rasa serik nak tolong orang..kita tolong orang last2 kita yang kena fitnah..menyesal rasa..

Salam admin. Saya bukan nak cerita kisah rumah tangga saya. Cuma nak cerita apa yang berlaku selepas saya bantu kawan saya janda anak 2. Saya pun dulu pernah bercerai. Jadi saya pun cuba nak bantu wanita-wanita yang teraniaya.

Pada mulanya kawan saya ni pm saya minta tolong. Waktu tu dia belum bercerai. Dia cakap suami dia tak balik rumah seminggu sebab enjoy dengan pompuan. Duit makan semua tak ada. Dia nak balik kampung tapi takut suami dia cakap nusyuz. Saya suruh la dia buat report kat balai cakap suami tak balik so dia nak balik kampung la untuk cari makan dia dan anak. Lepas tu dia cakap dia takde transport. Anak pun kecik umur setahun lebih dan 4 bulan (2 orang anak) . So saya tolong dia bawa ke balai. Dan settle lah.

Sebulan lepas tu dia pm saya lagi cakap dah kena cerai. Dia kata bekas suami halau dia dari rumah dengan anak2 dia. Saya kesian. Waktu tu saya nak pi Turki. Jadi saya risau mereka sebab ada anak kecil.Saya beri dia guna kereta saya selama saya tak ada. Dia kata nak bawa mak dia dari Kelantan ke Shah Alam tapi takde duit. Saya belikan tiket flight untuk dia, mak dia dan anak dia supaya dia dapat bawa maknya ke Selangor untuk bantu dia. Katanya di Selangor dia takde sesiapa.

Ok. Panjang ceritanya.Saya pendekkanlah ya…
Dia ajak saya menyewa serumah.Katanya tak mampu bayar sewa sorang-sorang.Lagipun takde orang temankan dia dan anak kecil.Saya kesian lagi,saya pun pindah ke rumah sewanya. Deposit 80% saya yang bayar. Banyak lah peristiwa dia kena maki hamun dengan bekas suami, mertuanya maki hamun. Berebut anak dia tarik-tarik. Saya pun tolong sampai saya sendiri kena pukul dengan mertuanya. Selama hampir setahun dia tak de duit dan kerja belum stabil, saya yang banyak beli susu pampers anak dia. Banyak barang anak dia saya tolong belikan sebab dia keluar dari rumah suaminya sehelai sepinggang. Katanya kena halau lah kan.

Saya kasihan nasib anak-anaknya yang masih kecil. Saya taknak mereka terbiar. Selama itu juga saya temankan dia bersama-sama naik turun mahkamah. hingga berjaya kes tuntutan nafkah anaknya. Saya banyak contact kawan2 saya lawyer syariah untuk minta bantuan dan pendapat. Kawan saya ni pun cakap dah taknak bekas suaminya. banyaklah dia cerita keburukkan suaminya. Bab main perempuan, bab culas nafkah dan sebagainya. Saya sebagai kawan beri dia motivasi dan bantu kewangan. Kerja dia pun saya yang bantu carikan sebab bos dia kawan saya. Saya cerita dekat kawan saya dan kawan saya ambil janda ni bekerja.

10 bulan selepas itu, saya pun berkahwin dan masih tinggal serumah dengan kawan saya sebab saya dan suami pjj. Makin hari saya perasan dia makin berduit. Selalu shopping baju dan makan mahal. Tapi dia selalu juga tunjuk akaun bank cakap duit tak ada nak beli susu pampers anak. Saya pun kasihan, masih berikan duit. Kemudian, dia mula ungkit banyak perkara. Dia kata saya tak hargai pengorbanannya. haha. Pengorbanan apa tak tahulah. Setakat dia kemas rumah je pun. Lagipun saya tak suruh pun dia kemas rumah dan bilik saya. Dia belanja saya kek secret resepi.Itupun dia ungkit. Bila saya sebut apa yang saya bantu, dia kata saya tak ikhlas.

Beberapa bulan selepas itu, dia bawa maknya dan anak buahnya umur 20 tahun tinggal serumah. Tetapi sewa masih saya bayar lebih. Bill elektrik sebelum ni tunggakkan rm500 saya yang bayarkan semua. Bila mereka ramai-ramai buka tv siang malam, kipas lampu semua. Bil naik kembali hingga hampir 200. Tapi mereka langsung tak kisah dan tak bayar. Saya beli penapis air coway. Dia yang pujuk sebab katanya senang nak buat susu anak. Tapi lepas tu memang mereka guna buat harta mereka walaupun saya yang bayar bulan. Saya tak pernah ungkit dan sebut. Dia banyak kali suka cari pasal dengan saya.pasal dia basuh toilet pun dia cakap dia je buat kerja. Bab parking kereta pun dia nak bergaduh dengan saya.

Saya bawa dia dan anaknya ke Australia supaya minda dia terbuka dan maruahnya naik kembali sebab sebelum ni dia asyik kena hina dengan bekas sumi dan mertuanya. Yang kemuncak kemarahan saya bila dia cakap takde duit lagi beli barang anak, dan saya beri walaupun hidup saya dah tak senang macam dulu. Kemudian saya ternampak dalam peti ais, rupanya dia beli supplement untuk cantik berharga RM600! Saya dah makin sakit hati. Tapi saya diam lagi dan perhatikan sahaja. Kereta dia rosak, dia nak guna kereta saya. Dia suruh saya guna kereta dia yang rosak jika saya nak kemana2. Tapi saya dah tak bagi dah dia pinjam.

Beberapa hari lepas tu berlaku lagi pergaduhan. Mula2 dia cakap dia nak keluar dari rumah. Saya iyakan je. Lepas tu dia cakap “Macam bodoh pula jika dia keluar sebab rumah tu dia yang cari, saya ni datang masuk ke rumah”. Kerana terlalu sakit hati, saya cari rumah sewa baru walaupun waktu tu saya dah sangat susah tak berduit. Suami saya pun ketika itu masih tak dapat gaji. Jadi saya korek juga duit saya dan dapat lah bayar deposit sewa rumah. Saya pun dah pindah ke Perak. Saya bawa coway saya, tapi dia marah2 cakap saya tak prihatin kat anaknya. Eh, suka hati saya lah. Tu saya yang bayar dan beli. Dia tak puas hati lagi. Setiap 2 hari dia wasap saya marah-marah. Lepas tu asyik cakap dia akan bayar balik apa yang saya tolong.

Kerana saya dah cukup geram dan malas nak layan orang gila, saya bagi senarai list hutang dan semuanya RM5 ribu. Bila dia dapat list tu, dia meroyan cakap macam2 kat saya. Dia kata saya kawan yang jahat. Dia kata saya tak ikhlas. Saya malas layan. Saya pun block lah wasap dan fb dia. Dua bulan lepas tu dia sms saya pulak. Dia meroyan lagi. Dia marah kenapa saya perli dia kat fb. Suka hati saya lah. Saya sakit hati. Kemudian dia cakap lagi dia akan bayar.. Takut nanti mati roh tergantung. Tapi setakat ni baru bayar rm100 dan dah tak bayar lagi. 5 bulan saya dah tak ambil tahu berkenaan dia anak beranak. Saya dah move on. Tak sebut dan ambil tahu pasal dia. Tetiba minggu lepas ada seorang perempuan contact saya.

Perempuan tu kekasih kepada bekas suami kawan saya yang janda tu. Dia kata janda tu nak rujuk balik dengan bekas suami. Siap pujuk rayu. Kemudian janda tu burukkan nama saya. Mula-mula saya tak percaya pasal burukkan saya tu. Saya cakap kat perempuan tu baguslah mereka nak rujuk. Awak pun kawinlah juga dengan laki tu. Bermadu lagi senang. Tak payah berebut laki. Perempuan tu bagi bukti screenshot. Memang benar kawan saya fitnah saya. Kawan saya cakap saya yang jadi batu api sehingga dia benci bekas suami. Dia cakap saya yang burukkan bekas suaminya hingga dia benci suaminya. Dia cakap lagi dekat bekas suaminya yang saya pegang fb dia. Saya yang tulis dalam fb dia berkenaan keburukan bekas suami dia.

Bila masa lah saya buat semua tu. Dia yang cerita semua buruk bekas suaminya. Saya pendengar dan bantu dia sahaja. Akhirnya demi dia nak pujuk bekas suaminya.. dia sanggup fitnah saya. Dia nak tunjukkan dia baik dan yang buruk tu semua saya yang buat. Sanggup dia fitnah saya yang bermati-matian tolong waktu dia merempat dan susah. Hanya sebab nak kembali kepada bekas laki, dia fitnah saya. Sungguh saya serik nak bantu wanita ibu tunggal yang di ceraikan suami. Saya takut untuk terkena lagi. Saya tolong dia separuh nyawa. Saya beri segalanya. Handfone dia guna pun duit saya. Cermin mata dia pun duit saya. Segalanya saya bantu sewaktu dia susah. Ini balasannya.

Saya cuma nak nasihatkan kepada semua wanita yang di ceraikan dan ibu tunggal, janganlah berperangai begini. Jangan buat taik kat orang yang bantu.Saya pun pernah bercerai juga dulu, sebab tu saya nak bantu orang. Waktu saya susah ramai kawan bantu saya hingga saya berjaya. Tapi saya baru tahu wujud ibu tunggal berhati busuk begini. Setakat muka lawa dan lemah lembut tak guna kalau hati busuk. Saya takkan maafkan perbuatan dia keatas saya. Moga dia insaflah sebelum mati. Jangan ada lagi yang dia ambil kesempatan macam yang saya kena ni. Ini pengajaran untuk saya. Buat baik berpada- pada, buat jahat jangan sekali.

saya melahirkan anak dan berpantang tanpa suami di sisi..syukur anak sy lahir sempurna..

siarkan coretan saya ni. Mohon admin hidden kan identiti saya. Saya segan. Lama saya ambil masa untuk beranikan diri untuk coretkan dugaan hidup saya dalam KRT ini. Sekarang baru berani hendak share. Sebab saya perlukan bantuan warga KRT untuk berikan kata semangat serta share kan pengalaman bagi yang sudah laluinya. Ok lah, tidak mahu bermadah panjang sangat takut kena kecam. Saya mulakan dengan bismillah. Saya berstatus ibu tunggal beranak 1 berumur setahun 6 bulan. Sebelum ini isteri orang. Hehehe. Berusia awal 30-an. Seorang kakitangan awam. Bekas suami juga seorang penjawat awam. Saya mempunyai kereta(Dah selesai bayar), rumah (Masih loan dengan bank atas nama saya sendiri).

Bekas suami saya seorang penjawat awam berusia awal 30-an juga. Kami bernikah pada 2011 selepas berkenalan selama 2 tahun. Dari awal berkahwin kami PJJ. Saya di utara dia di selatan. Setiap weekend dan cuti umum saya akan menaiki bas ke selatan. Jarak perjalanan melebihi 500Km sehala. Huhuhu. Kami diduga lambat dikurniakan zuriat. Ye la macam mana nak “connected” kalau “wifi” signal tak dijumpai. Hahaha. Setelah pelbagai usaha untuk kami tinggal sebumbung, Akhirnya ALLAH makbulkan. 2014 kami dah duduk sebumbung dan bekerja di daerah yang sama. Opis je la lain-lain. Kusangkakan panas sepanjang hari rupanya hujan ditengahari. Deria ke 6 saya mula curiga apabila kami mula tinggal sekali.

Dan akhirnya berkat doa dan solat hajat ALLAH tunjukkan kebenaran. Bekas suami bermain cinta dengan seorang janda muda beranak 1 dari selatan. Apabila saya siasat, janda tu kata sudah setahun lebih mereka berkawan dan bekas suami saya kata dia bujang. Luluh hati saya. Meratap di tepi lopak air yang keroh dibuatnya. Saya tidak salahkan janda tu sebab dia tidak tahu yang pakwe dia tu suami orang. Tetapi tidak sangka mereka masih bercinta walaupun dah tahu status suami saya. Mula la saya naik hantu dengan janda itu. Bila call tanya kenapa masih bercinta dengan suami saya jawapan dia Saya Tak Boleh Lupakan Suami kakak. Dan hasil pengakuan dari janda tu baru lah saya tahu rupanya bekas suami saya tetap kejarkan janda itu kerana anak. Ye bekas suami saya inginkan anak. Luluh hati saya.

Dan bila saya tanya bekas suami saya, adakah benar apa yang janda itu katakan, bekas suami saya telah melafazkan cerai atas saya di hadapan ayah serta adik saya. Sebulan selepas itu, bekas suami telah memujuk untuk merujuk kembali. 3 bulan selepas rujuk, saya disahkan hamil. Gembira sangat hati saya tapi tidak pada bekas suami. Masa itu saya syak yang mereka masih berhubung. Dan betul jangkaan saya. Masa usia kandungan saya 4bulan, saya bertanya lagi pada janda itu, kenapa masih berhubung. Dia kata bekas suami saya bagi tahu dia yang kami telah bercerai. Hem hati mana yang tidak terluka robek dicarik2. Saya mencari kekuatan untuk bertanya pada bekas suami. Dan sekali lagi bekas suami melafazkan cerai pada saya.

Pada ketika hanya ALLAH tempat saya mengadu dan saya continues kuatkan semangat demi anak dalam kandungan saya. Sepanjang saya mengandung, semua urusan ke klinik, beli barang keperluan bakal anak, sehinggalah habis berpantang semuanya saya lakukan sendiri dengan dibantu adik serta mak ayah saya. Bekas suami hanya berikan duit sahaja. Itu pun riak muka tidak ikhlas. Kenangan paling perit yang saya tidak boleh lupakan sehingga kini, selepas saya selamat bersalin secara normal, saya terpaksa menunggu bekas suami selama hampir 4 jam di labour room. Hanya inginkan dia iqamatkan anak saya. Saya bersalin awal 3 minggu dan kebetulan pada hari saya hendak bersalin keluarga saya berada luar kawasan. Jadinya saya kena bergantung pada bekas suami.

Bertambah luluh hati apabila saya dapat tahu dia sedang bermadu kasih dengan janda itu sedangkan saya sudah bagi tahu yang saya dalam labour room nak bersalin. Saya berpantang tanpa suami di sisi. Syukur anak saya dilahirkan sihat sempurna. Selepas habis pantang, bekas suami kerap ziarah saya dan anak. Keperluan anak semua dipenuhi. Termasuk keperluan saya sendiri. Namun bulan berganti bulan, begitu juga tahun, bekas suami berubah menjadi mudah baran terhadap kami. Anak kecil yang tidak mengerti apa2 dimarahnya bila merengek. Anak demam pun di katanya rimas. Kemuncak pada kemelut kami berlalu sebulan yang lepas. Saya minta bekas suami jagakan anak sekejap kerana saya perlu ke pejabat di hari minggu.

Tapi masa saya turunkan anak di rumah dia, anak menangis di pintu dan bekas suami tidak endahkan tapi dia cakap “ Rimasnya. Menyusahkan saja kamu ini. Melalak saja tahu.”Selepas hari itu, saya makin jauh hati. Apalah salah anak kecil yang tidak tahu apa. Anak kecil yang perlukan belaian. Kadang2 kesian pada anak saya sebab membesar tanpa dikasihi oleh ayah sendiri. Saya buntu. Mengenangkan masa depan anak nanti. Kene ejek ke dengan orang sekeliling nanti? Bekas mertua tidak sudah2 pujuk saya untuk kembali semula anaknya demi masa depan cucu katanya. Hem hati saya masih berdarah. Manakan nak bahagia kalau bekas suami sudah tidak rasa sayang. Betul tak? Saya ini sayang lagi la kepada dia tetapi entah la.

So soalan saya sekarang, adakah hak penjagaan anak akan berpihak kepada saya? Saya tidak pernah buat tuntutan hak jagaan anak lagi. Sekarang baru nak buat. Huhuhu. Yela anak sudah besar. Kang sibuk hendak rebut. Ye la sudah besar kan senang jaga. Tidak melalak2. Tidak payah bangun tengah malam buat susu. Sudah senang. Jadi hendak minta bantuan kat warga KRT sekalian, ada chance tidak bekas suami saya dapat hak jagaan anak ini? Saya tidak mahu hilang anak. Hilang suami tidak mengapa. Sebab bukan saya beranakkan suami itu. Huhuhu. Oh ye lupa nak cerita, sekarang ini janda itu sudah nikah baru. Sebulan selepas saya bersalin, janda itu sudah nikah dengan orang lain. Padan muka bekas suami saya itu. Ok lah, panjang sudah cerita saya ini. Tolonglah jangan kecam saya. TQ min. And harap faham karangan saya ini. Love u min.

Jgn ckp sape suh kawin klu da tau mlut die busuk..ok..first…mmg ak xtau mulut die busuk..

Assalamualaikum.pembaca dan pengomen sekalian… ak nk tny… mcm mana nk tegur org laki ni bg xterasa… dlm masa yg sama..die buat ap yg kite tegur tu… mcm ni kesahnya… laki ak ni..mulut die..busuk..ya allah..stress ak… ak kawin da 3 tahun..3 tahun ak bertahan dgn bau mulut die.. busuk weh..busuk sgt….

Jgn ckp sape suh kawin klu da tau mlut die busuk..ok..first…mmg ak xtau mulut die busuk.. sbb ak jaga pergaulan.aku tak pernah keluar dgn die.tak de nak naik moto berdua ke… nak naik kerrta sama2 ke.. nak makan2 dating2 ke..aku tak pernah sembang dgn dia lama2.. sembang benda yang tak perlu bagai..dan die pulak sejenis yamg pendiam… cakap bile perlu..kdg2 yg perlu ckp pun die tak ckp.hahahahahaha… die senyum je.murah dengan senyuman.byk pahala sedekah dia..alhamdulillah.

Ok.. start la ak kawin dgn die… untuk baru ok fine..aku cuba terima kekurangan die…walaupun ak geli.. makin hari aku tahan..aku stress… ak xleh nak bernafas.aku lemas… die pulak sejeniah yg suke hah..hahh.. lepaskan nafas yg kuat tula.hah sana sini.. ak stress…. aku seorang yang sangat sangat sangat menjaga kebersihan diri.. sebab profession aku yang selalu berhadapan dengan client ni memerlukan diri yang kemas.bau yang wangi.. gigi aku setahun 2 kali k scalling..cuci gigi kt klinik gigi.. gigi ak putih bersih sbb ak laser gigi ni 2 tahun sekali. Gigi aku xpernah kene cabut ke.goyang ke..tampal ke.. even sakit gigi pun..langsung tak pernah..never never never nehi… gigi aku ni salah satu aset kebanggaan aku jugak la sbnrnya.. sbb dr tadika lg… doc gigi selalu puji gigi aku cantik.dari situ.aku suka gigi aku.dan ak jaga gigi aku.. so..kesimpulannya bila da jaga… bau nafas mulut busuk.mmg tak dela…. kalau ak rse.mulut ak sesuatu..risau mulut busuk.aku akan makan chewing gum… bg segar…

Ok.berbalik pd suami aku tadi.. makin hari makin ak xtahan.stress… bayangkan eh… dalam kereta.. kalau die hah… ak rasa nak ketuk2 tingkap bg terbukak.. kalau buka kang biadap pulak kan.. ak tahan nafas ak 20 -30 saat…. mengah…. kdg2 dalam bilik..die hah… ak tekup muka aku dengan bantal dengan selimut… yang paling sakit kan hidung ak ni.. die suka sangat hah hahh haahhhhh tengah2 malam la… bangun dr tidur pg tu la… adoi… time tu lagilaaa busuk gile mulut die… ak stresss..serius..masalah bau mulut bukan masalah kecik.. ak xpernah kiss mulut die..sbb belum bukak mulut pun.da bole bau mulut die… bantal2..selimut2… ya allah…jenuh ak nk basuh… bau air liur basi merata2… walau pun tercalit sikit je air liur tu… bau die bole tangkap kt hidung aku ni..sensitif sangat ..

