Suami, jangan berkira dengan isteri..

Perkongsian dari facebook tuan firdaus shakirin
Abah selalu cakap,
“Nak makan apapun, beli…teringin apapun, beli…duit boleh cari…”

Sampai ke hari ini, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni…saya pesan kat isteri, kalau ada benda yg dia teringin, yg dia nak, bgtau ja kat saya, saya akan usahakan utk beli…tak kisahlah samada ianya makanan, barangan, pakaian ataupun kelengkapan2 lain…

Kalau tak beli bulan ni, bulan depan…kalau tak bulan depan, bulan satu lagi…

Apa yg kita akan dapat sekiranya kita berkira dgn anak isteri sendiri…? Duit kita semakin bertambah…? Kita semakin kaya…?

Sama ja pun…duit habis mcm tu jgak…lagi t3ruk, tak nampak apa2 hasil tapi duit dh habis…

Isteri nak beli pencuci muka, kita kata xpyh, tapi kita beli rokok, xpe pulak…? Isteri nak beli baju baru, kita kata pakai ja baju mna yg ada, tapi kita tukar sport rim kereta, xpe pulak…? Isteri nak beli kasut, beg tgn, tudung baru, kita suruh pakai yg lama, tapi kita beli yg baru2 utk diri sendiri, boleh pulak…?

Suami jenis yg mcm mna kita ni…
Jangan terlalu berkira dgn anak isteri…apa yg kita dapat pada hari ini sgt berkait rapat dgn mereka…boleh jadi kita ni yg menumpang rezeki anak isteri kita sendiri ataupun kita dimurahkan rezeki hasil doa tanpa henti dari anak isteri…cubalah utk tunaikan apa yg anak isteri inginkan, insyaAllah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yg kita keluarkan…

Nak percaya atau tak, terserahlah…dapat tengok anak isteri tersenyum gembira setiap hari itu lebih bermakna drpd ada duit byk, tp dgn anak isteri sendiri pun BERKIRA…🙂
Sumber:firdaus shakirin

Saya masih berharap dia kembali pada saya..

Salam min dan pembaca. Maaf kalau kisah sy ni tak menyenangkan sy luahkn sbgai pengajaran supaya jangan jadi seperti sy dan skrg sy mula mnysal atas apa yg berlaku. Sy seorang suami dan isteri sy nama mala(bukan nama sebenar) sekarang dh jadi bekas isteri.

Sy seorang suami yg btgg jawab tp semua tu saat mula pkwinan. Lama2 sy mula berubah bila mala lahirkan anak ke dua. Sy kurang mmbantu mala. Sy ckp mala mngada2 kerana dia seorang suri rumh.

Padahal kalau nak dikira sy yg bslah kerana tak izinkan mala kerja. Sbnrnya sy eg0.sy takut mala diurat lelaki lain maklumlah sekarang ni mcam2 tjdi. Sy control mala. Mala tak pnah mela@wan sy.

Dia ttp stia dgn sy. Wlpun sy thu mala kcik hati dgn famly sy. Fmly sy selalu rendah rendahkan mala krana tak bkja. Padahal sy yg xbgi dia kerja.

Sy mula cur4ng dgn seorang pmpn ni tapi mlm tu sy tlena dgn tlupa nk lock hp. Hp sy perlu dlock krna sy xlock auto. Jdi malam tu sy ttdo smbl bls msg.

Mala yg nk letakkan hp sy di atas mja tnmpk msg sy ngn pmpn tu. Mngis2 mala tgok gmbr pmpn tu yg tak de bju. Dia ckp sy crang dan mcm2 lagi.

Sy xckp bnyak trus sy ckp sy bosan dgn mala. Sy dh xboleh dh nk hdup ngn dia. Dia pgilah cri laki lain yg boleh tggung anak2 skli sy tak nk anak2 sy malas dh nak naik trun mkmah.

Mala tksima bla sy snggup ckp mcm tu. Sbnrnya sy msih sygkn dia tp dek kerana ego dan kerana sy knt0i, sy nk cover dri sy marah dia.

Esk nya pulangnya sy dri kj sy ucapkan kata cer@i, dan kmi bpsah. Sbnrnya sy sdih lps bbpa hri kami bpisah sy pjuk mala nk rjk blik. Tp nsi dh jd bbur mala ttp ngn pdrian dia

Dia dh xnk rjuk tmbhan dia sdh bkja. Cpt sgt dia dpt kja sbgai kwrani.

Skrg sy akui sy teramat rndukan mala dan anak, sy gila byg. Skrg sy msih xjmu pjuk mala sy nk dia kmbli.

Biarlah rumah tangga kita, biarlah kita yg contr0l

Perkongsian dari facebook tuan firdaus shakirin..
Rumahtangga kita, kita yg control…bukan mak kita, bukan pak kita, bukan adik beradik kita…

Byk yg nama ja ketua keluarga, tapi keputusan tu adalah hasil dari arahan org lain…org lain yg buat keputusan dan suruh ikut…pastu ikut je bulat2 sbb klu tak ikut nnt, dikira menderhaka…

Mend3rhaka ke kita yg jadi suami ni klu kita kawal sendiri rumahtangga kita, apa yg kita nk buat dan sebagainya tanpa perlu campur tgn dr ahli keluarga kita sendiri…?

Mak bapak saya xpnah skali pun masuk campur dlm urusan rumahtangga saya…

Sbbnya kita kena ada pendirian, kena ada ketegasan…kita saja yg tahu apa yg terbaik utk rumahtangga kita hasil drpd perbincangan kita dgn pasangan…yg dduk dlm rumahtangga tu ialah kita dan pasangan…

Bukan mak bapak kita, bukan adik beradik kita…

Jadilah seorang ketua keluarga yg buat keputusan dgn tidak mengabaikan nasihat dan pandangan pasangan…bleh dgr cakap mak, bleh dgr ckp pak, bleh dgr cakap adik beradik, tp akhirnya, ckp pasangan pun kita dgr…

Dah nilai semua apa yg kita dgr, bru buat keputusan berdasarkan apa yg kita rasakan terbaik utk rumahtangga kita…

Keputusan kita, bukan keputusan mereka yg diluar rumahtangga kita…
Sumber:firdaus shakirin

Bisik pada diri kita perlu kuat..

Perkongsian dari facebook tuan firdaus shakirin

Klu xde siapa yg pujuk kita, maka pujuk je la diri sendiri tu…

Xbleh lama2 d0wn, xbleh lama2 hilang semangat…

Biarpun org tak kisah dgn apa yg kita rasa, kita tetap kena kisah dgn diri sendiri…kita ja yg faham diri sendiri…tetap kena tunjuk yg kita ni ok walaupun sebenarnya kita tak ok…

Still a long way to go…perjalanan hidup kita masih jauh…mcm2 lagi yg kita akan tempuh nnt…klu hari ni dah rasa nk give up, klu hari ni dah rasa nk mengalah, klu hari ni dah rasa xnk teruskan, maka kita xkan tahu apa yg Allah s.w.t dah simpan utk kita di akhir perjalanan hidup kita…

Bisik pd hati, “Bertahanlah utk satu hari lagi, insyaAllah semuanya akan baik-baik saja…”
Sumber:firdaus shakirin

Isteri mungkin marah tapi ketahuilah waktu itu em0sinya sangat l3mah

Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menj3rit, tengah n4ik angin…..

Tak payah buat benda lain. Jangan tanya. Jangan tegur. Jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.

Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.

Dia mungkin menj3rit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di tahap em0si yang paling lemah.

Kalau ada orang peluk dia waktu ni….
Dia boleh menangis teresak-esak.
Dia boleh mengadu tersedu-sedu.

Tobat lahum.
Dia taknak jadi begitu.

Dia nak jadi anak yang baik.
Dia nak jadi isteri yang solehah.
Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.

Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.

Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah. Kalau dia memang jenis b4ran, dari dulu pun suami takkan berkenan.

Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak.

Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.

Kredit: Siti Suryani Yaakop

Isteri diam sebab dia dah l3tih dengan semua..

Perkongsian dari facebook tuan firdaus shakirin
Bila isteri tiba2 tak bercakap, itu tanda dia “PEN4T”…

Pen4t terhadap perangai suami, terhadap apa yg selalu dia buat, dgn karenah anak2, p3nat dgn keje2 rumah, pen4t dgn apa yg dia lalui hari demi hari…

Penat ni bukannya penat jenis yg kena rehat pastu hilang…

Tapi penat yg nak ditolong…penat yg nak perhatian…penat yg nak didengar luahan…penat yg ada benda utk diceritakan…penat yg nak bel4ian…penat yg nak bantuan…

Tolong ubah perangai ke arah yg lebih baik, tolong ringankan beb#nan dia, tolong uruskan anak2, tolong bantu buat keje2 rumah…

Kita anggap dia mo0dy, kita pkir dia terlalu mengikut perasaan…tapi sebenarnya, tak bercakap tu tandanya isteri dah kehabisan kata2 yg bersesuaian dgn situasi dan keadaan yg dia alami tu…dah bercakap byk kali benda yg sama, tapi tak berhasil…

“Abg, tolong jgn asyik mengadap HP…Abg, tolong ajarkan anak2 keje sekolah…Abg, tolong buang sampah…Abg, tolong solat…”

Itu yg kadang2 dia memilih utk tidak bercakap, utk berdiam diri supaya dia boleh kembali bersabar dan bertabah dgn apa yg dia alami…

Dia tgh pujuk diri sendiri…
Keesokan harinya, dia tetap continue dgn apa yg kebiasaannya dia buat walaupun sebenarnya dia “PEN4T”…

Nota Kaki : B4dan penat, boleh rehat…tapi perasaan penat? Tdo seminggu tak bgun pun belum tentu boleh hilang “pen4t” tu…✌️
Sumber:firdaus shakirin

Andai dipulangkan dia kembali..

Andai dipulangkan kembali…
Asskm dan salam sejahtera min… Ada cerita yang ingin saya kongsi bersama. Semoga ianya bermafaat. Ceritanya agak panjang sikit.

Awal Febuari 2018… Salah seorang teman baik saya telah di jemput ilahi kerana kanser rahim tahap empat. Alhamdulillah arwah mend3rit# tidak lama. Tiga bulan terlantar sakit sebelum subuh arwah menghembuskan naf#snya yang terakhir dan meninggalkan seorang putera yang masih kecil bersama 2 orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami.

Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang kerumah saya bersama sekotak pakaian arwah. Sebelum arwah pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerlukan. Si suami tidak tahu kemana arah untuk di salurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka di amanahkan kepada saya. Sewaktu saya membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk di sedekahkan seperti yang di amanahkan, tiba – tiba si suami bersuara.

“Itu jer yg arwah ada…”

Saya merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata kata si suami tu tadi.

“Semalam saya membuka almari arwah dan hanya ini sahaja yang arwah ada…15 tahun saya bersama arwah, lansung saya tidak pernah ambil tahu setiap kehendak arwah isteri. Saya abaikan arwah sehinggakan arwah s#kit pun saya tidak tahu.”

Ada kekesalan di situ. Namun saya masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami saya meletakkan handfon di meja mula berminat dengan cerita suami arwah kawan saya ini.

“Setiap kali arwah meng3luh skit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak saya pergi ke hospital saya hanya menganggap ianya pekara remeh. Saya mengejek – ejek arwah dengan mengatakan dia dah tua. Saya merendah – rendahkan arwah yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan saya aktif bersukan dan tak salah kiranya saya mengajak dia bersukan bersama sepertimana saya menggalakkan kawan kawan saya bersukan.

Saya juga selalu bersangka buruk bila arwah sakit ianya semata mata alasan untuk makan luar kerana malas masak. Lalu bangun jugak dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar saya membebel dan kadang – kala sampai naik tangan saya ke kepala dia. Kejamnya saya…Saya berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun saya terlalu berkira untuk membawa arwah ke hospital kerana saya takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan. Kej#mnya saya pada arwah. Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya,saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu. Namun saya lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila – bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya.”

“Benda yang lepas jangan di kenang, nanti kau sengsara dia dah pergi, redha kan…kesian anak – anak kau.”
Suami saya bersuara.

“Bila saya pandang anak – anak makin bertambah kekesalan saya bang. Masa arwah ada boleh saya kira berapa kali saya bawa dia dan anak anak berjalan – jalan. Sedangkan saya pantang diajak kawan – kawan, ke langit biru saya boleh terbang. Bila saya buka handfon arwah, boleh kira berapa sangat gambar yang di ambil bersama saya. Semuanya gambar dia dengan anak anak. Sedangkan gambar saya bersama kawan kawan penuh dalam telefon saya. Gambar dia bersama saya lansung tiada. Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang…sayu jiwa saya…

siapa antara kawan kawan saya yang telah saya banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak saya tu susu pada malam malam hari. Siapa yang boleh tolong uruskan anak anak saya ke sekolah seperti arwah uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil saya bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur.

Pagi ni anak saya yang pertama meminta RM 50 untuk membeli barang barang kajian sekolah. Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan di tolak. Selama ini saya bising – bising duit belanja rumah sering tidak cukup, saya kata arwah ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat. Baru saya tahu kemana arah duit itu di salurkan. Hari ini genap sebulan arwah pergi dan saya kira – kira hampir RM 500 ke RM 700 belanja sekolah anak – anak dan makan sahaja. Bila tiap kali arwah minta beli pakaian baru atau barang make up.

Saya melarangnya kerana saya rasa macam membazir. Bila dia meminta lagi saya akan mula mengungkit pemberian belanja yg saya bagi. Baru lah saya tahu ianya tidak mengcukupi. Baiknya arwah kerana dia patuh. Saya sering tegur arwah kerana selekeh jer lansung tidak bergaya seperti isteri kawan – kawan saya tetapi saya lupa yang saya tidak pernah bertanya padanya tentang berlanja yang saya bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat – alat solek. Saya gagal menjadi suami yang baik”

Saya diam tidak dapat berkata – kata lagi. Marah sedih dan sebagainya berlegar – legar dalam fikiran saya. Setahu saya arwah ni masa zaman bujang – bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri. Patut lah semenjak dia berkahwin hilang semuanya dan bila saya mengusik dia hanya menjawab…

“Malas lah nak makeup – makeup ni…takda masa..dengan anak – anak lagi…alaaa yang penting suami sayang…”

“Semalam saya buka almari arwah,hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yg baru itu pun seingat saya dibeli masa nak raya tahun lepas. Lain – lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstic yang dah patah. Dahulu masa sebelum kawin saya pernah terlihat di dalam beg kecil arwah ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam – macam lagi makeup yang arwah ada.

Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti. 15 tahun bersama sepatutnya bukan makin berkurang namun makin bertambah. Masa kali pertama arwah menjejak kaki ke rumah saya, arwah bawa 3 beg besar pakaian semuanya cantik – cantik…dan hari ini hanya sekotak sahaja yang arwah ada. Sedangkan keperluan anak anak dan saya mengcukupi.”
Si suami mula menangis.

“Arwah nak bekerja,saya marah..saya tanya arwah tidak cukup ke apa yang saya bagi dan saya kata saya mampu tanggung dia lagi…saya ego…arwah pula demi menjaga ego saya daripada tercalar arwah mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia amanah saya sepatutnya dia dijaga, dibelai, dimanja tetapi saya abaikan kerana saya fikir sekarang bukan masa untuk semua itu. Tiap kali arw#h mengeluh s#kit – sakit badan saya suruh dia tidur…makan ubat. Saya suruh anak – anak yang picitkan…tetapi saya lupa itu adalah kewajibsn saya. Saya lupa dia hanya pinjaman sementara. Sekarang dia dah tiada. Saya rindu dengan dia. Rindu sangat sangat.

Andainya dipulangkan dia kembali saya nak habiskan masa saya bersama dia seperti masa saya bercinta dulu. Saya nak kotakan janji saya pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya. Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang arwah inginkan..tetapi perhatian dan kasih sayang saya. Saya kesal kerana selama ini arwah menjadi tempat saya melepaskan penat dan amarah saya. Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami. Masa saya tahu arwah sakit…masa tu dah terlambat. Pagi tu dia mengadu p3rut dia s#kit sangat. Saya marahkan dia kerana tidak menjaga makan.

Tetapi bila saya lihat dia tidak bermaya dan bila saya periksa n#di dia semakin menurun…saya terus bawa dia ke hospital…masa dalam kereta mulut saya tak henti – henti menyump$h dia..kata dia menyusahkan saya…nak diet sampai tak makan…ambil supliment yang bukan – bukan sampai sakit macamni. Masa tu saya sangat marah pada arwah sampai saya terlepas kata asyik sakit jer tapi tak mampus – mampus jugak. Bila nurse bagitahu dia kena tahan ward saya lagi berangin dan menjal – nunj#l kepala dia, saya terpaksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terpaksa menjaga anak – anak di rumah. Tiga hari arwah warded.

Jarang sekali saya menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengahari sahaja bawa anak – anak datang melepas rindu. Baru saya tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak anak ke sekolah. Bila doctor mengesahkan isteri saya mengidap kanser rahim tahap 4… semuanya dah terlambat kerana ianya telah merebak sepenuhnya.”

Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. Secawan teh yang di hidangkan lansung tidak berusik. Suami saya merenung tajam kearah muka suami arwah kawan saya. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan saya.

“Sewaktu dia sakit, saya cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan – jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susah susahkan saya menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Saya ajak bergurau bermesra seperti dulu – dulu dia lesu x bermaya…Runtun hati saya melihat wanita yang saya sayang, saya cintai mender#ta.

Tiap kali dia sakit, saya ajak pergi hospital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia sakit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi. Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia meninggal… Allahu…rupanya arwah terasa dengan kata – kata saya. Saya melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan saya namun itu tidak mampu membasuh dosa saya pada arwah… Saya mula memeluk dia sewaktu tidur, saya tahu saya akan kehilangan dia dan waktu itu makin hampir. Sumpah demi tuhan saya sayangkan arwah cuma saya lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia. Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya. Sekarang satu – satunya wanita yang amat saya kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkam saya bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin…”

Saya merenung muka suami kawan saya itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada saya bukan lah untuk membuka pekung didada, tetapi dia tahu saya menulis blog dan ingin saya kongsi bersama kisah dia dan isteri ‘pinjaman’ sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana. Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman…Hargai lah…

Isteri akan tetap setia di samping suami bila terasa dia msih diperlukan lagi..

Isteri mana yg xnak pertahankan rumahtangganya…?

Semua isteri mesti akan mempert#hankan rumahtangganya…semua isteri mesti akan berju#ng utk menyel4matkan rumahtangganya…semua isteri mesti akan berusaha mengekalkan rumahtangganya…

Tapi sebab apa dia sanggup buat serba serbi sedangkan dia bleh ja melangkah dan berlalu pergi…?

Sebab kau tu ayah kpd anak2 dia…sebab kau tu suami dia…org yg dia sayang, org yg dia cinta…org yg ada tempat istimewa dlm hatinya…

Kita marah bila dia check hp…kita marah bila dia tegur kita berhubung dgn perempuan lain…kita marah bila dia ser#ng perempuan lain yg meng#nggu hubungannya… kita marah bila dia tegur keluarga kita campur tgn dlm rumahtangganya…kita marah bila dia angkat beg, bwk anak2 balik kampung…

Kita marah bila dia buat mcm ni…

Sedangkan org yg kita marah itulah yg berm#ti-m#ti#n berusaha mempert#hankan mahligai yg dibinanya, mengekalkan hubungannya drpd m#snah dan menyelamatkan rumahtangganya daripada r#ntuh…

Tapi kita tak nampak semua ni…

Ketahuilah, isteri akan setia menemani selagi dia merasakan dirinya diperlukan lagi dan akan melangkah pergi bila kehadirannya disisi tidak lagi membawa erti…😐
Sumber facebook:firdaus shakirin

Saat isteri kita tidak lagi bersuara..

Perkongsian dari facebook tuan firdaus shakirin
Bila isteri tiba2 tak bercakap, itu tanda dia “PEN4T”…

Pen4t terhadap perangai suami, terhadap apa yg selalu dia buat, dgn karenah anak2, p3nat dgn keje2 rumah, pen4t dgn apa yg dia lalui hari demi hari…

Penat ni bukannya penat jenis yg kena rehat pastu hilang…

Tapi penat yg nak ditolong…penat yg nak perhatian…penat yg nak didengar luahan…penat yg ada benda utk diceritakan…penat yg nak bel4ian…penat yg nak bantuan…

Tolong ubah perangai ke arah yg lebih baik, tolong ringankan beb#nan dia, tolong uruskan anak2, tolong bantu buat keje2 rumah…

Kita anggap dia mo0dy, kita pkir dia terlalu mengikut perasaan…tapi sebenarnya, tak bercakap tu tandanya isteri dah kehabisan kata2 yg bersesuaian dgn situasi dan keadaan yg dia alami tu…dah bercakap byk kali benda yg sama, tapi tak berhasil…

“Abg, tolong jgn asyik mengadap HP…Abg, tolong ajarkan anak2 keje sekolah…Abg, tolong buang sampah…Abg, tolong solat…”

Itu yg kadang2 dia memilih utk tidak bercakap, utk berdiam diri supaya dia boleh kembali bersabar dan bertabah dgn apa yg dia alami…

Dia tgh pujuk diri sendiri…
Keesokan harinya, dia tetap continue dgn apa yg kebiasaannya dia buat walaupun sebenarnya dia “PEN4T”…

Nota Kaki : B4dan penat, boleh rehat…tapi perasaan penat? Tdo seminggu tak bgun pun belum tentu boleh hilang “pen4t” tu…✌️
Sumber:firdaus shakirin

Bini kata aku tak r0m4ntik tak macam kawan aku..

Salam warga KRT. Tolong hide profile aku ye min. Aku seorang suami. Anak 7 orang. Ni perkahwinan aku yang kedua. Perkahwinan pertama aku gagal disebabkan perangai aku yang mata keranjang dulu. Then aku berkahwin dengan janda anak dua,kemudian kami dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Anak dengan ex sebelum ni ada 2 orang dan aku tak pernah culas bayar nafkah untuk anak² aku kat sana. Issue yang terjadi sekarang ni adalah issue aku dengan isteri sekarang. Sebelum² ni aku rasa happy je dengan dia. Cume,apabila berg#duh je dia akan mintak dicer#ikan. Aku ni jenis diam dan sabar. Katanya dia nak buat haluan sendiri dengan anak². Nafkah sebulan aku bg 2500 sebulan. Belum dengan kelengkapan dan kehendak dia seperti kasut,handbag,emas dll.

Cume sekarang aku suruh berjimat sikit,untuk aku beli rumah utk dia. In case kalau aku tak panjang umur. So aku kurangkan nafkah jadi 1500 sebulan.Semenjak dari tu dia layan aku acuh tak acuh. Kalau hubungan intim tu sebulan sekali pon payah. Aku still diam dan sabar.Mlm tadi kemuncak sabar aku hilang,dia mintak cerai lagi.Sampai aku marah dia dan cakap,kalau nak cerai pergi mahkamah mintak fasakh. Bini aku sekarang ni,taktau apa². Belajar tak pandai, Tapi cantik pada mata aku. Dalam buruk dia ade baik dia. Dia sekarang pergi mahkamah utk mintak fasakh. So apa aku perlu buat. Perlu ke aku ikot eg0 aku yang semakin menebal ni. Buat pengetahuan korang.

Aku dah berubah. Bukan kaki perempuan lagi. Semasa dengan dia aku tak pernah ade rasa nak menduakan dia atau apa. Mungkin ini ujian utk aku sebabkan perangai aku dengan bekas isteri aku yg dulu. So mintak pendapat semua. Apa aku perlu buat?

Sambungan
Salam kepada semua warga KRT. Admin tolong hide profile lagi sekali.

Ni sambungan cerita aku yang lepas. Isteri aku tadi dah filekan fasakh ke pejabat agama. Sekarang dia tinggalkan aku dan anak² kat rumah. So,aku try call and say sorry dan cuba rendahkan eg0 aku serendah mungkin utk pujuk dia. Tapi dia trus letak telefon. Aku cuba explain kat whatsapp perihal duit nafkah yg aku kurangkan dan dia cakap ni semua bukan pasal duit. Dia kata dia takda hati kat aku sbb aku ni membosankan. Tak macam laki orang lain yg romantik sampai membandingkan dengan kawan baik aku sendiri.

Salah aku jugak sbb sibuk dengan kerja then aku cuba berjanji dengan dia yang aku akan ubah sikap/lebih romantik. Tapi dia still nak teruskan pencer#ian. Aku diam dan akhir kata,aku cakap dgn isteri yang aku hanya nakkan anak² dan anak² aku mmg nak stay dgn aku. Cuma aku pikir,apa yang kurang layanan aku kat dia. Bila aku free,aku akan bawa dia dan anak² bercuti. Kehendak dia semua aku ikotkan. Cume cepat atau lambat je aku tunaikan. Dia nak kenderaan,utk bawak anak aku jalan². Aku belikan.

Duit sewa dua biji rumah peninggalan parents aku semua aku bg kat dia ditambah dengan nafkah rm2500 sebulan. Dia ug#t untuk tuntut harta sepencarian dan suruh aku keluar rumah masa eddah nanti. Rumah yang kami duduk sekarang rumah aku. Buat pengetahuan,isteri aku pernah cur#ng dibelakang aku dengan satu tentera berpangkat pegawai(tidur). Tapi tu kisah lama dan aku tak pernah filekan nusyuz kepada isteri(settle luar). Sekarang aku rasa dia takde scandal or apa².Minta pendapat warga KRT kalau isteri aku nak filekan fasakh.

Mcm mana aku nak ambik hak penjagaan anak² aku supaya tak dapat ke atas isteri dan aku try google tapi yang difahamkan untuk anak dibawah 7 tahun hak penjagaan sepenuhnya dibawah ibu. Mohon comment yang murni². Atau perlu atau tak untuk aku hire lawyer syariah?