Dulu masa isteri kita bujang dia pun cantik ye tuan2

Masa kenal, masa bercinta, penampilan diri seorang perempuan ditentukan oleh kerjanya, ibu ayahnya yg menjaga.

Tapi tak sama lepas kahwin. penampilan dia berg4ntung dari kehidupan pernikahannya bersama dgn lelaki yg dia pilih.

Kau kalau nak isteri tu cantik, slim, jagalah dia. ambil berat pasal dia. ambil tahu apa yg dia suka, apa yg tak suka, ambil tahu segalanya.

Mana yg kurang, perbaiki. sentiasa membantu. bukan tahu complain je. beri juga sedikit ruang dan masa utk diri dia rehat.

Isteri yg bahagia ko akan nampak dari sinar raut di wajahnya, dari matanya, dari penampilannya dan dari kemesraan bila bersama kau.

Nak lagi yg baru lepas bersalin. perlu perhatian lebih. apatah lagi dah ada anak. kdg penat mengurus sampai tak ada masa nk jaga penampilan. apalagi yg tak bekerja. harap sedikit ehsan suami je beli sedikit keperluan mencantikkan diri. selebihnya utk anak².

Isteri adalah cerminan suami.
nak isteri sentiasa cantik, jagalah dia baik baik. syg lah dia seperti mana kita syg ibu kita.

Org perempuan ni tak kisahpun kau mcm mana. tak semua pompuan tu mat3rialistik. janji kau ada rasa tanggungjawab cari rezeki utk didik, besarkan anak² itu sudah mencukupi bagi dia.. 😊
Sumber:en. Norshahrizan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *