Isteri mungkin marah tapi ketahuilah waktu itu em0sinya sangat l3mah

Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menj3rit, tengah n4ik angin…..

Tak payah buat benda lain. Jangan tanya. Jangan tegur. Jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.

Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.

Dia mungkin menj3rit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di tahap em0si yang paling lemah.

Kalau ada orang peluk dia waktu ni….
Dia boleh menangis teresak-esak.
Dia boleh mengadu tersedu-sedu.

Tobat lahum.
Dia taknak jadi begitu.

Dia nak jadi anak yang baik.
Dia nak jadi isteri yang solehah.
Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.

Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.

Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah. Kalau dia memang jenis b4ran, dari dulu pun suami takkan berkenan.

Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak.

Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.

Kredit: Siti Suryani Yaakop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *