Bini kata aku tak r0m4ntik tak macam kawan aku..

Salam warga KRT. Tolong hide profile aku ye min. Aku seorang suami. Anak 7 orang. Ni perkahwinan aku yang kedua. Perkahwinan pertama aku gagal disebabkan perangai aku yang mata keranjang dulu. Then aku berkahwin dengan janda anak dua,kemudian kami dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Anak dengan ex sebelum ni ada 2 orang dan aku tak pernah culas bayar nafkah untuk anak² aku kat sana. Issue yang terjadi sekarang ni adalah issue aku dengan isteri sekarang. Sebelum² ni aku rasa happy je dengan dia. Cume,apabila berg#duh je dia akan mintak dicer#ikan. Aku ni jenis diam dan sabar. Katanya dia nak buat haluan sendiri dengan anak². Nafkah sebulan aku bg 2500 sebulan. Belum dengan kelengkapan dan kehendak dia seperti kasut,handbag,emas dll.

Cume sekarang aku suruh berjimat sikit,untuk aku beli rumah utk dia. In case kalau aku tak panjang umur. So aku kurangkan nafkah jadi 1500 sebulan.Semenjak dari tu dia layan aku acuh tak acuh. Kalau hubungan intim tu sebulan sekali pon payah. Aku still diam dan sabar.Mlm tadi kemuncak sabar aku hilang,dia mintak cerai lagi.Sampai aku marah dia dan cakap,kalau nak cerai pergi mahkamah mintak fasakh. Bini aku sekarang ni,taktau apa². Belajar tak pandai, Tapi cantik pada mata aku. Dalam buruk dia ade baik dia. Dia sekarang pergi mahkamah utk mintak fasakh. So apa aku perlu buat. Perlu ke aku ikot eg0 aku yang semakin menebal ni. Buat pengetahuan korang.

Aku dah berubah. Bukan kaki perempuan lagi. Semasa dengan dia aku tak pernah ade rasa nak menduakan dia atau apa. Mungkin ini ujian utk aku sebabkan perangai aku dengan bekas isteri aku yg dulu. So mintak pendapat semua. Apa aku perlu buat?

Sambungan
Salam kepada semua warga KRT. Admin tolong hide profile lagi sekali.

Ni sambungan cerita aku yang lepas. Isteri aku tadi dah filekan fasakh ke pejabat agama. Sekarang dia tinggalkan aku dan anak² kat rumah. So,aku try call and say sorry dan cuba rendahkan eg0 aku serendah mungkin utk pujuk dia. Tapi dia trus letak telefon. Aku cuba explain kat whatsapp perihal duit nafkah yg aku kurangkan dan dia cakap ni semua bukan pasal duit. Dia kata dia takda hati kat aku sbb aku ni membosankan. Tak macam laki orang lain yg romantik sampai membandingkan dengan kawan baik aku sendiri.

Salah aku jugak sbb sibuk dengan kerja then aku cuba berjanji dengan dia yang aku akan ubah sikap/lebih romantik. Tapi dia still nak teruskan pencer#ian. Aku diam dan akhir kata,aku cakap dgn isteri yang aku hanya nakkan anak² dan anak² aku mmg nak stay dgn aku. Cuma aku pikir,apa yang kurang layanan aku kat dia. Bila aku free,aku akan bawa dia dan anak² bercuti. Kehendak dia semua aku ikotkan. Cume cepat atau lambat je aku tunaikan. Dia nak kenderaan,utk bawak anak aku jalan². Aku belikan.

Duit sewa dua biji rumah peninggalan parents aku semua aku bg kat dia ditambah dengan nafkah rm2500 sebulan. Dia ug#t untuk tuntut harta sepencarian dan suruh aku keluar rumah masa eddah nanti. Rumah yang kami duduk sekarang rumah aku. Buat pengetahuan,isteri aku pernah cur#ng dibelakang aku dengan satu tentera berpangkat pegawai(tidur). Tapi tu kisah lama dan aku tak pernah filekan nusyuz kepada isteri(settle luar). Sekarang aku rasa dia takde scandal or apa².Minta pendapat warga KRT kalau isteri aku nak filekan fasakh.

Mcm mana aku nak ambik hak penjagaan anak² aku supaya tak dapat ke atas isteri dan aku try google tapi yang difahamkan untuk anak dibawah 7 tahun hak penjagaan sepenuhnya dibawah ibu. Mohon comment yang murni². Atau perlu atau tak untuk aku hire lawyer syariah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *