S3dih bila emak memberi layanan berbeza pada saya dan keluarga saya..

Assalamualaikum min …

Saya hanya ingin meluah apa yg terbuku dihati. Cuma ada rasa terkilan dihati. Siapa la saya untuk merajuk apatah lagi membenci org yg telah melahirkan saya.

Saya umur 35tahun bersuami dan anak 5. Surirumahtangga sepenuh masa. Adik beradik lain semua berkerjaya.

Ini mgkin sebab mak membezakan kami. Layanan berbeza. bukan dengan saya je tp sekeluarga. Layanan pada saya, suami dan anak2 mmg jauh berbeza dgn mereka.

Raya Haji tahun ni agak t3gang. Punca, saya dan anak2 ibarat org gaji untuk melayan keluarga adik beradik saya. Bibik2 diorg pun kami kene layan. Anak2 sedih sebab ketara sgt nmpk bezanya. Suami saya pergi tolong org k0rb#n lembu. Balik dr surau, anak2 trus mengadu sbb semua kepenatan. Anak2 xkisah kalau semua sama2 kerjasama. Trus suami ajak kami balik. Mak cuma cakap, suami kau kurang ajar tiba2 bawa korang balik. suami dh bgtau awal2 senyap dan jgn ckp apa2.

baru2 kami agak susah, alhamdulillah ada orang tolong kami tapi pas duit pada mak. Apa yang saya sedih, mak bg kat kakak saya dengan alasan. Mak kesian tgk dia susah. Org tu tolong pun sbb tahu kami dalam kesusahan. Allahu, sedih sbb mak minta halalkan. Susah2 dia, dpt lg makan luar. Dapat lg tunjuk beli macam2. Saya hanya lihat. Xmarah tp lebih makan hati.

Pernah cuba menjauh tp xkuat sbb saya juga seorg ibu. Siapa saya utk membencinya walaupun banyak kali perlu beralah dgn adikberadik kerana mak. Cuma selalu berdoa agar dapat kemewahan seperti abang saya supaya kami sekeluarga xdibezakan layanan dr mak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *