa wife saya jejauh dari mereka.. saya tak contact mereka lagi mengenangkan wife saya terus kemurungan teruk dan fobia dengan mereka selepas itu, sampai terbawa time bersalin sampai sekarang.. kini saya bahagia dengan anak dan isteri.. walaupun hidup sederhana, saya bahagia.. lebih bahagia dari dulu.. saya tekad jadi suami yang baik kerana simpati dengan wife yang tidak dikurniakan mertua yang baik, tapi biarlah dapat seorang suami yang baik.. tapi rasa bersalah kerana sikap diam diri sampai sekarang dah masuk 3 tahun, saya tak pernah pun bela nasib isteri saya, itu yang buat saya rasa bersalah sangat-sangat.. apa perlu saya lakukan?

 

Kini saya hanya tutup kisah lama ni, family saya pun happy je siap melancong tanpa fikirkan saya dan menantu yang terhina dan dihina ni.. saya hanya harap biar Allah tunjukkan pada mereka, satu hari mereka dapat menantu yang lebih teruk dari wife saya yang cukup dihina ni.. dia wanita, aib la jika dihina tentang maruah diri depan khalayak.Disebabkan itu saya takkan dan tak pernah contact dengan mereka kerana sifat ego dan memilih bulu untuk bermenantukan yang alim-alim saja..doakan saya bahagia disamping seorg wanita yang kuat, solehah dan yang paling sempurna untuk saya ni..

selepas itu suami saya naik berang dan memandu laju tanpa menghiraukan kandungan saya..

Saya dah berkahwin setahun lebih. Di awal perkahwinan saya,saya masih menuntut di salah sebuah IPTA dan tamat pada Januari tahun lepas.. Jadi saya mula tinggal sebumbung dgn suami Januari tahun lepas..

Sepanjang kami serumah, saya lihat muka suami saya kusut seperti ada masalah yang bebankannya..Setelah disoal siasat rupanya suami saya tidak mampu lagi menanggung hutang yg dicipta oleh kakaknya.. Saya menasihati suami saya agar berterus terang pada kakaknya yang suami saya tidak mampu untuk membayar duit kereta kakaknya yg berjumlah rm2500 sebulan.

Tapi suami saya seolah-olah macam takut untuk berterus terang.. Jadi saya mengambil keputusan untuk text kakak ipar saya tentang perkara tersebut.. Apabila saya text kakak ipaq bagi tahu perkara sebenar kakak ipar cakap dia akan berbincang dengan suami saya.. Jadi saya pun bagi tempoh 2bulan..

Pada April tahun lepas dengan secara tidak sengaja saya ternampak mesej kakak ipar saya tanya suami saya tentang bayaran kereta yang tidak cukup dari jumlah yang sepatutnya.. Jadi,saya pun bertanya pada suami kenapa suami saya masih bayar lagi kereta kakak dia.. Kenapa perlu tipu saya mengenai perkara ini..

Selepas itu, suami saya naik berang dan memandu laju tanpa hiraukan kandungan saya yang ketika itu berusia 4 bulan.. Alhamdulillah tidak jadi sesuatu yang buruk masa tu.. Selepas 2 hari saya nekad nak pergi jumpa dengan emak mertua saya untuk berbincang hal ini..

Tapi malangnya saya tidak tahu kakak ipar saya adalah anak kesayangan mak mertua saya sampaikan masa sesi perbincangan mak mertua saya sentiasa menangkannya dan gaya mak mertua saya bertanya pada suami saya seolah macam tidak serius risaukan bebanan yang ditanggung suami saya..

Saya tak minta apa-apa dari suami saya cuma saya nak tgok suami saya tersenyum.. Rumah & perabot suma family saya dah sediakan untuk kami.. Sekarang saya memang dah tak balik rumah mak mertua saya sebab saya sedih bila saya ternampak conversation kakak2 ipar saya yang mengatakan mak mertua saya suruh kakak ipar saya lawan (gaduh) dengan saya bila mana saya tanya dalam group whatsapp….Saya bukan saja2 tanya dalam group tapi disebabkan kakak ipar saya dah block saya di whatsapp&fb semua..

Group whatsapp ja jalan untuk saya bertanya.. Sekarang ni saya dengar2 family mertua saya push suami saya untuk ceraikan saya.. Padahal anak saya baru berusia 6 bulan.. Terus terang saya cakap saya buat semua ni bukan saya nak duit suami saya,saya cuma nak kurangkan beban suami saya..