Dia marah bila anak saya menangis.dah tau kan baby memang lah menangis, dia marah Bila saya mandikan anak saya, dia marah Bila saya pakaikan anak saya pampers dia mau saya gunakan anak tu lampin je,

Assalamualaikum admin. Hide profil fb saya, Saya nak minta pendapat saya seorang isteri, suami saya kerja jauh balik rumah pun kadang 1x sebulan je balik rumah.. dan sekarang masalahnya bukan pada suami tapi masalahnya dari Mertua saya,Macam ni min saya berkahwin dengan suami dah hampir 3 tahun tahun pertama mertua baik2 saja tapi setelah tahun ke-2 dan saya melahirkan anak di situ lah bermula masalah.Mertua selalu mengatur2 saya, semua kemauannya dituruti bukan saya tidak mau ikut cakap mertua min tapi ni dia mau saya buat kerja ikut caranya, dia marah bila anak saya menangis.dah tau kan baby memang lah menangis, dia marah Bila saya mandikan anak saya, dia marah Bila saya pakaikan anak saya pampers dia mau saya gunakan anak tu lampin je, dan paling saya tidak dapat lupa pernah 1 hari tu mama saya datang jenguk (saya memang saya tinggal rumah mertua sebab husband anak pertama dan baru kami yang sudah berumahtangga) mama saya belikan anak saya tilam baby yang 1 set dengan bantal.

 

Tiba2 mertua saya buang tu tilam dan bantal depan2 mama saya min.. Saya sedih tengok mama saya min.. dan dalam saya berpantang saya sangat stres sebab mertua terlalu mengatur2 saya, tapi sekarang saya dah pindah.. Kami ada rumah sendiri.. Ingatkan kami dah pindah rumah sendiri mertua saya tidak akan marah2 lagi.. Baru2 ni dia hasut2 Husband dan dia buruk2an sya didepan husband saya min. Dia cakap saya tak pandai jaga anak, sebab anak saya pernah jatuh.. ( Tiada orang tua yang mau anak nya jatuh atau luka) mertua saya juga tidak mau kalau saya balik ke rumah orang tua saya. Bila saya balik ke rumah orang tua saya macam2 dia cerita sama husben saya min.. Dia kata saya hambur duit suami saja.. Nasib baik husband tak terhasut.. Tapi saya penat dengan perangai mertua saya.. Saya dah cuba berbaik berkali2 sya cuba tapi mungkin hatinya memang dah benci kan saya.. Yelah mungkin bukan menantu macam saya diharapkan.. Setiap kali saya cuba tegur dia dan buat baik sama dia pasti dia tinggi suara dan menghina saya.. Sedangkan saya selalu jaga percakapan dan kelakuan saya.. Tapi mertua tetap benci.. Apa yang patut saya buat min.. Supaya mertua saya tidak benci saya.. Macam2 dah saya dah buat supaya ambil hati nya.

Kakak ipar juga sering meminta pendapat suami tentang mekap yang dipakainya

Salam admin, mohon hide profile saya. Sebagai pengenalan, saya seorang isteri berumur 26 tahun dan suami berumur 27 tahun. Usia perkahwinan kami baru hampir mencecah 1 tahun, berkahwin pada awal tahun ini. Suami saya mempunyai seorang kakak dan seorang adik lelaki. Adik bongsunya dijaga oleh makcik mereka sejak lahir disebabkan makcik mereka tidak mempunyai zuriat. Hubungan suami dan kakaknya sangat akrab sejak mereka kecil lagi. Kakak ipar merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai sepasang anak kembar perempuan berusia 6 tahun. Kakak ipar kematian suami dalam kemalangan jalanraya 2 tahun yg lalu.

 

Semasa suami saya masih bujang, kakak ipar dan suaminya banyak membantu suami dari segi penyediaan tempat tinggal (Sehingga kini). Sebelum berkahwin, suami pernah bertanya saya okay atau tidak jika kami tinggal bersama kakak ipar dan anak2nya. Pada awalnya saya tidak setuju dan mahu tinggal berasingan. Suami faham dan tidak bertanya lagi. Selepas berkahwin, kami masih tinggal berasingan disebabkan saya dan suami kerja di daerah yang berlainan. Kami hanya berjumpa pada hujung minggu. Lama kelamaan, suami mula mengajak saya tinggal bersama dirumah kakak ipar.

 

Pada mulanya saya sangat berat hati kerana tidak selesa dan rasa seperti menumpang, tapi saya akur memikirkan kami masih belum mampu menyewa sebuah rumah. Tambahan, suami sering kata tidak sampai hati meninggalkan kakaknya.Sekarang saya sudah tinggal dan bekerja dikawasan perumahan kakak ipar. Tidak dinafikan, kakak ipar saya seorang yang baik hati. Tidak pernah sekali pun saya tersinggung dgn perkataan atau perbuatannya terhadap saya. Cuma masalah saya, saya sangat kuat cemburu. Bila suami balik kerja, kakak ipar ada saja cerita yang mahu dikongsi bersama suami.

 

Suami pun melayan bersungguh2. Kadang2 balik kerja, suami akan menyapa anak2 buahnya dahulu. Kadang2 saya rasa seperti tersisih. Saya ada juga perkara yg mahu dikongsi, tapi memandangkan kakak ipar sudah bercerita dulu, saya jadi tiada mood. Nanti mesti respon suami sudah tidak sama seperti respon dia pada kakak ipar (Sebab dah pernah jadi). Kadang2 saya mahu juga menyambut suami balik kerja sambil peluk2 cium dia, tapi jadi terbatas kerana takut dilihat anak2 buah yg masih kecil. Walaupun mereka jenis tidak kisah. Tapi saya tetap rasa malu.

 

Kakak ipar juga sering meminta pendapat suami tentang mekap yang dipakainya, terlalu tebal atau tidak. Pernah sekali, suami saya tenung lama kakaknya, nak melihat terlalu tebal atau tidak mekap yang dipakai. Tiba2 darah saya naik terus ke kepala. Saya terus masuk bilik dan tutup muka pakai bantal. Mungkin disebabkan oleh perasaan kuat cemburu saya. Kadang2 dgn anak2 buah sendiri pun saya rasa cemburu. Tapi saya perasan, bila tinggal berdua dgn suami, dia sangat manjakan saya. Suka belai saya, suka peluk saya. Saya suka sgt mcm tu.

 

Saya juga perasan, setiap kali saya merajuk/terasa hati dengan perbuatan suami, suami mesti perasan perubahan sikap saya. So cepat2 dia masuk bilik dan pujuk saya. (Sebab saya suka duduk bilik sorang2 kalau tengah merajuk). Suami akan tanya dengan suara yang sangat lembut, kenapa dengan saya, saya badmood ke, dan dia selalu peluk, belai, cium pipi saya kalau mahu memujuk. Boleh dikatakan hampir setiap minggu saya akan begini, dan mujur suami belum pernah bosan dengan perangai saya. Minta pendapat semua, macam mana saya mahu berterus terang dengan suami yang saya mahu tinggal berasingan dengan kakak ipar.

 

Saya tiada masalah lain selain perasaan kuat cemburu saya. Suami seorang yang baik hati dan sangat jujur. Saya cuma mahu perhatian dan kasih sayang sepenuhnya dari suami. Sebab sekarang saya rasa seperti kasih sayang tu dah terbahagi tiga. Saya tidak kisah kalau dia nak sayang kakak dia, tapi bukan dalam keadaan kami tinggal bersama. Kalau sekali sekala berjumpa dan dia mahu berikan perhatian pada kakaknya, ye saya tidak kisah. Tapi kalau tinggal bersama, saya tidak boleh. Mohon pendapat dan nasihat dari semua tentang masalah saya. Saya sangat depressed sekarang. Terima kasih.

 

Sewaktu ditempat kerja. Saya dapat panggilan dari adiknya yang mengatakan suami kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.

Salam admin. Mohon hide profile saya. Mungkin terpanggil untuk kongsikan buat isteri2 yang tidak taat mahupun yang curang terhadap suami. Isteri pendosa. Ceritanya macam ini min. Aku wanita 20an janda anak satu. Setelah 3 tahun berkenalan dengna suami dan mengharungi liku2 akhirnya kami berkahwin. Suami seorang yang setia waktu bercinta. Walaupun sebelum berkahwin dia tahu saya janda tetapi dia tetap terima walaupun kadang2 cemburunya memang tinggi tetapi dia paling penyabar. Akhirnya kami berkahwin. Beza dia dengan suami pertama dulu memang jauh bezanya. Dia cukup2 bertanggungjawab. Majlis yang meriah walaupun saya bukan anak dara dia tetap tidak kisah dan penerimaan keluarga dia sangat2 baik. Dia seorang yang cukup bab agama dan sangat2 rajin bekerja. Perkahwinan kami bahagia cuma seketika.

Semuanya berpunca dari saya yang tidak puas hati dengan layanan dia yang terlalu sibuk bekerja sehinggakn waktu dengan saya cuma satu bulan cuma dua minggu. Saya juga bekerja di sektor swasta. Kalau dari segi zahir memang cukup. Segala kelengkapan rumah. Duit semua cukup sehinggakan gaji saya satu sen pun dia tidak pernah guna. Disebabkan terlalu terikut sikap nafsu yang tinggi. Saya tergoda dengan layanan lelaki lain sehinggakan curang dan saya abaikan tanggungjawab saya pada suami dan anak sendiri. Anak saya tetapi suami sayang macam anak dia sendiri sedangkan bapa kandung anak saya sendiri pun tidak sayang macam itu. Akhirnya perbuatan saya dapat dihidu suami. Betapa jahilnya saya masa tu. Dia sangat2 tabah. Saya maki dia minta dia ceraikan saya walaupun hakikatnya semua salah saya dan setelah dia penat untuk pujuk saya.

Lalu dia uruskan soal penceraian kami di mahkamah dan buat saya terkejut dia cuma buat kes tidak ada keserasian. Kali pertama kami naik mahkamah kes ditangguh atas beberapa faktor dan ditangguhkan pada tarikh 3 bulan berikutnya. Hari2 dia lalui saya dapat rasakan yang dia sangat2 kecewa dengan sikap saya dari raut wajahnya tetapi lelaki yang tabah ini tetap jalankan tanggungjawabnya macam biasa. Tanpa satu keluhan. Saya? Tetap ego terhadapnya. Tarikh masuk mahkamah cuma tinggal lagi sebulan. Dia tetap bagi layanan yang baik dekat saya dan anak saya. Sehinggalah satu pagi saat dia keluar hendak ke tempat kerja seperti biasa. Dia datang dekat bilik saya dia peluk dan dia minta ampun segala khilaf dia. Dia kata maaf sebab tidak dapat jadi suami yang terbaik untuk saya. Dia tinggalkan satu sampul dan berisi surat dekat atas meja bilik saya dan dia pergi seperti biasa.

Sewaktu ditempat kerja. Saya dapat panggilan dari adiknya yang mengatakan suami kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Waktu itu saya rasa dunia gelap. Insan yang terlalu sabar saya sia2kan. Insan yang terlalu bertanggungjawab saya abaikan. Berdosanya saya tidak sempat hendak memohon ampun dan maaf buat suami saya yang saya mula sedar saya terlalu cintakan dia. Buat suamiku. Walaupun sudah 1 tahun abang pergi. Saya tetap tidak kan lupa semua dosa2 saya. Maafkan segala dosa2 isterimu ini. Saya harap buat isteri2 diluar sana, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Hargailah suami yang terbaik. Thanks min. Semoga jadi pengajaran buat semua.

Sebab suami saya kadang2 dia marah dia selalu cakap, ’Aku tidak suka budak sebenarnya tetapi nasib dia anak aku saja’. Kalau saya, kata2 makian itulah jadi makanan hati saya hari2.

Sebab saya pakai FB adik saya. Jangan kecam FB dia pula. Okey lah. Macam ini cerita, saya sudah berkahwin. Kahwin muda 19 & 20. Kami kahwin sebab sudah terlanjur. Minta maaf ya pembaca. Saya pun manusia, jadi jangan lah kecam. Tetapi alhamduillah sekarang hubungan kami sudah halal dan terjalin semalam 4 tahun dan mempunyai anak. Keluarga belah suami amat baik2 dengan saya. Tapi keluarga belah saya, tidak dapat terima saya dan buang saya. Tetapi saya terima dengan redha. Masalah saya sekarang, saya tidak pastilah. Adakah ini balasan saya atau dosa saya lepas, saya membuat dosa besar. Sebab suami saya suka pukul saya, mula2 saya dapat terima pukulan demi pukulan. Lama-kelamaan itu seperti menjadi satu habit kepada suami saya untuk memukul saya setiap apa salah saya buat.

Apa patut buat? Report polis? Sudah pernah saya buat tetapi saya tarik balik sebab kesiankan suami. Dia janji tidak mahu buat lagi. Apa lagi saya tidak buat? Lari? Saya pernah lari. Selama 4 hari, suami saya menangis2 merayu minta saya balik dan janji tidak mahu buat lagi. Tetapi malangnya setiap kali saya percayakan dia. Saya bagi dia peluang. Dia balas dengan sepakan, terajang, tamparan tidak cukup dengan itu dia tambah lagi dengan kata2 makian. Sampai la sekarang 2018. Saya tidak tahu hendak buat maacm mana sudah. Saya bingung dan keliru. Sebab suami saya ini lepas dia pukul2 saya. Dia akan sayang2 saya balik. Dia tuam2 balik semua lebam2 saya, urut2 balik badan2 saya yang sakit. Lepas itu minta maaf sampai menangis. Saya jadi serba salah, kadang2 dalam hati terpikir.

Dia ini hendak apa sebenarnya? Dia sayang aku tetapi pukul aku. Kadang2 mood dia baik. Apa saja saya hendak dia akan belikan. Apa saya hendak makan, dia akan masakkan. Saya tidak tahu apa patut saya buat. Dengan sikap dia macam ini. Saya keliru. Saya tidak tahu hendak mengadu kepada siapa sebab saya tiada kawan yang betul2 boleh panggil BFF. Family memang sudah buang saya. Saya kadang2 harap ada orang boleh tolong saya lari dari semua masalah ini. Saya dalam minggu ini, berapa kali sudah terfikir hendak lari tetapi risaukan anak. Saya tidak mahu tinggalkan anak saya. Sebab suami saya kadang2 dia marah dia selalu cakap, ’Aku tidak suka budak sebenarnya tetapi nasib dia anak aku saja’. Kalau saya, kata2 makian itulah jadi makanan hati saya hari2.

Masak tidak sedap, maki. Lambat buat kerja, maki. Baju basuh tidak wangi/ kotor, maki. Baju iron tidak cantik, maki. Lepastu kalau ada annual dinner dekat tempat kerja, memang dia tidak bagi pergi sebab dia kata saya hendak pergi menjalang. Lepastu suka banding2kan saya dengan perempuan lain. Cakap itu lah ini lah. Bila saya cakap tidak boleh ke terima seadanya. Dia akan cakap,”’Ayat itu zaman dulu boleh lah pakai, kalau zaman ini pakai. Pergi mampus lah kau. Dah buruk2, buruk selamanya’’. Apa patut saya buat? Lebam2 macam sudah satu lukisan kan badan saya. Kata2 makian sudah macam satu lagu hari2 saya dengar. Apa patut saya buat? Saya kadang2 kena pukul sampai sudah tidak mampu hendak menangis. Saya hendak lari bawa anak saya. Hendak cari satu rumah.

Cukup untuk anak saya supaya dia hidup selesa tetapi saya kena cari pengasuh. Hendak buat semua itu dalam masa singkat. Memamg susah sebab saya tidak ada kawan2 yang hendak tolong. Saya tidak ada tempat hendak berharap sudah. Sekarang ini saya bersabar pun sebab kesiankn anak saya. Saya tidak sanggup tengok anak saya hidup dalam keadaan yang tidak selesa sebab saya. Apa patut saya buat sekarang? Wahai para pembaca KRT, boleh bagi pendapat positif. Apa patut saya buat, lari ? Report polis? Sudah. Sampai 2 kali tetapi polis tidak boleh buat apa. Saya sudah tiada tempat hendak mengadu. Kalau hendak diikutkan panjang lagi cerita saya, tetapi saya singkatkan. Terima Kasih.

sedang saya melayan kerenah anak2..tiba2 sy terpandang isteri sy bersama seorang lelaki…

Assalammualaikum, terima kasih kepada admin hide my profile, sy seorang duda anak 3, dan telah bercerai dgn isteri sy hampir 7tahun, byk kisah yg sy baca dlm krt dcni sy ingin berkongsi pengalaman bersama semua sahabat dlm Krt.

Pernikahan sy bukanlah diatas percintaan tetapi dgn diatur Oleh keluarga sy Dan pihak ex wife sy. Tetapi sy terima dgn ikhlas dan sy cuba dan berusaha utk menjadi seorang suami serta kepala keluarga yg terbaik utk isteri sy. Pada awal perkahwinan mmg agak berbeza tpi sy cuba membuat suasana menjadi happy. Sehinggalah kelahiran anak pertama sy walaupun sy sibuk bertugas sy pasti adakan masa utk keluarga dirumah, malah sehingga kelahiran anak sy yg ketiga sy merasa seperti sy yg terhegeh2 menagih kasih syg seorg isteri sedangkan layanan ex wife sy terhadap sy hambar dan dy sibuk bersama teman2 nya diluar daripada dirumah bersama anak2.

Kadang2 sy terasa seakan single father macam xde isteri. Sehinggalah suatu hari sy bersama anak2 makan display satu buah restoran, sedang asyik melayan kerenah anak2 tiba2 pandangan mata sy seolah2 disuruh memandang ke suatu arah ternyata isteri sy bersama seorang lelaki sedang duduk berduaan mkn malam agak mesra sebagai pasangan kekasih, malam ini sy kefikiran diatas semua kata2 sahabat sy yg melihat isteri sy bersama lelaki dimana2, tpi waktu sahabat sy berkata begitu sy tidak sedikit pun percaya kerana sy tidak melihat sendiri kejadian tersebut tetapi malam itu hati sy hancur kepercayaan yg sy beri pada dy disia2kan begitu…klu nak diceritakan panjang lagi cuma sekilas cerita yg sy ceritakan dcni..

akhirnya sy ambil keputusan utk berpisah.. tetapi nafkah anak2 tetap sy tanggung sehingga sekarang walaupun dy sudah pun bernikah dgn org lain, sy terima qada dan qadar ini sebagai ujian Allah kepada sy. Selepas beberapa tahun kami berpisah sy pergi bersama ayah dan bonda sy ketanah suci mekah mengerjakan ibadah umrah. Dcna sy berdoa temukanlah sy dgn seorg wanita yg betul2 menyayangi dan mencintai sy seikhlas hati bukan dengan disebabkan harta semata. Tidak beberapa tahun lama kemudian sy bertemu dgn seorang wanita.

Wanita tersebut telah membuka pintu hati sy utk menerima wanita dlm hidup sy kami setelah pengalaman yg pahit menimpa hidup sy selama berumahtangga buat pertama kalinya dulu. Semakin sy mengenalinya baru sy terasa kasih sayang yg sy berikan dibalas dgn ikhlas. Sy mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut kerana menyayangi sy dgn ikhlas, ….inshaAllah kami akan bersatu tidak lama lagi, sy berdoa biarlah ini menjadi yg terakhir utk diri sy…terima kasih dan assalammualaikum….

kadang saya try cari c duda untuk minta duit makan sahaja Tapi dia langsung tidak peduli kan saya…perut saya masuk 5bulan syaa di berentikan kerja sebab majikan takut ambil orang mengandung

Masalah Saya Ni Tak La Jugak besar sangat…Masa Umu2r Saya 16 Tahun Saya Terlanjur Dengan Seorang Duda Muda Umur 23tahun Sampai Saya Mengandung,Masa Saya Mengandung c Duda Lari Kan diri Tidak Mau Bertangungjawap…Sampai 1 masa Saya Sendirian melalui Hari masa mengandung Saya Perantau Berkerja di Kota Raya Tiada Family Semua Fmly Di kg…saya teruskan Juga Kandungan Saya Sebab Saya Takut Kalau Kasih Gugur c duda suruh saya kasih gugur tapi Saya Tidak mahu, saya berkerja kedai biasa untuk sara hidup saya sendiri..sebab family saya tidak tahu saya mengandung, kadang saya try cari c duda untuk minta duit makan sahaja Tapi dia langsung tidak peduli kan saya…

 

perut saya masuk 5bulan syaa di berentikan kerja sebab majikan takut ambil orang mengandung, saya tiada kerja bilik sewa tidak mampu bayar saya tumpang bilik kawan2 sehari saya tido tempat kawan lain sehari saya tido di masjid..kadang saya mandi di tandas awam balik rumah kawan tukat baju sahaja…saya malu juga kadang2 saya duit makan sehari tidak makan…saya buat keputusan selepas saya melahir kan anak saya saya kasih sama orang yang betul2 perlu kan anak..sebab saya tidak mampu sara hidup anak saya kalau lahir nanti…

 

1hari tu saya pergi berklinik tapi saya di suruh pulang makan dulu baru bole ambil darah..tapi saya keluar tu klinik saya menangis sepanjang jalan sebab tiada duit beli makan…ada 1org staff nurse ni ikut saya dari belakang dia ingin belanja saya makan saya pun ikut la…dia tanya kalau saya ada malasah saya cakap tiada tempat tinggal tiada duit…terus saya cakap direct sya mau bagi anak sya sama orang sebab tidak mampu juga bila suda bersalin..staff nurse ni suruh saya tunggu di luat klinik sampai dia habis kerja…saya tunggu la,dia bawa saya balik rumah dia jaga saya sampai bersalin…ipar dia orang johor ambil anak saya kebtulan suda 10tahun kawin tiada anak saya dengan iklas hati kasih anak saya…sampai pantang saya di jaga..lepas tu saya keluar rumah cari kerja sendri,

 

Selepas 3tahun berlalu saya terjumpa balik dengan c duda ni saya terjumpa dia ni dia baru lepas putus sama gf dia tapi mereka ada anak… dia rujuk balik dengan saya ntah apa syaitan naik kepala saya saya setuju…kami nikah 2tahun lalu belum ada anak smpai skg..skg ni perangai dia macam anjing…selalucakap saya bodoh orang miskin sial..cakap bapa saya pukima selalu hina keluarga saya …kadang dia cakap suruh saya jual badan dapat duit lagi kerja malam…dia cakap banyak2 perempuan dalam hidup dia sya pembawa sial paling tidak cantik paling miskin paling bodoh… kadang dia sampai tangan saya lawan balik… yang saya tidak tahan dia selalu hina keluarga saya orang miskin tidak sedar diri…

 

saya heran kenapa dia suka cakap benda tidak bagus…kadang2 saya mahu lari sahaja dari hidup dia saya tidak tahan hari2 marah saya… sebenarnya perkahwinan saya ni saya tidak redha…kalau bole saya nak saja bercerai…terima kasih…sudi baca

saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri…

Saya berusia 55 tahun jadinya saya tak pandai nak berkias ayat. Tapi saya nak berkongsi dgn pembaca kisah madu saya yg saya doakan agar dia dikurniakan Syurga Teragung setelah apa yg dilaluinya selama ini. Amin.. Moga sama-sama kita ambil iktibar ye.

Pada tahun 1988 saya bernikah dgn seorang lelaki yg sama profesion dgn saya sebagai seorang pegawai perubatan. Pada ketika itu saya tidak mengetahui latar belakang lanjut tntg suami saya. Yg saya tahu, dia seorang lelaki bujang dan keluarganya dtg melamar saya.

Kehidupan kami serba serbi sempurna. Saya dan dia bekerja di hospital berbeza tapi apabila pulang ke rumah, kami berkongsi cerita yg sama. Cerita tentang pesakit kami di hospital masing-masing. Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yg saya nampak pelik pada dia. Hari-hari dia ada dgn saya. Ada masa brrsama keluarga apabila waktu cuti sekolah.

Hinggalah saya ditukarkan ke PPUM, saya agak berjauhan dgn suami yg bekerja di utara semenanjung.

Tapi masih, tiada perubahan yg saya nampak pada dia. Namun suami selalu berpesan, andai ada pelajar perubatan bernama Aisy (Bukan nama sebenar) dan Asyraff (bukan nama sebenar), dimintanya ajar betul-betul dua pelajar ini seperti anak kandung sendiri.

Saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri tanpa membezakan mereka. Anak-anak saya juga merupakan pelajar perubatan maka haruslah saya mengajar pelajar lain sama seperti saya mengajar anak saya.

Hinggalah satu hari, suami jatuh sakit. Terlantar lama di hospital. Dia acap kali menyebut, tengok-tengokkan Aisy dan Asyraff. Ajar mereka sampai jadi doktor yg berguna.

Saya masih sama. Tidak merasa pelik kerana suami saya memang seorang yg prihatin. Saya iyakan sahaja apa yg dikatakan. Hinggalah ketika suami semakin tenat dan dia berhajat berjumpa dgn kedua pelajar perubatan tadi.

Ketika sesi pertemuan, saya hanya melihat mereka berdua. Bercakap seperti biasa hinggalah akhirnya, suami saya berkata, “Jaga ibu dan sampaikan maaf saya pada ibu.”

Saya mulanya agak pelik tapi masih positif kerana beranggapan mungkin dia sayang dua pelajar ini. Petang itu juga selepas solat asar, suami saya menghembuskan nafas yg terakhir. Saya redha dgn pemergiannya namun ada sesuatu yg lebih menarik perhatian saya. Aisy dan Asyraff hadir ke pengebumian suami saya bersama seorang wanita tua dlm linkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buta dan hanya duduk di kerusi roda. Tapi mereka tidak dtg dekat. Hanya sekadar melihat dari jauh.

Saya cuba utk menuju ke arah mereka utk bertanya namun mereka sudah berlalu dan majlis pengebumian belum selesai doanya lagi.

Selang beberapa hari, saya dan anak-anak dipanggil ke pejabat peguam utk mendengarkan wasiat arwah suami. Saya dan 2 org anak sudah hadir utk mendengarkan wasiat tersebut namun peguam mengatakan harus menunggu lagi pemegang wasiat lain.

Sekali lagi saya diam dan hanya menunggu. Hinggalah datang dua orang anak muda bersama seorang wanita yg saya kenal amat. Aisy dan Asyraff bersama wanita tua yg saya nampak di kubur haritu. Ketika itu, hati saya berbolak balik. Kenapa Aisy dan Asyraff selalu ada dan disebut-sebut oleh arwah. Kini ketika mendengarkan wasiat juga mereka ada bersama.

2 org anak saya, Amira dan Adhlina juga bagaikan senang dgn kehadiran Aisy dan Asyraff kerana mereka sekawan di PPUM.

Peguam mulakan pembacaan wasiat dan alangkah terkejutnya saya apabila perkataan pertama yg keluar dari mulut peguam ialah, “Pemegang wasiat pertama ialah isteri pertama iaitu Puan Hasidah..”

Allah… Berderau jantung saya. Kenapa nama itu bukan nama saya. Terus saya menoleh ke arah perempuan buta yg disorong kerusinya oleh Aisy dan Asyraff. Saya cuba utk bertenang dan mendengarkan dahulu segala apa amanat suami saya yg ditinggalkan. Saya tak boleh terburu-buru.

Suami saya hanya meninggalkan sejumlah wang utk Puan Hasidah dan juga sebuah pondok di kawasan yg saya sendiri tak pernah tahu. Selebihnya, rumah yg kami duduki, kereta, aset lain semuanya utk saya dan anak-anak.

Selesai pembacaan wasiat, saya menurunkan tandatangan sbgai tanda penerimaan. Begitu juga Puan Hasidah yg menggunakan cop jari.

Selesai semuanya, saya mendekati Aisy dan Asyraff bersama ibunya. Cuba utk bertanya macammana boleh semua ini terjadi.

Lama kami duduk berbual hinggakan basah kuyup baju saya kerana air mata yg melimpah keluar mendengarkan kisah madu saya.

Kisahnya, pada tahun sama perkahwinan saya dan suami, arwah suami saya sudah pun terlebih dahulu bernikah dgn Puan Hasidah. Jarak lebih kurang 6 bulan beza perkahwinan kami. Ketika suami menikahi saya, dia sedang hamil 4 bulan dan anak dlm kandungannya kembar iaitu Aisy dan Asyraff.

Perkahwinan Puan Hasidah tidak diterima ibu mertua saya kerana Puan Hasidah seorang gadis yatim piatu dan tidak bersaudara. Makanya ibu mentua saya menghinanya sebagai perempuan tidak sah taraf. Ibu mentua saya yg juga ibu kepada arwah suami turut mengancam Puan Hasidah utk tidak mengganggu keluarga baru anaknya jika mahu berteduh di pondok tersebut. Makanya Puan Hasidah merelakan kata-kata ibu mertuanya dan sama sekali tidak mengganggu kami. Kerana itu saya tidak mengetahui apa-apa selama lebih 30 tahun.

Saya bertanya kenapa dan macam mana Puan Hasidah boleh menjadi buta. Dan jawapannya tersangat merundum hati saya. Ketika ibu mertua saya hilang penglihatan kerana terjatuh dari tangga rumahnya, saya dan suami puas mencari penderma mata hinggalah suami mengatakan dia telah berjumpa dgn seorang penderma iaitu seorang perempuan. Ketika itu saya bersyukur kerana ada yg sudi menderma kerana saya tidak mengetahui apa-apa. Rupanya penderma tersebut ialah Puan Hasidah yg juga menantu paling dibenci dihina oleh ibu mentua sendiri !! Ketika mendengarkan kisah itu, saya terbakar dan mendidih hati serta kebencian saya terhadap ibu mentua menjadi-jadi. Mujur orang tua itu sudah 3 tahun meninggalkan kami. Jika tidak, akan saya suruh dia melutut maaf di hadapan Puan Hasidah.

Namun Puan Hasidah tenang dan menjawab, “Saya tiada ibu, puan. Saya lakukan semua ini demi mendapatkan rahmat seorang ibu.”Allah.. Berderai lagi air mata saya. Sambung Puan Hasidah,

“Saya anggap semua ini takdir hidup saya. Saya tidak mengeluh bahkan saya bersyukur. Saya mempunyai suami walaupun hanya 3 bulan. Paling tidak saya terlepas dari fitnah manusia. Saya dikurniakan anak lelaki. Bukan seorang tapi dua. Yg boleh jagakan saya. Saya tiada saudara mara, puan. Ini sahaja harta saya. Dan saya sama sekali tidak mengharapkan harta dari arwah suami. Cukuplah dikekalkan pondok kami sebagai tempat berteduh.”

Saya rasakan bagai tersepuk ke lantai mendengarkan kata-katanya. Bagaimana seorang isteri mampu hidup sendirian begitu tanpa suami. Saya pandang wajah Aisy dan Asyraff, tertanya juga saya samada mereka tahu atau tidak Doktor Ahmad (bukan nama sebenar) adalah ayah mereka.

Jawapan mereka, “Ya.. Kami kenal ayah kami. Tapi kami tak boleh panggil ‘ayah’ kerana arwah nenek akan hukum ibu kalau tahu panggil ‘ayah’.”

Sekali lagi saya terdiam. Ya Allah, kenapa kejam sangat orang tua ni masa hidupnya?!

Saya bertanya lagi samada mereka berdendam atau tidak dgn arwah nenek dan arwah ayahnya, jawab mereka,

“Ibu tak pernah didik kami membenci. Kerana disetiap perbuatan arwah nenek dan arwah ayah, ada sedikit kebaikan mereka yg harus dilihat.”

Saya? Bermandi air mata melihat mereka. Berjayanya Puan Hasidah mendidik anaknya utk tidak membenci selepas semua perkara ini terjadi.

Tenang sangat saya lihat wajah Puan Hasidah. Seolah-olah dia tidak mempunyai masalah sekalipun dia kini buta.

Memadailah pembaca tahu, saya jatuh cinta dgn sikap madu saya yg teramat mulia hatinya. Saya selalu fikir, bermadu ini seperti anjing dan kucing. Bercakaran dan berlawan. Tapi alhamdulillah syukur Ya Allah.. Madu saya teramat baik dan saya doakan syurga teragung utk dia dan anak-anak kerana keikhlasan hatinya.

Hingga ke saat ini, Puan Hasidah enggan utk memijak rumah agam kami kerana katanya, ibu mentuanya dulu pernah mengharamkan kakinya menjejak ke rumah suami. Andai dia melakukannya, ibu mentua akan menidakkan dia sebagai anak.

Andai saya ditempatnya, mungkin saya akan bantah sekerasnya perilaku ibu mertua. Tapi tidak pada Puan Hasidah. Dia mengagungkan dan memuliakan ibu mertua sama seperti ibu kandungnya sendiri. Kerana itu, dia hanya menurut.

Pada pembaca budiman, saya harap kita sama-sama ambil iktibar bahawa dalam kesenangan kita, ada air mata orang lain yg kita lupa. Sebagaimana saya sedang belajar utk ikhlas seperti madu saya, anak-anak pembaca budiman juga belajarlah utk ikhlas. Inshaa Allah, syurga untuk kita semua.

Amin.

kredit iiumc

Saya nak ingatkan kepada ketua jabatan ye…jangan cari pasal dengan isteri orang! Time breakfast, ajak makan sekali. Time lunch pun keluar sekali.

Admin…isteri saya ni keje pejabat. Dah lama jugak la. Tapi setahun dua, ade curious sikit pasal dia ni sebab dia slalu pakai minyak wangi ke pejabat. Dia punya wangi tu sampai attract (goda) sense saya. ade bau memikat, orang kata.

Satu hal lagi, dia pakai baju kurung yang berkilat2. itu pun jadi daya tarikan jugak. saya tgk pn jadi hairan sebab baju dan minyak wangi blh goda ‘boss’ dia. bila saya tanya, dia cakap biasa laa org perempuan…nak cantik, nak wangi. Saya jadi tak boleh nak buat keje bila memikirkan hal tu.

Bila hari jumaat, kawan-kawan isteri saya pakai jubah. Tapi dia tetap taknak pakai. alasannya, jubah nampak gemuk. sebelum ni ok je blh pakai. saya suruh dia pakai jubah, tapi dia berkeras taknak. Biasa org keje kerajaan ni pakai baju kurung dan jubah bila hari jumaat.

Saya selidik punya selidik, rupanya isteri saya jadi pembantu peribadi kepada ‘boss’ dia. naik angin laa saya!!! Mana ada pembantu tadbir kerajaan jadi pembantu peribadi. sampaikan mesyuarat pun kena ikut skali. ini dah melampau! kalau mesyuarat luar daerah pun kene ikut skali. ‘boss’ dia tu ugut nak rendahkan markah prestasi jika tak ikut kehendak dia.

Memang panas hati laa saya! rupa-rupanya minyak wangi, baju kurung berkilat yang dipakai isteri saya bertujuan untuk ‘menyedapkan’ pandangan ‘boss’ dia tu semasa mesyuarat. Apa bini sendiri dah tak sedap nak tengok?

Satu hal lagi bila isteri saya pergi kursus, ‘boss’ dia pun punya la kemaruk sampai follow bas kursus tu. Agaknya selagi tak kena tumbuk sampai lebam, memang cari nahas la ‘boss’ dia tu. Ingat bini aku tu makan gaji dengan dia agaknya.

Saya nak ingatkan kepada ketua jabatan ye…jangan cari pasal dengan isteri orang! Time breakfast, ajak makan sekali. Time lunch pun keluar sekali. Time mesyuarat, paksa ikut sekali. Jadi tukang catat minit mesyuarat ‘boss’. Jangan sampai masuk wad sebab dikerjakan suami orang.

Nasihat saya buat para suami, jangan biarkan isteri anda menjadi pelacur kepada ‘boss’ di pejabat. Dah kene tangkap basah nti, ceraikan isteri anda. Tiada guna jika isteri anda peluk cium laki lain. Sekian