Ok..aku buat macam2 perkara untuk selesaikan bau mulut ni.aku dah xbole tahan.aku stress sangat dah… first..aku cari punca.apsal die bau mulut busuk..dia tak merokok..ak perhati gerak geri dia. Bila die abis mandi aku masuk toilet.aku rasa berus gigi die..kering.. 1 kali.kering..2 kali kering..3 kali kering..ak nk tangkap die.. ak buang berus gigi lama… ak xbukak lg berus gigi baru.ak nk tgk die mintak tak berus gigi baru… suprise weh.die xmintak..then ak tanya die.u mandi.. xgosok gigi ke.. die ckp gosok.. aku tny.u gosok dengan ape.berus gigi takdekan dlm tu.i da buang yang lama..lupa lah nk buka yang baru.. die jwp.. die gosok guna jari…kumur2 dengan ubat gigi sikit… yarkkkkkkk…aku geli … ok xpe. 1kali kene tangkap.. minggu berganti minggu… time tu we all balik kampung die.. jauh… dr pagi bertolak.. senja2 mcm tu bru smpai… bermula episod die nak mandi untuk solat maghrib… aku tau dia tak amik berus gigi kat dalam bagasi kami … aku buat tak tau dlu..die keluar je..depan2 mak die aku kuarkan set mandi.aku tembak terus..laaa..u xamik beg mandian ke.abis tu.tak gosok gigi ke??? Dia jawap.tak.lupa pulak. Aku tembak je..depan mak die lg bagus..ya allah..mintaklaa..tak geli ke seharian xgosok gigi.dr pg drive makan minum mcm2.tak kelat ke mulut tu… ish.kang nak solat berjemaah .orang sebelah jadi terganggu nak solat dok tahan nafas sbb mulut u busuk.. nasib mak die sokong aku.. mak die nasihat.. kene jaga kebersihan..tak bole sambil lewa macam dulu. Dah besar.da kawin.malu… oooo so mak die tau la.die mmg tak suke gosok gigi.. hurmmmm

Cerita bukan takat sini.. ingt ye..3 tahun lebih da aku kawin..mst la ada macam2 bende dan solution yang aku buat… seterusnya.aku ajak die g klinik gigi.scalling… scalling gigi aku…. time scalling gigi aku tu… aku kauntim dengan doc… tlg scalling dan betulkan gigi husband saya… tp tlg… jgn cakap sy byr.. cakap sy beli servise pakej buy 1 free 1… aku terpakse ….. air muka suami kene jaga… ok selesai air cuci gigi.. aku keluar..aku suh husband aku masuk.aku cakap ak ada lg 1 kuata cuci gigi .. tp kene abiskan..sbb da hujung tahun.. laki aku tau ak mmg suke cuci gigi.so die percaya aku dah join beli pakej cuci gigi yang berkali2.. so die pun masuk… gigi aku doc cuci 30 minit je.. sbb xde ape sangat… ak expect dah..laki am mesti sejam lebih… bill die mst 150 mcm tu..xpela.. asalkan ak xpelru hadap bau mulut die lg… jam berdetik2..2 jam xkeluar lg… lebih kurang 2 jam 40 minit.baru selesai… kalah org operate bersalin… total bill die 250 selepas diskaun.kihkih… ada 2 lubang yang mmg xtau la doc nk ckp.. agaknya busuk gile tu dari lubang tu.penuh dgn taik gigi lama ..yarkkkksssss……

Dan..yeay.nafas die segar la sikit… ak bole bernafas lega..tp… argg..ada tp… sbbkan die mmg pemalas nk gosok gigi… mulut die dlm smggu busuk balik… tp xdela sekuat dlu..tp busuk laa.. ak tny die… knp xsuke gosok gigi.. gusi u sakit ke.. die tny.kenp.. ak jwp..sbb mulut u busuk.u merokok ke belakang i.. die ckp takde.sumpah tak.. busuk sangat ke… aku dgn yakin mendadik dada..aku jawap.yess… mmg sangat busuk.. kene rajinlaa gosok gigi.. u tak malu ke nnt dgn kawan2 u.mcm ne ye u smbang dgn kawan2 u.ntah2 dorg semua dok tahan nafas je bile sembang dengan u.. aku belikan die colgate plug… ak suh die kumur2 lepas gosok gigi… die akur…ak lega sekejap!!.. knp sekejap..sebab.lepas ada colgate plug.lg malaslaaa die nak gosok gigi..pakat kumur2 je.selesai.. knp ak tau.sbb berus gigi die.pg2 subuh lpas mandi tu.masih kering mcm tak terusik dr smlm..faham x.. errgg… ok..aku tau…ak mmg xleh nk buat ape dah….

Lepas dr tu… ak mmg kerap beli stok chewing gum ..xpun mentos…atau ape2 gula2 yang berangin.. dlm kereta aku bg.. buat segarkan mulut aku cakap… agak2 nak sampai kt tmpt yg dituju.mcm rumaj saudara mara ke..kenduri kawin ke..shopping complek ke..ak bg lg chewing gum.suh segarkan mulut… skang kalau balik kampung..benti solat mana2..ak mmg suh die g mandi..tak pun tlg cuci muka gosok gigi..bg segarkan diri..sbb drive jauh..padahal ak tak tahan da bau nafas die…

Benda ni berlanjutan sampai skang ye.. da 3 tahun lbih ak hadap.. tlg la aku.bg laa cadangan.tips..apa lg aku nk buat…. ak stress sgt kene thn nafas..smpai skang.die masih suke hah hah… lepas tu air liur basi mmg bersepah2… aku stress… busuk busuk… tlg laaa wahai pembaca sekalian… ada tisp x…

Oh ye..detox pun ak penah ye .. berhari2 laki aku cirit sbb minum detox..kihkihkih.pastu tak nak minum dah..tobat lahum katanya…

Hurmmm…
Bini derhaka jika ada yang kenal suami aku.. jika tak kenal aku.xkenal laki aku… namanya bukan buka aib ye… nk kecam ak.bole.xde masalah.. nk bg pandangan pun bole..mmg aku alu2kan.. wassalam

Korang tahu kenapa aku rela bercinta dengan laki orang berbanding orang bujang yang sebaya umur aku? Sorry aku rephrase balik.

Salam KRT. Ni akaun betul aku. Aku just nak cerita satu benda penting. Umur aku 25, berkerjaya; professional. Ada biz sendiri; bukan kosmetik2 or online2 ye. Duduk sorang2 satu rumah 3 bilik, makan pakai lebih dari cukup, ada savings, berkereta dan berbelanja selalu tanpa rasa was-was. Alhamdulillah aku guna duit aku semuanya untuk tanggung kehidupan bukan duit mak bapak ye. Tapi aku takdelah kaya gila pun cuma aku sedikit senang hasil titik peluh sendiri. Yes, aku ni single. Aku baru broke up dengan laki orang 3 hari lepas tapi tu cerita lain.

Korang tahu kenapa aku rela bercinta dengan laki orang berbanding orang bujang yang sebaya umur aku? Sorry aku rephrase balik. Korang tahu kenapa aku taknak bercinta dengan orang bujang sebaya aku? Sebab most of them are crooks. Ada yang terus undur diri dari dekat dengan aku sebab my level of education & my career. Dorang cakap aku ni sangat sombong, bongkak dan ego sebab aku pandai dan berjaya. Ok nak kutuk pn aku boleh terima kot. Sebab yang tukang cakap ni memang takde matlamat hidup, pemalas dan tahu nak senang je. Tak ingin aku nak kawan.

Ada juga yang dekat dengan aku sebab duit je. Mula mula kenal dah start tanya gaji aku bila tengok aku shopping barang. Biasanya aku akan pilih go dutch (makan bayar sendiri) bila keluar dengan orang bujang sebaya aku. Tapi dorang suruh aku bayar makanan dorang yang harga tak sampai rm20 tu tanpa rasa malu dan segan. Mintak pinjam lagi duit thru whatsapp sampai beratus ratus. Of course la aku tak bayarkan or pinjamkan. Dorang pun maki hamun aku and tinggalkan aku. Nak sebut nama tak kat sini? Haha.

Jangan lupa ada yang suka ambil kesempatan atas nama agama. Nak masuk merisik aku tapi taknak bayar hantaran langsung sebab tak ikut syariat islam katanya sebab mak aku tetapkan 15k. Mak aku maki je budak tu; maki belakang2 je pun because.. Hell no. Kalau 15k tak boleh bagi, agak agak hidup aku nanti kau boleh tanggung ke? Aku boleh kumpul 15k tak sampai 6 bulan masa single ni sebab aku pun ada biz sendiri. Aku ni weekend pun takde sebab kerja je 7 hari seminggu.

Ada kerja tetap and also im running my own biz. Kau ingat mak aku nak bagi aku kawin dengan orang takde matlamat ni? Mak aku bukan hadap sangat duit. Dia duit berkepuk kepuk dalam bank. Cuma dia nak tengok kesungguhan laki tu je. Mak aku describes aku as an iron lady. Aku ni macam machine. Dalam otak aku hanya duit duit duit sebab masa muda ni aku kerahkan tenaga aku untuk cari duit. Aku start biz aku pun guna modal sendiri tak minta loan dari siapa2 or mana2 bank.

Bagi aku kalau aku nak kawin dengan mamat bujang sebaya aku yang nak kumpul 100 sebulan pun susah, buat rugi masa aku je. Bagi aku perkahwinan is a business. Kalau kawin pastu hidup makin susah makin miskin, kewangan tak prosper dan hati tak senang, better jangan kawin. Aku bukanlah kapitalis tapi aku berfikiran realistik. Aku percaya rezeki Allah bagi tapi aku percaya Allah tu nak tengok kita usaha sendiri bukan harapkan miracle je. Duit tak datang bergolek ye. Kena cari ye. Ingat tu.

Apa yang aku nak bila in a relationship tu, aku boleh bincang pasal biz, peluang nak buat investment, networking, politics, philosophy, agama.

Mamat bujang sebaya aku mostly tak minat cakap benda benda ni. Ramai masih mengelamun fikirkan main game, mengorat awek, lepak lepak takde tujuan, hisap rokok pun kebas kawan punya.

Kalau laki orang (note: yang bekerjaya dan ada matlamat bukannya yang takde duit ambik duit bini orang tu) masa depan aku lebih cerah sebab aku boleh expand my biz, pergi functions, pergi ikut dia ke biz meeting bla bla.

Tapi sampai bila aku nak ikut laki orang. Aku nak kawin dengan lelaki bujang. Tapi lelaki bujang ramai yang tak guna. Apa lagi pilihan aku ada? Sebab tu aku cakap, aku lagi suka hidup single dan berskandal dengan laki orang dari nak settle down hidup dengan orang bujang. Oh sorry guys no duda ye aku tak minat bela anak orang lain.

Dia borak dengan betina tu sejam lebih tau tak.. padahal kejap lagi nak keluar dah .. nak pergi kerja…

Salam. Sy nak buat confession sikit. Cerita ni tentang suami sy. Dia memang tak reti nak hargai sy. Nak raikan sy.. nak ucap sayang-sayang lagilah. Semua ni bermula sebelum puasa tahun ni lagi. Mula-mula dia minta izin nak poligami. Yes, sy bukan nak menolak.. tapi sy bagi.. cuma bersyarat. Sedangkan diri sy dia tak pernah buat apa-apa. Honeymoon, duit nafkah tak ada. Bil rumah bil sekolah anak semua sy tanggung sampaikan dia punya duit rokok.

Tahun lepas company dia kena songlap dengan partner dia. Terpaksa dia fight dapatkan hak balik. Sy bantu.. semua kewangan sy bagi.. hingga semua sy gadai. Tahun ni sy dah tak kerja. Sy hilang punca rezeki tapi sy niaga online. 2-3 bulan jalan.. dapat juga 2k lebih sebulan. Bulan 4 dia buat hak nak nikah lain. Sy bagi syarat, banyak syaratnyabuatkan sy lebih daripada segalanya. Suami setuju.. tapi sejak hari tu..

Sy rasa semuanya dah lebih pada betina tu dah. Memang sy jeles bila sy mesej suami. 3-5 jam baru reply.. tapi sy trace mesej dia dengan betina tu setiap saat.. even tengah drive pun boleh reply mesej.. makan apa.. buat apa tak payah cakaplah. Balik rumah tegur sy pun tak. Tersengih-sengih dengan hp. Bila sy tanya dia cakap, kan nak ngayat.. Mestilah kena layan betul-betul. Pedih juga hati.. tapi sy biarkan lagi. Lepas tu lama-lama sy tengok ada resit transfer bank in.. bukan sikit tau.

Mulalah sy angin.. sebab dalam masa sama sy dan anak2 makan bihun nasi goreng je kat rumah.. sebab nak jimatkan duit dia. Dia memang sah-sah makan kat luar sebab dia kerja tak ikut masa. Apa yang sy minta pun duit barang anak sahaja. Barang dapur pun sy guna duit sendiri. Bila dapat tahu pasal duit tu, sy gaduh besar dengan dia. Still tak ngaku.. dia pukul sy.. sampai pinggang sy tak boleh tegak.. depan anak2. Dia tension dia pukul juga anak2. Kadang bengkak-bengkak kepala sy.

Sejak dari situ.. sy nekad.. sy takkan biarkan semua ni menjadi.. takkan ada poligami untuk dia, melainkan cerai atau stay dengan sy. Cara pertama sy buat, sy hiaskan diri macam budak yang dia gila-gila kan tu. Sy takde duit.. sy minta dia. Dia tak bagi.. tapi sy tipulah.. konon bil astro tertunggak. Contoh bil semasa rm150, sy cakap tak bayar bulan lepas.. total rm250. Sebab dia susah nak bagi duit untuk sy pakai. Tapi dia percayakan sy urus rumah. So ini je cara sy nak ambil hati dia.

Bisnes sy hancur.. sy hilang mood nak berniaga.. anak2 pun kadang sy tak boleh kawal. Sy kesian kat anak2.. Sy bawa diorang jalan2 je. Bagi diorang tak stress macam sy alami.. takkan nak hadap perangai mak ayah yang gaduh jekan.

Sebab memang kami tiap hari gaduh.. mau tak gaduh.. dah pakai makeup.. perfume.. baju takdelah cantik. Sebab baju lama.. tapi sy alter sikit bagi seksi. Pun dok layan hp juga! Yes, sy macam orang gila. Sy rayu dia. Sy tagih ciuman dia. Sy minta dia peluk sy.. tapi takdenya. Dia rela layan mesej sambil sy tengah sedu-sedu nangis depan dia. Siap suruh sy pergi jauh lagi.

Suami hujung tahun memang banyak outstation (tahun lepas). Dia hanya balik untuk tukar baju dan bag baju sahaja. Kadang tengok dia kepenatan kesian sangat.. nak je picit dia macam dulu. Nak tanya dia dah makan ke belum.. nak sembang apa yang dia buat sepanjang hari.. tapi, semua tu terpaksa dipendam je. Sebab dia tak banyak cakap. Balik rumah pun, tidur 2-3 jam saja dah nak keluar kerja balik.

Saya still tagih rindu pada dia walau depan mata dan sy sememangnya tunggu dia balik kerja even seminit dua, untuk spend masa berdua dengan dia. Tapi sayang, anak2 yang kecil tak faham apa yang mak ayah nak dan saya sebagai ibu still kena jaga anak dalam masa yang sama hati ini terjerit-jerit nak peluk suami. Nak borak manja dengan dia. Saya cuba tegur benda kecil-kecil untuk mulakan perbualan tapi antara dengar dan tak dengar.. jawab pun setakat umm… ya.. je..

Saya ni dah la kat rumah tak ada teman borak.. ada dia nak juga borak dan cerita tentang hal anak2.. tapi dia langsung takde respond. Dengan tangan tak lepas pegang hp.. tersengih-sengih.. geram betul tengok. Kadang sy tengah mandikan anak.. tau2 dia dah tergolek kat katil bilik kami dengan tutup pintunya borak dengan betina tu. Sy biar je lagi.. sebab sy pun nak uruskan anak2.. makan.. main.. dan tidurkan diorang. Tapi hati sy macam dah kena bakar je… rasa nak gegar je bilik tu tapi still tahan.

Dia borak dengan betina tu sejam lebih tau tak.. padahal kejap lagi nak keluar dah .. nak pergi kerja. Dengan sy acuh tak acuh je cakap.. bila anak dah settle.. sy cuba kacau dia. Still dengan sombongnya (kuasakan pada lelaki nak lagi bergelar suami), dia hanya minta sy service die je.. dengan tanpa sentuhan pun pada diri sy. Wahai kaum isteri.. kalau anda kat tempat sy apa korang rasa.. Memang dah makan bulan pun sy tunggu dia sentuh sy.. tapi haram.. 
Saya nak juga bermanja2.. dipeluk dicium.. apa2lah.. taknak main pun takpe.. janji sy dihargai.

Dia buat sy macam takde nafsu.. macam dia sorang je nak kena layan nafsu. Bila sy cakap habis nafsu sy ni siapa nak layan?  Tau apa yang dia cakap.. dia suruh sy cari lelaki lain tapi main mesej jelah.. nak lucah pun boleh.. asal tak main. Allah… sakit otak fikir hal bodoh ni… rabak tau hati saya.. then sy teruskan step lain. Sekarang bermulalah klimaks cerita.. step drastik sy buat. Walau hati betul2 sakit. Allah tu adil kot.. malam sy sedu2 nakkan pelukan dia dan dia halau sy.

Ada stranger mesej sy kat wasap.. sebab sy niagakan.. so tak hairanlah no sy ada yang contact nak kenal. Dulu pun ramai.. tp sy tak layan semua.. tp malam tu.. sebab kecewa sangat.. sy layan lelaki tu. Mesej jelah. Start dari malam tu.. walau sakit hati tengok dia dengan hp dia.. sy berlakon cool je. Untuk buat sy hilang rasa sakit hati, sy tidur bersama anak2 je. Sy tunggu suami siap nak pergi kerja baru sy bangun. Waktu dia mandi sy siapkan sarapan dan apa yang patut.. mana sempatlah..

Hp dia tu dalam tandas pun dia bawa msuk. Bila die keluar je.. sy terus masuk bilik tidurkan anak2 balik. Memang sy tak boleh tengok muka dia. Dan start itu juga.. sepuluh sen pun sy minta dia. Walau dia tak bagi.. sy diam dalam rumah. Bila dia balik sy hanya siapkan nasi telur je untuk protes yang sy takde duit. Tapi serious sy takde duit pun. Dan sy dah taknak fikir dia tak ada duit. Sy hanya fikir duit sy dia labur kat betina lain. Start dari situ RM50 dia bagi. RM10 mesti sy ambil untuk diri sy.

Sampai cukup RM100 sy pergi simpan kat kedai emas. Uolls nak tau.. sekarang sy dah kumpul 3 gelang dan 1 loket untuk anak sy dan yes.. dia tak tau lansung.. Ini untuk masa depan sy je sy fikir. Balik pada stranger tadi, 
seminggu lebih.. dia balik rumah dia tengok sy dengan hp sy. Kadang sy berlakon senyum2.. biarpun mesej entah apa2. Nada dering stranger tu pun sy buat nada lagu frozen. Anak sy suka.. bila dapat mesej dia lagu frozen keluar.. dan yes.. sy berjaya buat suami sakit hati. Walau sedih… Tapi sy dah start buat sesuatu yang lain.

Kami keluar makan kat kedai, dia tutup hp.. sebab nak borak dengan sy. Tapi sy still mesej juga dengan stranger tadi. Saja nak buat benda ni real, padahal sy tak ada perasaan pun. Malam tu malam sebelum raya tak silap sy dia ajak beli baju anak. Sy cakap kami nak baju mahal.. dia cakap tak cukup duit.. sy cakap takde duit stay kat rumah.. tapi dia yang lebih2 siap tolong sy mandikan anak2. Mungkin dia nak pujuk sy kot. So oklah.

Before.. kereta sy hampir terbalik tau sebab otak sy asyik fikir suami.. sambil drive tu sy macam teringat apa yang dia buat pada sy.. nasib bawa adik ipar.. dan dia yang nampak sy dah naik divider dan tayar memang tertoreh. So malam tu nak pergi beli baju raya. Suami nak bawa kereta sy. Sekali masa nak isi minyak dia tengok tayar kereta yang rosak tu. Terus dia pukul sy dalam kereta depan anak2. Dia bengang sy tak jaga kereta. Ya sy tahu salah sy..

Tapi bukan sy suka2 nak langgar divider tu.. semua pun bersebab.. die tak tanya pula sy dan anak2 masa excident tu macam mane. Sedih sangat.. then.. bila pergi shopping. Dia bagi sy RM500.. sy beli baju anak2 dan kasut.. untuk sy hanya lipstik dan foundation. Sebab itu je yang habis setakat itu. Baki sy simpan untuk beli barang dapur. Malam tu habis dekat RM400. Berapa je baki untuk sy beli barang dapur.Dengan barang anak2. 

Sy ingat ok dah.. even mood sy kelaut. Order KFC dengan dukung anak kecil dan anak sulong minta itu ini.. dia rilek je kat meja tunggu sy datang hantar makanan sambil mesej dengan betina tu semua. Dalam hati sy.. macam tu ke gaya dia nak pujuk sy. Sy hantar makanan tu satu persatu.. yelah.. 4set untuk 4 orang makan.. mau tak banyak. Dengan dukung anak sebelah kanan.. dia pulak sy tengok dok senyum dengan hp. Belum pun sy sempat makan.. dia ambil air terus keluar cakap ada call penting.

Damn! Giler! Aku nyesal ikut dia keluar.. nitis air mata aku laju2.. nasib anak lapar.. bertahan je agar air mata tak tumpah kat ayam. Dan serious ni betul2 melampau! Aku kembali balik pada stranger tadi. Pada asal hanya untuk buat suami jeles.. tapi sebab malam tu dia kecewakan aku. Serious.. terus aku call nangis kat lelaki tu.. entah mana hilang malu.. aku luah habis kat lelaki tu. Lelaki tu minta aku tinggalkan suami datang pada dia.

Takdelah hebat pun lelaki tu. Just mungkin dia faham situasi aku dan dia janji nak jaga anak2 aku. Aku dalam dilema.. sayang aku pada suami masih ada. Dan lebih banyak.. lelaki tu hanya baru sahaja muncul.. lagipun belum tahu dia macam mana.. sekali aku salah langkah.. Anak2 aku yang merana.. Tekanannyalah..

Sekarang dia letak saya rumah ibu saya dia janji yang dia akan ambil saya selepas 2 minggu tapi sekarang sudah lebih 2 minggu.

Guys, Salam admin. Saya hendak minta bantuan dan pendapat. Rumah tangga saya di ambang kemusnahan. Bantu lah saya. Saya sangat sayangkan hubungan ini. Kami baru mendirikn rumah tangga 4 bulan. Tetapi suami sudah hendak ceraikan saya. Menurutnya saya banyak kekurangan, saya tidak faham dia, saya tidak sabar, saya tidak hormat dia dan family dia, saya tidak penuhi semua yang dia hendak semua yang family dia hendak, saya melawan cakap dia dan banyak lagi. Tetapi ketahuilah saya sudah banyak berkorban untuk dia dan family dia. Lepas kahwin kami tinggal dengan family dia. Dia suruh saya ikut semua yang dia dan family dia hendak. Sejak sebulan kebelakangan ini, saya sakit dalam perut dan saya banyak duduk dalam bilik. Jadi emak dia marah pasal itu dia pun marah saya.

Sekarang dia letak saya rumah ibu saya dia janji yang dia akan ambil saya selepas 2 minggu tapi sekarang sudah lebih 2 minggu. Dia kata tidak ambil saya dan dia tidak akan datang rumah ibu saya sebab dia tidak dapat terima family saya dan saya. Sehari selepas kami kahwin, dia kantoi mesej dengan perempuan lain. Saya maafkan. Dia janji tidak akan buat lagi. Tetapi sebulan selepas itu kantoi lagi. Dia janji lagi.. Kantoi lagi dia janji lagi. Saya tetap terima dia dengan harapan dia berubah. Dia Siap plan hendak kahwin dan ceraikan saya, hendak racunkan saya. Saya sedih. Tetapi saya tetap terima dia. Beberapa hari yang lalu dia kantoi lagi. Saya terima lagi. Disebabkan dia selalu buat hal lah saya jadi trauma, saya jadi hendak periksa telefon dia.

Saya jadi tidak dengar cakap dia dengan harapan dia sedar saya ini isteri dia, harap dia sedar saya sayang dia. Tetapi tidak. Dia marah saya sangat sebab saya tidak sabar dengan dia, tidak hormat dia. Mungkin itu salah saya. Saya banyak kali memohon maaf padanya. Tetapi dia tidak maafkan. Dia kata kalau hendak dia bagi saya kena ambil hati emak dan family dia. Kalau family dia terima saya, dia akan terima saya. Dia serahkan segala keputusan pada emak dia. Last dia kata tunggu saja surat dari pejabat agama. Dia ikut kata family dia yang sememangnya tidak suka saya. Saya sedih teramat sangat. Saya panggil hendak bersemuka dia tidak mahu. Saya plan dengan pejabat agma untuk kaunseling. Saya hendak selamatkan hubungan rumahtangga ini. Ye saya banyak salah tetapi bagi lah peluang.

Dia mengharapkan semuanya sempurna dari saya. Dia sendiri banyak kelemahan. Saya sakit sangat2 dia tidak endahkan pun. Saya perlukan dia tidak hiraukan. Saya sedang belajar jadi isteri dan menantu yang baik. Semua itu salah ke? Saya sedang menyesuaikan diri dengan family dia. Bukannya saya pun kahwin sebelum ini. Saya pun tidak ada ilmu sangat untuk jadi isteri dan menantu yang baik. Baru 4 bulan. Saya sedang belajar untuk menjadi terbaik. Tetapi dia tidak boleh terima kekurangan saya itu. Malah dia tidak mahu melengkapi segala kekurangan saya itu. Apa perlu saya lakukan? Saya sayangkan dia . Dia terlalu dengar cakap family dia. Dia tidak boleh terima kekurangan saya. Walaupun saya boleh terima semua kekurangan dia. Bantulah saya. ?

Saya baru sahaja ke hospital dan doktor sahkn rahim saya bengkak. Saya perlukan sokongan dia. Tetapi dia tidak ada ?. Banyak kali saya ajak dia ke hospital sebab kadang kala sakit ini kuat sangat. Dia tidak mahu. Dia kata saya tidak faham dia. Selalu ajak pergi hospital sedangkan dia banyak kerja hendak buat. Urmm, Apa perlu saya buat? Ingat ahad ini saya hendak ke pejabat agama untuk sesi kaunseling. Betul ke tindakan saya? Saya buntu. Family dia langsung tidak hubungi saya atau bertanya apa yang berlaku. Perlu ke saya hubungi mereka? Walaupun mereka tidak suka saya ? Saya tidak tahu apa suami saya bagitahu family dia sampaikan family dia marahkan saya. Saya takut. Saya tidak mahu bercerai.

Sebab suami saya kadang2 dia marah dia selalu cakap, ’Aku tidak suka budak sebenarnya tetapi nasib dia anak aku saja’. Kalau saya, kata2 makian itulah jadi makanan hati saya hari2.

Sebab saya pakai FB adik saya. Jangan kecam FB dia pula. Okey lah. Macam ini cerita, saya sudah berkahwin. Kahwin muda 19 & 20. Kami kahwin sebab sudah terlanjur. Minta maaf ya pembaca. Saya pun manusia, jadi jangan lah kecam. Tetapi alhamduillah sekarang hubungan kami sudah halal dan terjalin semalam 4 tahun dan mempunyai anak. Keluarga belah suami amat baik2 dengan saya. Tapi keluarga belah saya, tidak dapat terima saya dan buang saya. Tetapi saya terima dengan redha. Masalah saya sekarang, saya tidak pastilah. Adakah ini balasan saya atau dosa saya lepas, saya membuat dosa besar. Sebab suami saya suka pukul saya, mula2 saya dapat terima pukulan demi pukulan. Lama-kelamaan itu seperti menjadi satu habit kepada suami saya untuk memukul saya setiap apa salah saya buat.

Apa patut buat? Report polis? Sudah pernah saya buat tetapi saya tarik balik sebab kesiankan suami. Dia janji tidak mahu buat lagi. Apa lagi saya tidak buat? Lari? Saya pernah lari. Selama 4 hari, suami saya menangis2 merayu minta saya balik dan janji tidak mahu buat lagi. Tetapi malangnya setiap kali saya percayakan dia. Saya bagi dia peluang. Dia balas dengan sepakan, terajang, tamparan tidak cukup dengan itu dia tambah lagi dengan kata2 makian. Sampai la sekarang 2018. Saya tidak tahu hendak buat maacm mana sudah. Saya bingung dan keliru. Sebab suami saya ini lepas dia pukul2 saya. Dia akan sayang2 saya balik. Dia tuam2 balik semua lebam2 saya, urut2 balik badan2 saya yang sakit. Lepas itu minta maaf sampai menangis. Saya jadi serba salah, kadang2 dalam hati terpikir.

Dia ini hendak apa sebenarnya? Dia sayang aku tetapi pukul aku. Kadang2 mood dia baik. Apa saja saya hendak dia akan belikan. Apa saya hendak makan, dia akan masakkan. Saya tidak tahu apa patut saya buat. Dengan sikap dia macam ini. Saya keliru. Saya tidak tahu hendak mengadu kepada siapa sebab saya tiada kawan yang betul2 boleh panggil BFF. Family memang sudah buang saya. Saya kadang2 harap ada orang boleh tolong saya lari dari semua masalah ini. Saya dalam minggu ini, berapa kali sudah terfikir hendak lari tetapi risaukan anak. Saya tidak mahu tinggalkan anak saya. Sebab suami saya kadang2 dia marah dia selalu cakap, ’Aku tidak suka budak sebenarnya tetapi nasib dia anak aku saja’. Kalau saya, kata2 makian itulah jadi makanan hati saya hari2.

Masak tidak sedap, maki. Lambat buat kerja, maki. Baju basuh tidak wangi/ kotor, maki. Baju iron tidak cantik, maki. Lepastu kalau ada annual dinner dekat tempat kerja, memang dia tidak bagi pergi sebab dia kata saya hendak pergi menjalang. Lepastu suka banding2kan saya dengan perempuan lain. Cakap itu lah ini lah. Bila saya cakap tidak boleh ke terima seadanya. Dia akan cakap,”’Ayat itu zaman dulu boleh lah pakai, kalau zaman ini pakai. Pergi mampus lah kau. Dah buruk2, buruk selamanya’’. Apa patut saya buat? Lebam2 macam sudah satu lukisan kan badan saya. Kata2 makian sudah macam satu lagu hari2 saya dengar. Apa patut saya buat? Saya kadang2 kena pukul sampai sudah tidak mampu hendak menangis. Saya hendak lari bawa anak saya. Hendak cari satu rumah.

Cukup untuk anak saya supaya dia hidup selesa tetapi saya kena cari pengasuh. Hendak buat semua itu dalam masa singkat. Memamg susah sebab saya tidak ada kawan2 yang hendak tolong. Saya tidak ada tempat hendak berharap sudah. Sekarang ini saya bersabar pun sebab kesiankn anak saya. Saya tidak sanggup tengok anak saya hidup dalam keadaan yang tidak selesa sebab saya. Apa patut saya buat sekarang? Wahai para pembaca KRT, boleh bagi pendapat positif. Apa patut saya buat, lari ? Report polis? Sudah. Sampai 2 kali tetapi polis tidak boleh buat apa. Saya sudah tiada tempat hendak mengadu. Kalau hendak diikutkan panjang lagi cerita saya, tetapi saya singkatkan. Terima Kasih.

Saya nak ingatkan kepada ketua jabatan ye…jangan cari pasal dengan isteri orang! Time breakfast, ajak makan sekali. Time lunch pun keluar sekali.

Admin…isteri saya ni keje pejabat. Dah lama jugak la. Tapi setahun dua, ade curious sikit pasal dia ni sebab dia slalu pakai minyak wangi ke pejabat. Dia punya wangi tu sampai attract (goda) sense saya. ade bau memikat, orang kata.

Satu hal lagi, dia pakai baju kurung yang berkilat2. itu pun jadi daya tarikan jugak. saya tgk pn jadi hairan sebab baju dan minyak wangi blh goda ‘boss’ dia. bila saya tanya, dia cakap biasa laa org perempuan…nak cantik, nak wangi. Saya jadi tak boleh nak buat keje bila memikirkan hal tu.

Bila hari jumaat, kawan-kawan isteri saya pakai jubah. Tapi dia tetap taknak pakai. alasannya, jubah nampak gemuk. sebelum ni ok je blh pakai. saya suruh dia pakai jubah, tapi dia berkeras taknak. Biasa org keje kerajaan ni pakai baju kurung dan jubah bila hari jumaat.

Saya selidik punya selidik, rupanya isteri saya jadi pembantu peribadi kepada ‘boss’ dia. naik angin laa saya!!! Mana ada pembantu tadbir kerajaan jadi pembantu peribadi. sampaikan mesyuarat pun kena ikut skali. ini dah melampau! kalau mesyuarat luar daerah pun kene ikut skali. ‘boss’ dia tu ugut nak rendahkan markah prestasi jika tak ikut kehendak dia.

Memang panas hati laa saya! rupa-rupanya minyak wangi, baju kurung berkilat yang dipakai isteri saya bertujuan untuk ‘menyedapkan’ pandangan ‘boss’ dia tu semasa mesyuarat. Apa bini sendiri dah tak sedap nak tengok?

Satu hal lagi bila isteri saya pergi kursus, ‘boss’ dia pun punya la kemaruk sampai follow bas kursus tu. Agaknya selagi tak kena tumbuk sampai lebam, memang cari nahas la ‘boss’ dia tu. Ingat bini aku tu makan gaji dengan dia agaknya.

Saya nak ingatkan kepada ketua jabatan ye…jangan cari pasal dengan isteri orang! Time breakfast, ajak makan sekali. Time lunch pun keluar sekali. Time mesyuarat, paksa ikut sekali. Jadi tukang catat minit mesyuarat ‘boss’. Jangan sampai masuk wad sebab dikerjakan suami orang.

Nasihat saya buat para suami, jangan biarkan isteri anda menjadi pelacur kepada ‘boss’ di pejabat. Dah kene tangkap basah nti, ceraikan isteri anda. Tiada guna jika isteri anda peluk cium laki lain. Sekian