Kalau isteri kita redha tidak mengapa..

Perkongsian dari facebook tuan firdaus shakirin..
“Kesilapan” yg perlu diperbaiki…

Bila isteri bekerja, bila isteri ada pendapatan, suami terus lepas tangan…

Barang dapur isteri beli, yuran sekolah anak isteri bayar, minyak kereta isteri isi, makan minum pakai isteri pun dia tanggung sendiri…asbab dia ADA DUIT…

Salah ke? Tak salah andai dia redha, dia izinkan, dia memang rela dgn sendirinya utk tanggung apa yg sepatutnya ditanggung suami, utk bayar apa yg sepatutnya dibayar suami, utk beli apa yg sepatutnya dibeli suami…

Jika dia tak redha? Jika dia rasa terbeban? Jika dia rasa dipergunakan disebabkan dia ada pendapatan bulanan, suami terus lepas tangan dan “BIARKAN” dia gunakan pendapatannya sendiri, maka suami dah pun “BERHUTANG” dgn isteri sendiri…

Hutang nafkah zahir…perkara dan urusan yg sepatutnya berada dibahu suami, kini dibahu isteri asbab dia ada pendapatan…

Hanya disebabkan terma dia “ada duit sendiri”, maka suami berterusan menggunakan terma tu dlm urusan rumahtangga…

“Awak keje kan…awak ada duit kan…beli la sendiri…”

Isteri ni, keje ke tak, berniaga ke x, ada pendapatan ke x, TETAP dibawah tanggungan suami…TETAP, WAJIB, xde syarat bila dia ada pendapatan, maka suami dah boleh lepas tgn…

Tanya isteri, dia redha dan rela atau tidak pendapatannya digunakan utk tujuan tersebut…Kita xnak berhutang dgn isteri sbb kita boleh “muflis” diakhirat kelak jika isteri tuntut semua yg dia t4nggung didunia ni…

Tuntutan terhadap “Hutang yg tak nampak”..
Sumber:firdaus shakirin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *