Ingat ye sudah bekawin ni h4ti psanganlah yg kita perlu utamakan dahulu berbanding orang lain.

Zaman sekarang ni masih perlu lagi ke nak buat group watsap utk kawan2 lama? Nak buat group watsap tu ok kalau sekadar nk kenal kawan lama.nak tahu perkembangan. Tapi perlu ke nk bercampur laki perempuan. Ye tahu yg perempuan pun pernah jadi kawan kita dahulu. Tapi dia dah berkahwin kita pun dah kahwin jadi untuk apa nak tahu perkembangan orang yg telah berkahwin. Biasa2 sudah.

Ini jenis tak malu langsung sembang macam masing2 sedang bujang semua hal nak bgtahu. Semua hal nak update dalam group. Perempuan ni pulak jenis suka meluah apa2 semua nak updte dalam group. Kalau semua perempuan xpe la jugak. Ni campur laki perempuan.

Yg lagi tak best kalau ada salah seorang dalam group tu merupakan ex zaman sekolah lepas tu pakat dok throwback kenangan masing2.kalau pasangan kita baca tak kecil ke hati dia. Ye lah benda dah lama. Cuba kalau pasangan kita pulak cerita dulu time cinta monyet ex dia sanggup tak makan semata nk belikan hadiah untuk isteri kita apa kita rasa?

Mesti kita pun jadi tak seronok. Lagi satu dari watsp group ada yg mulalah sampai wtsp psonal cerita luahkan hal yg tak sepatutnya. Msg pulak kena sembunyi2 untuk apa semua tu?

Wsp group memang bagus untuk tujuan pekembangan kawan2 lama. Tapi perlu diingatkan setakat mana kita updte dan takat mana kita “melayan”. Kalau dulu boleh la masing2 nak sembang huha huha. Sekarang msing2 dah berkahwin.

Kalau laki dia tengok pun boleh cmbru. Isteri tengok pun boleh cmbru jadi elakkan lah. Kalau nk bkwan cukup sekadar d facebook. Dan kawan sekali dengan pasangan kawan kita tu. Dan isteri pun kawan sekali dengan kawan kita yg lain j#ntina tu baru lah pasangan tak risau sangat.

Bila sudah bekawin ni hati psanganlah yg kita perlu utamakan dahulu berbanding orang lain. Kalau rasa tak perlu left kan diri. Senang buat life masing2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *